Monday, September 14, 2009

Kuih samprit

Lepas kejadian guruh berdentam-dentum on Sunday tu kitorang memang dah tak boleh nak tidur balik la kan. Ben pun continue kerja-kerja mengecat dinding.. Aku pulak sibuk kemas baju nak bawak ke Keramat sebab nak kena tolong Mak buat kuih..

Excited jugak la sebenarnya nak buat kuih raya sebab selama ni aku beli aje. By the time kitorang sampai dah pukul 10. Aku tengok Mak dah start buat kuih samprit.. Aku kan takde experience, so aku tolong letakkan cherry aje la :D

Kebetulan Mak nak keluar pulak tak lama lepas tu, nak tak nak aku kena sambung la kan. Adik-adik ipar aku yang lain masing-masing dah ada kerja yang diorang kena buat. Belasah aje la.. Bila lagi nak belajar kan?

Lagipun terasa meriah bila berkumpul buat kuih raya ramai-ramai :D

Mazlyn tengah sibuk sagat nanas untuk buat tart..


Yang si Savvy ni pun sibuk nak tengok :D


Fun jugak dok menekan nak buat kuih samprit ni
walaupun ibu jari aku sampai sakit..


Ewah! Macam pro aje la kan :D


Hasil tangan :D
OK la, not bad la aku rasa..


Lepas dah siap tekan dalam acuan,
aku pass kat pakar bubuh cherry pulak..


Makcu tengah prepare the adunan..


Afzan pulak kat packaging department..


Memang aku looking forward nak buat kuih-kuih lain lepas ni - tart nanas, cornflakes, biskut arab, etc.. Mana la tau kan, bila dah expert nanti tiba-tiba aku nak jadi usahawan kuih raya pulak :D

9 comments:

shasha said...

nak order nak order...ehehehhehe

~LIZA~ said...

shasha,
bukan la thn ni ye? :D

theotherme said...

samprit ke tu dek..my favvy!

~LIZA~ said...

kak finas,
iye kak :)

Miss X THOUGHT OF THE DAY said...

how i miss baking kuih... now keje tak tentu masa, takde time dah. bestnya u!!!

Sre said...

wahhhh camni leh lah sha order kat liza je...

tart nenas kuih wajib masa raya... sedapppp

~LIZA~ said...

miss x,
best tu memang la best sbb 1st time join buat kuih raya kan :)

sha,
erk! nak order? hahahahahaha! kalau i dah expert esok boleh la :D

hoodedlicious said...

Suka sangat kueh samprit

~LIZA~ said...

hoodedlicious,
i pon suka :)