Thursday, August 25, 2011

My baby

You don't raise heroes, you raise sons.
And if you treat them like sons,
they'll turn out to be heroes,
even if it's just in your own eyes.
- Walter M. Schirra, Sr.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 24, 2011

1 more week..

Next week dah raya. Oh my, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah hari ke-24 kita berpuasa. So how's your raya preparations?

As for Ben and me, we already decided to wear silver/grey this year. Baju semua dah ada, tinggal nak carik songkok and kasut Umar aje. And I was thinking, this weekend aku nak pergi betulkan sikit rambut aku ni. Trim sikit ke.. Buat treatment ke.. Bagi nampak healthy la during raya nanti :D Sama jugak macam tahun-tahun yang lepas, kitorang beraya kat KL aje. Keramat and Kampung Pandan..

Anyway.. It's already confirmed that we are going to make a birthday party for Umar on 17 September 2011 (Saturday). So mark your calender OK mommies! Will put up the invitation soon..

Tuesday, August 23, 2011

Kelab Darul Ehsan



We went to KDE for berbuka last Sunday and ramainyaaaaaaaaaa orang I tell you!! Ni stock dah tak tau kat mana lagi nak dituju bila dah bangun dari kerusi sebab nak ambik makanan sampai kena kempiskan perut tak pasal-pasal everytime lalu kat celah-celah belakang kerusi orang. Haih!

But the food was good. Banyak jugak pilihan - Nasi ayam, laksa, sate, yong tau foo, nasi campur, mihun and kuey teow goreng, ayam and kambing panggang, bubur lambuk, fruits, ice-cream, cakes, etc.. Yang tak best cuma the drinks aje, too sweet and tak sejuk :( Aku kena singgah petrol station on the way back to buy water. Haus gila OK!

So let me show you what I had:

Nasi sesenduk aje, lebihkan lauk..
Lauk kat situ semuanya menarik so boleh dikatakan
memang aku ambik separuh dari semua tu :D


Kuey teow goreng


Ayam and kambing panggang


By the time aku makan ayam and kambing panggang tu, aku dah rasa kenyang tahap dewa dah. Tak habis pun.. Sayang..

Monday, August 22, 2011

Naili's Place

Budak yang tak boleh tinggal :)


Kali ni turn untuk bawak my dad and my sister berbuka pulak.. Mula-mula tu we decided nak berbuka kat Cosy House in Great Eastern Mall but when I called to make a reservation, it was fully booked! Alamak.. Terus terdiam kejap tak tau nak pergi mana dah. Fikir punya fikir, in the end Ben suggested that we go to Naili's instead. So we went to the one near Ampang Point. Nasib baik masih lagi ada tempat kosong..

Diorang semua makan Western food except for Ben and me. Makanan kat situ OK la, sedap jugak. Especially the Cucur Ikan Bilis - memang terbaik la!

Besides Cucur Ikan Bilis,
we had Garlic Bread and Mushroom Soup as well for starter..


Ben's Sardine Fried Rice


Mine - Temasik Rice Special


Ish! Teringat-ingat pulak the Cucur Ikan Bilis. Haha! Rasa macam nak pergi Naili's lagi la pulak..

Thursday, August 18, 2011

His birthday present

What's with the muncung face, baby?


We bought him a Ferrari (or is it Porche?), and he was so excited I tell you. Dari kat kedai lagi dia dok terhenjut-henjut when the sales assistant switched on the music. Haha! The sales assistant tu sampai cakap, "Wah anak you banyak suka la!" And we were like, Umar.. Apa benda yang dia tak excited kan? :D

Ish! Siap nak terlanggar Pak Lang nya..
Tapi tu bukan salah the driver,
si tukang pegang remote control yang terlebih makan jalan :D


So serious!

Monday, August 15, 2011

Le MERIDIEN



We went there last Friday. Punya la banyak choice and I personally think that it was worth the price!

Gambar kat atas tu, tu yang aku makan on that day. A lot, I know :D

Saturday, August 13, 2011

Happy Birthday Umar!

Umar,

Anak Mama dah setahun hari ni :) I still remember exactly 1 year ago, you gave a little kick before the doctor announced that the opening is already 5-6cm! As if to tell me that you're ready to pop out soon and obviously I didn't know at that time. I was so nervous you know. Mama cuma fikir nak lahirkan Umar dengan selamat aje and takde complications. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa Mama :)

Throughout my pregnancy Umar tak pernah menyusahkan Mama even until now. Masa Umar lahir pun, semuanya berlaku dengan senang dan cepat. Mama bersyukur.. Setakat nakal and lasak sikit-sikit tu biasa la..

You've developed into such a happy young man. Umar suka berkawan, dengan semua orang Umar nak. Scanner rosak bak kata Abah.. Haha! You love music, siap goyang-goyang badan bila dengar lagu. You like to sing! Every time Mama or Abah nyanyi, mesti Umar ikut sekali in your own language :) Mulut bising, pandai ikut apa orang cakap pulak tu. Mama rasa terharu sangat when you can say "Mama" and "Abah" very clearly..

Umar masih belum jalan lagi, baru nak meniti sambil pegang tepi meja. Tapi dah boleh berdiri sendiri lepas tangan :) It's OK baby, take your time.. Because I know, I can't compare you with other babies your age. You are unique in your own way. Ha kalau bab memanjat, you are No. 1! You're the only one yang dah lepas panjat meja kat rumah Atuk and Opah tu. Haih la anak Mama..

So on this special day today Mama nak Umar tau yang Mama and Abah sayang sangat kat Umar. You're the best thing that ever happened to us. Kami bersyukur dapat Umar sebagai anak :) Selagi Mama and Abah masih hidup, kami takkan sia-siakan Umar, amanah yang Allah dah bagi pada kami..

Friday, August 12, 2011

Cleebo

Another product that I've been using which I find so amazing and effective! Cleebo - a nose cleaning device that is designed for babies and it's very safe to use..



Memang kebiasaannya aku akan bersihkan hidung Umar bila dia tengah tidur to avoid any kind of screaming and crying and showing tantrums situation. Sebelum ni aku guna cotton buds aje, so memang agak lama la kerja drilling aku tu kan. Silap-silap tengah sibuk mengorek, dia bangun pulak sebab rasa ada benda dalam hidung. Haih! Tergendala kerja aku..

Sekarang kerja aku dah senang. By using Cleebo, once aku nampak aje aku boleh terus aim then kepit kasi keluar. Haha! Dia bukannya sedar, even when my drilling job dah habis pun dia tak bangun-bangun. Masih lagi tidur lena :D



The end tip is very soft and flexible so aku tak payah nak risau it will hurt him. That's the most important thing to me. What's the point aku beli something yang akan menyakitkan anak aku kan? Another thing that I love about Cleebo is, the end tip comes in 5 different fun colors and can be used in 3 different ways:

1) Use as conventional tweezers..

2) Close both tips together and use with a dragging action, similar to using a cotton bud..

3) Pull tweezers wide apart and use one side only. Effective for tiny nostrils..

So mommies, go and buy one for your baby! :) Cleebo is available in all Bebehaus outlets..

Girlfriend

Met Nabilah last night after berbuka at Oldtown in Taman Melati sebab aku nak mintak tolong dia copkan certified true copy sijil aku for my studies. Kalau ikutkan aku, lepas aje cop aku nak terus balik la kan, tapi awal-awal dia dah warning "Bawak Umar. No Umar, no cop!" And I was like.....

Hmmmph!

Thursday, August 11, 2011

Mari ketawa!

I received an e-mail this morning from one of my colleagues and aku nak share dengan korang semua. Biasa la time sekarang ni kan, mengantuknya lain macam bagai digam-gam aje mata tu. So bila dapat cerita-cerita yang boleh buat aku gelak sampai perut cramp ni semua, aku appreciate sangat-sangat.. Enjoy!

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid Darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab lalu berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe Taufik, cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu, nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari Darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke Darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik Darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu, nama dia TAUFIK. Abang saya Darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi : @$%&#^%

Haha! Gila la kan. Siapa la dapat idea create something like that.. Kagum aku :D

Oh by the way.. Aku dapat info from Hidd, ada satu blog ni yang memang best gilaaaa - kahuna :D Cuba korang baca, perut aku dah cramp tahap maksimum ni dok gelak dari tadi..

His first ride

We went to KLCC last week sebab nak beli kasut Umar untuk pakai masa Hari Raya nanti but we couldn't find any. I mean, takde size is more like it. Aku dengan Ben dah start risau dah ni, susah sangat nak dapat size si Umar. Kakinya membesar bagai johan anak aku tu..

Takpe la, masa banyak lagi. Boleh cari lagi kat tempat lain. Hopefully jumpa la..

Anyway.. Masa tengah jalan-jalan hari tu, we passed by a few rides for kids yang kena masukkan coins tu. And dalam banyak-banyak rides tu pulak Umar dok perhati aje kat Oscar, one of the characters dalam Sesame Street. Kaki siap goyang-goyang sambil tersenyum-senyum. Tu tandanya dia nak la tu.. So mula la sesi kami mak bapak ni mengorek purse and wallet masing-masing sebab nak cari duit syiling..

Action macam budak besar yang dah ada lesen kereta aje :D

Wednesday, August 10, 2011

Sambutan hari lahir Mak..

Red Velvet Cake from Bisou KLCC


Kitorang semua celebrate birthday Mak yang ke-61 semalam at d'SUARANG. It was a very simple ceremony but yet so meriah dengan kehadiran family members semua. Makanan punya la banyak sebab kitorang buat potluck kan, sampai terduduk kekenyangan la aku :D

Untuk Mak, Liza doakan semoga Mak panjang umur dan murah rezeki. Liza cuma nak Mak tau yang Liza sayangkan Mak macam Liza sayangkan arwah Mak Liza. Walaupun Liza tak tunjuk sayang Liza tu, tapi Mak tetap di hati..

Sophie the Giraffe


I came across this product roughly around 2 weeks ago, masa Umar betul-betul asyik nak menggigit orang sebab gigi dah start tumbuh makin banyak. Haha! Sophie the Giraffe ni actually is a teether handmade in France, from 100% natural rubber.



Sophie is Umar's best friend now. Everywhere we go, Sophie memang takkan tinggal. Punya la banyak teether yang aku beli selama ni, takde satu pun yang dia suka except Sophie. I think maybe because of her soft texture that makes it easier to chew..

She squeaks when pressed!


BFF


Kalau korang nak tau, even Hollywood celebrities pun suka Sophie the Giraffe. The latest one is when Martha Stewart recommends Sophie in her show. You can watch the video here: http://www.marthastewart.com/266431/baby-must-haves-sophie-la-girafe

If you guys are interested to get one for your baby or you can buy it as a present, feel free to go to www.sophie.sg for more info..

ps. I just found out that Sophie can be purchased from Bebehaus, Mothercare and Robinsons in KL! Woohoo!!

Monday, August 8, 2011

Azim's Birthday

Theme: Wild Wild West
Venue: d'SUARANG



It was fun.. The food was great.. Most of the decorations were done by Ben and his brother. Yang lain-lain tolong pasang, tolong gunting and tolong tampal :D

On that day Umar patut jadi Red Indian sama macam Ben but we couldn't find his brown shirt and pants, so terpaksa la pakai aje apa yang ada..

Ni anak kacukan namanya..
Red Indian belah bapak, cowboy belah mak. Haha!


Pekan cowboy..


Yang ada khemah tu pekan Red Indian..
Wah siap ada BMW park kat dalam. Haha!


The birthday boy :)
To Ajim, Happy Birthday!
Mama sentiasa doakan Ajim sihat selalu, murah rezeki,
jadi seorang yang bijak dan sentiasa hormatkan orang tua.
From the bottom of my heart, I love you!


Meet U'mar El Dinoz y'all!


Ben managed to get the bubble machine and everybody is loving it!
Including my baby, obviously :)


And I just realized that takde satu pun gambar aku kat entry ni?! Lerrrrr.. Ada gambar tangan aje.. Takpe, nanti aku cari. Banyak sangat gambar sampai tak tau nak pilih yang mana satu..

Saturday, August 6, 2011

Current favorite!

Soap & Glory
The Righteous Butter Body Lotion
from Sephora, KLCC


Bila pakai rasa macam terus meresap kat dalam kulit. Kulit jadi lembut.. Oh I love it, it works wonders! And it smells great too :) Bau dia pun tahan lama.. Go and give it a try. Harganya RM35 kalau tak silap aku. Kalau tak silap la..

Cakap pasal Sephora ni kan, aku saja la nak cerita kat korang. Sephora is one of the places yang aku sangat suka pergi. Don't ask me why, bagi aku macam-macam benda ko boleh jumpa kat situ. Even when I was in Frankfurt dulu pun.. Habis aje my German class ataupun lepas dance practise, memang ke Sephora la tempat aku tuju dulu kalau tak pergi makan :D Dari situ la aku kenal brand Make Up For Ever yang memang marvelous bila pakai untuk stage show. And every time aku shopping kat situ, confirm akan dapat latest perfume punya miniature. Sometimes aku dapat 4, sometimes dapat 5. Tengok la tahap kemurahan hati cashier yang on duty masa tu takat mana :D Aku tak payah nak mintak, diorang akan bagi sendiri..

Few weeks ago masa aku pergi Sephora in KLCC tu pun aku dapat jugak la dalam 3-4 miniature. Sayang Sephora! Tapi aku lagi sayang kat cashier Sephora! ;)

Friday, August 5, 2011

Only God knows..

Aku rasa macam dah lama blog aku ni terbiar.. Bukan apa, minggu ni macam-macam benda yang jadi buat aku tak larat even nak update blog pun. Dengan Umar tiba-tiba kena muntah-muntah, lepas tu berjangkit pulak dengan aku. Macam-macam la.. Ada certain things yang tak sesuai untuk aku cerita kat sini..

Ikutkan memang banyak benda jugak aku nak cerita kat korang semua. But not today la ye? New entry aku akan publish starting from tomorrow, insyaAllah..

Stay tuned..

Wednesday, August 3, 2011

Three-oh!

Finally..

Source: Google Image


I hit the 3 series y'all!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan



To all my readers,

May you have a blessed Ramadan..