Monday, May 24, 2010

Away..

Aku nak berehat kejap from blogging dalam masa seminggu ni. I'll be back on 1st June with more stories, with more updates..

Have a great week people!

*hugs*

Friday, May 21, 2010

Steak

Dah tiba-tiba aku teringin nak makan steak la pulak.. Sempat tu sambil-sambil dok Google gambar steak boleh? Macam saja aje nak menyeksa mata, hati dan perasaan..

Google Image


Kat mana steak yang paling best ye?

Thursday, May 20, 2010

Anak-beranak

Memang dah jadi kebiasaan whenever kitorang balik Keramat, Ben akan lawan main bola with his father. Tapi bukan la bola padang, game bola yang kat TV tu aje..

Argentina vs Brazil :D


Bila Ben dah start main game tu memang aku takkan dekat la kan. Sebab bila dia dah nak kalah, aku yang tak buat apa-apa just lalu aje kat tepi dia pun dia dok kata aku usik dia. Hahahahaha! Aku pulak yang kena, entah momok mana yang usik-usik dia entah..

Uish! Sangat tekun :D

Wednesday, May 19, 2010

Ben

Some of you ada yang dah tau (kot?) that my father-in-law memang suka menulis like I mentioned at one of the entries, dia ada buatkan poem untuk aku dengan Ben..

That's why aku galakkan dia pun buat aje blog, at least he can share his experience, his thoughts.. Dari satu generasi ke satu generasi boleh baca. Surprisingly he liked the idea, tak lama lepas tu muncul la Bamuda d'SUARANG..

And I just read his latest entry (English version), tentang 6 orang anak-anaknya yang diceritakan melalui puisi. I can say that dalam banyak-banyak puisi yang abah buat, "6 Colours 6 Flavours" is one of my favorites :)

Aku tunjukkan sikit aje la ye on what he wrote about Ben :D



Kalau korang nak baca the rest of the poem, you can read it at his blog..

Monday, May 17, 2010

Sejuk la sikit..

Cuaca panas betul for the last couple of days.. Tak tahan aku. Dah mandi beria-ia pun rasa macam tak mandi jugak. Berpeluh jangan cakap la.. Aku expect bila malam kurang la panas kan. Takde maknanya! Tidur pun tak pakai selimut.. Pusing kiri, pusing kanan sebab panas campur berpeluh punya pasal..

Tapi semalam nasib baik laaaaa hujan, lebat pulak tu. Baru la aku dapat tidur dengan nyenyaknya :D Best!

Apa nama?

Most of our family members and friends dah tanya-tanya dah kat we all, nak letak nama apa for our baby nanti? Biasa la kan, at this stage ada jugak la kitorang fikir-fikir. Baik nama untuk baby girl or untuk baby boy..

Cerita pasal nama ni kan, it all started since I was 2 months pregnant lagi. Masa tu obviously la aku sendiri pun tak terfikir about nama and all. Ada sorang my ex-colleague ni, sibuk sangat nak jumpa aku dengan Rosli katanya. And I was like, who on earth is Rosli??? Selamba aje dia jawab, "Tu baby yang dalam perut awak tu la.." Hahahahahahaha! Sangat confident OK. Katakan la aku dapat baby girl, dia nak panggil anak aku Rosli jugak ke? Anyway.. Nama tu lekat sampai sekarang, even my colleagues pun dok Rosli, Rosli.. Haih!

Macam family members pulak, diorang ala-ala dah dapat agak yang aku akan dapat anak lelaki sebab bentuk perut aku tajam ke depan and pinggang aku tak mengembang. They keep saying, "Ha lepas ni Umar pulak akan keluar.." Okayyyyy.. Hahahahahaha!

Yang si Ben lagi kelakar.. Dia kata kalau dapat anak lelaki dia nak letak nama Jebat. Confirm melompat la parents dia.. So nama Jebat tu memang tak la ye :D

Tapi apa-apa pun, anak kitorang nanti akan ada nama Majid kat hujung - kitorang ambik sempena nama abah Ben. Baby yang bakal lahir tu nanti la yang akan menyambung warisan the Majid clan :D When we told abah about this, he just smiled sambil mintak royalty. Hahahahaha! Beresssss..

Tunggu la bila anak kitorang dah keluar esok, aku reveal la apa nama penuh dia.. Kitorang hanya merancang, Allah yang menentukan :)

Sunday, May 16, 2010

Items for sale @ Purple Extreme

Once again, I just want to remind you guys that I have a few items for sale:

1) Shoulder Bag - RM45 and RM49 each



2) Cotton Pouch Bag - RM20 each



3) Beads Wallet - RM30 each



4) Colorful Wallet - RM25 each



All the details regarding sizes and colors availability, please go to Purple Extreme.. Thank you!

Saturday, May 15, 2010

Laksam



Seperti yang dijanji-janjikan, yesterday all of us had laksam for breakfast. Yum! Memang aku punya favorite la laksam ni dari dulu lagi. Susah nak cari kedai jual laksam yang sedap. Unless buat sendiri la kan, baru puas hati..

Aku pernah stop makan laksam for 5 to 6 years tau, sebab aku fobia - pernah terjadi masa aku nak suap aje laksam masuk dalam mulut aku, sekali aku boleh terpandang pulak ada ulat kat sayur-sayur tu. Gila la! Tu yang aku nampak, yang aku tak nampak? Agaknya dah menari-nari ulat dan kawan-kawannya masuk dalam perut aku. OMG. Teruknya imaginasi aku..

That's why sekarang ni kalau aku beli laksam kat kedai, aku takkan mintak sayur. Cukup la laksam dengan kuahnya aje. Tu pun aku akan make sure aku bukak gulung laksam tu before aku makan :D Ye la mana la tau kan, entah apa pulak yang menyorok kat dalam laksam tu..

Have a great weekend people!

Wednesday, May 12, 2010

Yours truly..

@ 24 weeks


1) Cepat sangat sakit pinggang kalau duduk lama-lama. Kadang-kadang tak perasan la kan sebab tengah sibuk buat kerja. Ha siap la every time bila nak bangun tu..

2) Sekarang ni aku dah mula rasa panas. Dah la cuaca memang panas, lagi la aku tak tentu arah. Yang paling tak best sekali, baru lepas mandi pun aku boleh berpeluh-peluh. Padahal kipas dah direct kat aku ni..

3) Asyik mengantuk walaupun dah cukup tidur the night before..

4) Lotion memang sentiasa kena ada dalam handbag. Penyelamat tu bila rasa gatal-gatal kat perut..

5) Emosi agak susah sikit nak diramal. Cepat sedih la pulak..

6) Rasanya dah tak lembik macam dulu. Boleh la buat kerja rumah yang ringan-ringan, kemas-kemas apa yang patut. Mana yang aku termampu la. Nak angkat benda yang berat-berat, aku mintak tolong Ben..

7) Bila tengah malam, sekurang-kurangnya aku akan bangun sekali for you-know-what la kan. Lepas tu dah terkebil-kebil susah nak tidur balik..

Tuesday, May 11, 2010

Wedding @ Dewan Perdana Felda

Wedding yang aku attend ni wedding colleague and ex-colleague aku la kiranya, kerja kat sama office dengan aku ni. Tapi the bride dah resign dapat offer kat tempat lain, so tinggal la yang lelakinya kat sini..

Boleh dikatakan malam tu dah jadi sesi perjumpaan kawan-kawan lama la pulak sebab staff dulu-dulu pun ada yang datang. Habis aje majlis, harus la ambik gambar kan. Bising dengan suara kitorang aje.. Meriah! :D

On the way to Dewan Perdana Felda


With Aida, while waiting for the food newly weds to arrive..


Semua yang duduk semeja dengan aku dah macam,
"Eh how come Liza sorang aje dapat Snickers??" Hahahahaha!
Diam-diam aje aku keluarkan Snickers tu from my clutch.
Kena la standby kan, mesti aku akan lapar punya la..


The wedding favor


The menu card..
Baca menu aje dah boleh buat perut aku berkeriok-keriok :D
Nasi beriani, ayam masak kuzee, rendang tok, ikan 3 rasa..


Ikan 3 rasa dia sangat sedap!


For dessert, sagu gula melaka..


With colleagues and ex-colleagues..


The newly weds..


Kalau ada lagi gambar-gambar aku yang terselit kat camera orang lain, nanti aku letak kat sini..

Monday, May 10, 2010

Operasi mencari kasut

Aku dok terfikir, kasut apa la yang aku nak pakai nanti to the wedding on Saturday night. What I already have are all high heels. Badan dah berat ni memang aku takkan ambik risiko la kan..

So balik aje dari kerja aku singgah kat Alpha Angle in Wangsa Maju kejap and terus jalan ke Nose. Tak payah nak pusing lama-lama pun. Cari kasut yang se-flat mungkin.. The cheapest that I can get.. Voila!

Boleh la ni.. Belasah aje!

Threading

Since I have a wedding to attend, baru la laju aje berdesup nak buat threading. Kalau ikutkan aku ni, bulan depan la kot baru plan nak pergi..

Before


Hasilnya..

Nampak la elok sikit..

Saturday, May 8, 2010

Nasi dagang

Breakfast on 7/5/2010 :)
Nasi dagang with gulai ikan tongkol, ayam goreng and acar..


Like I mentioned at this entry, sekarang ni kan the big boss nak belanja all the staff makan masa breakfast every Friday.. Aku kureng sikit dengan nasi dagang ni sebenarnya, tapi boleh la makan. Next week punya menu will be nasi tomato kalau tak silap aku. Ke laksam.. Oh best!

Wednesday, May 5, 2010

Kejapnya dah hari Rabu..

I'm not feeling so well for the last couple of days, selsema la pulak. Entah berjangkit dari Ben ke agaknya.. Nasib baik tak demam. Cuma sakit kepala aje sikit, tu yang mood nak berblogging pun agak kurang..

On the other hand, I will be attending a wedding this weekend yang aku dah RSVP since last week lagi. Ni aku tengah survey flats yang elok untuk dipakai dengan baju kurung nanti :D Geram aje aku tengok heels aku yang bersusun kat rumah tu. Haih!

So OK la korang.. Kang kalau aku ada apa-apa cerita lagi kang, aku update la blog..

Till then. Have a nice day!

Tuesday, May 4, 2010

Harus

Cerita pasal makanan lagi eh? :D



Not everyday, tapi boleh dikatakan kerap jugak la aku nak makan mee sup sayur dengan teh ais during lunch time kat food court yang dekat dengan office aku ni ha..



Ikutkan tekak aku, dua-dua tu memang kombinasi terbaik la untuk aku sekarang yang boleh bukak aku punya selera..

To tell you the truth aku sampai dah tak tau dah nak makan apa. Dulu selera bukan main besar nak makan macam-macam, tapi masa tu tak boleh nak telan. Now bila dah boleh makan, as if takde nafsu la pulak. Every time bila Ben tanya aje aku nak makan apa, aku dok cakap nak corn in cup. Biar benar la kan nak makan jagung tiap-tiap hari. Ataupun aku cakap tak tau aje, ikut dia la. So aku cuit-cuit la sikit apa yang dia makan tu..

Monday, May 3, 2010

Mee hoon sup

Sekarang ni kat office dah confirm yang big boss akan belanja kitorang semua breakfast every Friday :D Yeay! Last 2 weeks ada mee rebus, and last week mee hoon sup tulang..



Minggu ni aku tak dengar lagi menu apa. Ada la a few people yang dah request nak makan itu ini, tapi bab tu it's all up to the chef la kan :D So we just wait and see..

Dah tak sekuat dulu..

OK tajuk yang entah apa-apa.. But seriously! Sekarang ni memang aku dah tak larat nak jalan lama-lama. Niat di hati nak la berjalan banyak-banyak so that nanti senang untuk beranak kan :D Ni nak berdiri lama sikit aje dah sakit pinggang..

On Saturday Ben ajak pergi Toys R Us sebab nak belikan present. Aku suggest kitorang pergi KLCC aje la, tak kuasa pulak nak pergi jauh-jauh..

Sunday pulak we all keluar dari pagi. Mula-mula tengok Iron Man 2 at MBO Ampang.. Eh korang dah tengok belum cerita tu? It was awesome I tell you.. Tak rugi la tengok :) Masa tengah tengok wayang tu kan, aku memang resah la dalam masa 2 jam tu. Badan lenguh-lenguh la pulak. Kalau kat rumah ni dah tentu-tentu aku capai bantal semua.. Nak lunjurkan kaki pun, ada orang kat seat depan. Haih!

Right after the movie, Ben nak pergi Crocs Warehouse Sale yang kat Ikano tu. I was like, tak payah boleh tak? Confirm ramai orang and susah nak dapat parking and all. Tempat-tempat ramai orang ni mula la kang aku pening-pening lalat pulak kang.. Dia insist jugak, OK la fine. Luckily ada parking kosong kat Ikea, so kitorang jalan la sikit ke Ikano..

Ramainya la orang jangan cakap la kan. Aku tengok-tengok aje, takde apa yang berkenan. Sekali ternampak pulak Mums Care ada buat sale kat situ :D So apa lagi, kitorang lagi teruja dengan barang-barang baby tu..

Amacam korang punya weekend? OK? :)