Monday, September 27, 2010

His HEP B (2nd Dose) injection..

Sebenarnya aku risau aje takut Umar meragam lepas injection. Tahan sakit ke dia nanti? Menangis tak hengat ke?

Patutnya dia kena inject on Wednesday but since the doctor ada emergency, so I was thinking might as well bawak dia on Saturday sebab Ben pun tak kerja. Nasib baik la tunggu pun tak lama even though orang yang bawak anak semuanya boleh tahan jugak ramai..

Kali ni Umar punya Nena pulak teman we all pergi PPN :D

Before injection sumbat susu dulu kasi kenyang :D
Oh by the way, berat Umar dah 4.4kg and tinggi dia 56cm.
Cepat la besar nak oi :D Tak sabar rasanya..


Masa doctor tengah standby dengan jarum and all, aku semakin lama semakin ke belakang. Haha! Seriau dowh. Tak sampai hati aku nak tengok. Aku cover pandangan aku dengan camera. Sedar-sedar aje si Umar dah "Uwaaaaaaaaaa!"

Alahai :(


Surprisingly dia menangis kejap tu aje la, then dia diam. Kagum aku.. Tapi aku tak suprise la lepas melangkah keluar dari bilik doctor, dia buat aktiviti dia as usual:

TIDUR!

Sunday, September 26, 2010

Turquoise baby..

Remember my entry Ole-ole dari Riyadh, yang my brother-in-law ada belikan baju untuk Umar tu kan? Hari tu he asked me to put one of the rompers on Umar, dia nak ambik gambar..

Rompers yang dia belikan semuanya solid colors - red, yellow and turquoise. Anak mak dah la tak berapa cerah kan. Haha! Silap pakai nampak lebam ko.. So aku pakaikan yang warna turquoise la, at least nampak OK sikit :D



Kebetulan Makcu pun ada kat rumah masa tu, and dia pun pakai warna baju yang sama dengan si Umar, memang harus la ambik gambar berdua :)

Shi-itam mama with his Lola..

Saturday, September 25, 2010

Akhirnya..

Hari ni genap 44 hari aku berpantang. Kejap aje aku rasa. Masa mula-mula start pantang dulu rasa macam Ya Allah lambatnya nak habis. Even though today is the last day tapi tak boleh nak happy sangat. Kiranya hari Ahad baru aku betul-betul merdeka, baru la aku boleh keluar..

So lepas ni baru la meriah sikit entry kat blog aku ni sebab dah boleh keluar berjalan, at least ada la cerita nak publish. Takde la nanti orang kata si Liza ni asyik-asyik cerita pasal anak aje as if dia sorang aje ada anak dalam dunia ni :D

Till then..

Friday, September 24, 2010

AVENT Electric Steriliser for sale!

I bought the steriliser on 13/7/2010, tak pernah pakai pun until today. Kotak pun tak bukak lagi. So I was thinking daripada membazir tak guna might as well I sell it off to those who are interested to buy..



Masa aku beli tu normal price dia RM399.90 but I got 20% discount, so aku bayar RM319.98. It comes with a warranty card (1 year) as well..



I'm gonna sell it for RM300, kalau ada sesiapa yang berminat please e-mail me at nurliza.z@gmail.com untuk sesi tawar-menawar :D

Thursday, September 23, 2010

Tidur meniarap



Ramai yang kata kalau baby tidur meniarap ni elok. Mana la tau kalau baby termuntah masa tidur, dia takkan telan muntah tu. Then perut kurang kembung. So far bila tidur malam aku tak pernah lagi letak Umar dalam posisi meniarap. Aku tak berani :D Gambar yang kat atas tu masa siang, saja nak try boleh la kan sebab aku celik lagi. Tu pun his Nena and Lola yang telangkupkan badan dia..

Korang pernah meniarapkan anak korang masa tidur tak?

Earth Mama*Angel Baby

Some of my friends pernah tanya aku guna toiletries apa untuk Umar? Frankly speaking aku guna campur-campur. But when my sister-in-law introduced Earth Mama*Angel Baby products to me, terus aku suka. Currently I'm using the Angel Baby Oil and Angel Baby Bottom Balm..

Aku beli online aje from Fabulousmom.com or Enjoybreastfeed.com


Lepas ni aku nak try the lotion dengan the shampoo and body wash pulak. Bau dia best, macam cake oren :D Confirm rasa macam nak gigit aje anak sendiri. Haha!

Tuesday, September 21, 2010

Dah pandai dah..

Umar sekarang ni dah kurang berjaga malam. Bangun pun 2 kali aje untuk minum susu. Lega la aku sikit sebab aku pun dah nak start kerja dah, kang takde la mengantuk tahap kronik bila kat office..

Boleh tahan kuat jugak minum susu si kenit tu. Tak boleh lambat, kalau lambat aje confirm dia menjerit. Dah pandai tunjuk perangai :D

With his atuk sayang and Mummy Afzan


Esok aku kena bawak Umar pergi injection and I hope dia tahan la sakit and tak meragam lepas injection tu. And aku tak sabar nak tau berapa dah berat dengan panjang dia sekarang :)

Friday, September 17, 2010

Mamak Cape Town

Bukan calang-calang orang yang bagi gelaran Mamak Cape Town tu untuk anak aku. A VIP I tell you :D Steady cucu DATUK!

Macam nak pergi bersukan pakai baju Pendidikan Jasmani :D


My father-in-law sorang aje yang panggil anak aku dengan nama "mamak". At first I thought mungkin sebab warna kulitnya ke (haha!) atau sebab face cut nya ke? Mamak Cape Town some more, exclusive betul nickname anak aku :D Bangga mak..

Rupa-rupanya masa aku nak dekat-dekat bersalin hari tu kan Ben sepatutnya pergi South Africa untuk tengok World Cup tapi tak jadi. Aku pun dah sarat kan, so terpaksa la dia batalkan niat dia tu. Takpe la, ada rezeki boleh pergi lain kali. Nanti World Cup 2014 ni nanti kat Brazil ha pergi la sangat. Aku pun nak ikut :D So kalau korang ada baca tentang Cape Town history and heritage, you will know about the "Cape Malays".. Sila la Google :)

Mamak kesayangan saya :)

Wednesday, September 15, 2010

Ben kena buli..



.. Oleh Ahmad si budak baik :D Ni baru kena buli dek anak saudara, kalau anak sendiri entah macam mana la Ben nanti.. Haha!

Umar on 1st Hari Raya

Mamak Cape Town berbaju melayu yoren di pagi raya :D

Tuesday, September 14, 2010

Spec dah siap!

Follow up from my entry - Kena buat spec..
Finally! Dah tak payah nak menggagau
tengah-tengah malam buta lepas bukak contact lens :D

Umar Ilham Majid - 1 month

Pejam celik pejam celik dah sebulan umur anak aku :) Alhamdulillah.. Hampir setiap hari aku berdoa supaya diberikan kekuatan so that aku dapat jaga anak aku dengan baik. Masa ni la aku dapat rasa yang aku sekarang dah jadi seorang yang semakin penyabar..

Nak cerita tentang progress anak aku yang dah masuk sebulan ni, memang macam-macam ada la kan. Salah satu yang aku realize, dia tak suka pakai bedung. Bila bedung aje, dia akan cuba sedaya-upaya untuk keluarkan tangan dia. Dulu masa dia kecik OK pulak bila aku bedungkan. So now aku bedung dari pinggang ke bawah aje especially masa siang. Bila malam takde alasan, suka ke tak suka ke aku bedung jugak tangan dia..

Panjangnya sideburns!


There was 1 day, dia start berjaga pukul 12 malam. Aku bagi dia susu, dia tidur. Then half an hour later dia bangun lagi nak susu. So aku bagi lagi dia susu. Lepas minum susu aje dia tidur. Setengah jam lepas tu dia bangun lagi! Haiyo.. Sampai la pukul 4 pagi dia dok berjaga kejap-kejap sambil menangis. Aku dengan Ben dah rasa nak pengsan dah. My parents-in-law pun terbangun sebab dengar dia menangis. Rupa-rupanya dia sakit perut, minum banyak sangat sampai sekah perut dia. I thought dia bangun menangis tu sebab lapar, aku pun sumbat aje la. Dah puas menetek, aku pergi panaskan susu yang aku dah simpan dalam fridge. Yang dia pulak nak ada something dalam mulut dia, bukannya sebab lapar pun. So jalan terbaik, I bought him a "best friend" :D Haha!

It works!
Now aku boleh control dia minum susu banyak mana, kerap mana..
At least every 2 hours aku kena make sure dia minum susu.
Kalau aku bagi pacifier and dia diam, that means dia saja la nak nyonyot.
Kalau dah bagi pacifier and dia still menangis, that means dia betul-betul lapar la tu..


1 more thing, dia adalah seorang budak yang manja :) Sometimes aku just gosok-gosok kepala dia sambil bercakap dengan dia pun dia boleh stim-stim mata nak tidur. Haha! Seriously, he loves it when people talk to him.. Asyik la nak mintak kena layan aje, tak tahan!

Turn mereka untuk melayan :D
Steady abah! Steady atuk!

Saturday, September 11, 2010

Ole-ole dari Riyadh..

My bother-in-law who just came back from Riyadh for Hari Raya bought these for Umar:



So cute OK, especially the jacket bulu-bulu at the top 2nd from right tu :D Kena pakai cepat, kang takut tak muat pulak. Nak ajak la Ben pergi Cameron Highland ke, Genting Highland ke, Fraser's Hill ke.. Ish, seriously aku tak sabar nak habis pantang cepat. Boleh keluar jalan-jalan!

Wednesday, September 8, 2010

My precious..



Dah 26 days dah Umar hari ni :) Siang asyik tidur aje and malam pulak dia berjaga. Even though sekarang ni syif malam dia tak lama macam dulu. Bangun sekejap aje untuk minum susu and salin pampers..

So far Alhamdulillah dia tak banyak ragam. Menangis pun bila lapar aje. Tu yang kadang-kadang aku risau tu sebab kurang menangis. It's not that aku nak sangat anak aku menangis la kan. Ni masa mandi pun boleh lelap lagi. The only time yang dia start bukak mata bila kita basahkan muka dia. Sesetengah budak baru nak bukak baju aje dah menjerit sampai satu taman perumahan boleh dengar. And I have to check dia punya pampers regularly nak tengok dia dah kencing ke, berak ke. Tak sedar kang melecet pulak montot anak mama :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri



I would love to take this opportunity to wish fellow bloggers and especially to all my readers Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Mana la tau kalau-kalau ada yang terasa ke, terkecik hati ke, dengan cara penulisan aku selama ni, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. To those yang drive untuk balik kampung tu, drive carefully and have a safe journey..

Till then..

Monday, September 6, 2010

Currently reading: Getting Rid of Matthew


When Matthew, Helen's lover of the past four years, finally
decides to leave his wife Sophie (and their two daughters)
and move into Helen's flat, she should be over the moon.
The only trouble is, she doesn't want him anymore.
Now she has to figure out how to get rid of him.....

Plan A
* Stop shaving your armpits. And your bikini line
* Buy incontinence pads and leave them lying around
* Stop having sex with him

Plan B
* Accidentally on purpose bump into his wife Sophie
* Give yourself a fake name and identity
* Befriend Sophie and actually begin to really like her
* Snog Matthew's son (who's the same age as you by the way. You're not a paedophile)
* Befriend Matthew's children. Unsuccessfully
* Watch your whole plan go absolutely horribly wrong

Getting Rid of Matthew isn't as easy as it seems, but along the
way Helen will forge an unlikely friendship, find real love
and realize that nothing ever goes exactly to plan..

Kunjungan rakan sekerja

Last Friday after office hours some of my colleagues from HR and Finance Department datang melawat aku sambil nak tengok Umar sekali..



Before diorang masuk rumah kan, dari luar aku dah nampak bukan main besar lagi hadiah yang diorang bawak. Ada 3 kotak pulak tu :D



Toys yang diorang bawak tu actually khas untuk budak yang umur 6-36 months. Honestly aku suka walaupun Umar belum besar lagi :) Something yang Umar boleh pakai untuk jangka masa yang lama, takde la membazir kan..

Si Umar ni..
Siang asyik nak lelap aje, orang datang pun dia tak kisah :D
Bising la, usik la macam mana pun..
"Aku tak kira, aku nak tidur!!"

Friday, September 3, 2010

Alahai anak mama..

Angel baby ;)


Tengok la tu ada teether kat atas kepala si Umar, entah siapa la punya kerja.. Haha! Dah macam angel punya halo pulak aku tengok :D

Thursday, September 2, 2010

Dalam pantang..

Lagi 23 hari aku nak habis pantang, haih! Lama pulak aku rasa. Seriously tak best OK berpantang masa bulan puasa. Time ni la macam-macam spesis makanan aku jumpa. Dah sah-sah la kena tengok aje kan.. Cakap pasal pantang ni, so far so good. Takde la jiwa aku tertekan ke apa :D Dah jadi macam rutin dah - bangun pagi lepas breakfast aku mandi, menyusukan anak, pam susu, makan, minum, tidur kejap..

Oh, lupa.. Lepas mandi kena pakai bengkung :D




Ikat kat pintu aje, so aku kena berpusing-pusing la. Kadang-kadang adik ipar aku yang jadi tukang ketatkan bengkung tu and kadang-kadang Makcu. Masa awal-awal aje dulu makcik tukang urut aku tu tolong ikatkan.. Bengkung traditional ni is a bit leceh but it works wonders! Entah ada masa ke tak aje la kan sebab panjang berjela-jela. Aku nak beli Premium Beautiful la lepas ni :D

Settle pasal bengkung, masuk bab rambut pulak..



I'm starting to LOVE this hairstyle already.. Haha! Tak mustahil la lepas ni aku asyik dok ikat rambut aku macam ni aje. Over betul!

Lastly, about the food during confinement..



Basically, makanan yang aku makan semuanya yang kering-kering and yang dapat menambahkan pengeluaran susu. Masih ikut apa yang boleh dimakan and apa yang tak boleh dimakan. Paling penting mesti ada variety, takut kang tak dapat zat yang mencukupi pulak..

Wednesday, September 1, 2010

2 Generasi

Majid Sr. with Majid Jr.


Ni la aktiviti si Umar a.k.a Mamak Cape Town kadang-kadang bila malam, berborak dengan atuk dia :)

Bila siang asyik tidur aje, bangun pun kejap-kejap untuk menyusu. Malam pulak dia dok berjaga. Pusing jugak la kepala aku. Haha! Tapi takpe la, sayang anak punya pasal. Tak cukup tidur pun tak cukup tidur la..

2 weeks check-up

Last Friday kena bawak Umar pergi check-up kat PPN and Alhamdulillah semuanya OK. Dia punya kuning pun dah takde. Mula-mula tu biasa la kan, kena timbang berat and all..

3.4kg in 2 weeks time :D Naik 0.3kg aje..
So far the doctor takde pulak cakap dia underweight ke apa,
so I take it as normal la kan..


Umar with his Lola Dylla..
Entah sampai bila la Lola Dylla kena ikut Umar pergi clinic
every time ada check-up :D


Dr. Khairul tengah bagi penerangan on how to clean
Umar punya pusat, etc..