Lepas balik dari wedding cousin belah Ben kat Kuang tu, we were supposed to meet our agent together with the owner untuk ambik kunci rumah and pay the balance of the 2+1 rental tu.. Tapi last minute Ben dapat sms from the agent, saying that dia tinggalkan kunci kat post box. OK la.. Fine..
Masa awal-awal kitorang nak ambik rumah tu, ada beberapa benda la yang kitorang nak suruh agent tu panggil contractor buat or bagitau kat the owner - Tolong cabut segala paku-paku yang kat dinding (seriously aku tak tau la apa yang penyewa sebelum ni gantung kat rumah tu), simenkan balik lubang-lubang bekas paku tu then cat.. Tolong ganti pintu toilet yang macam dah nak tercabut tu.. And tolong pasang kepala paip boleh tak?! So the agent pun dok ye la, ye la..
OK.. Sambung balik cerita.. Kebetulan my uncle from the Philippines tu ada kat KL, he also excited nak tengok rumah tu. My sister, Nadzirah dengan my parents pun ada.. Ben and me punya excited jangan cakap la kan..
Tapi excited kitorang ni semua kejap aje. Bila masuk rumah tu I was expecting to see rumah dah dalam keadaan yang OK la kan.. Sama aje keadaan rumah tu macam mana kitorang mula-mula tengok OK!! Hangen la aku kan! Apa pemalas sangat diorang ni?! Ben pulak boleh tertinggal handphone dia kat rumah Setiawangsa. Aku memang tak simpan la kan number agent tu.. *sigh* Kebetulan hari hujan, nampak pulak dinding berbelak. Entah kat mana pulak bocornya..
Keadaan dapur yang sungguh jijiks!
They were like, haaaaa! Apakah?
Sedih betul tengok pintu toilet ni la..
Kalau cat pun tak guna..Jadi keja pulak nak touch-up dinding rumah ni bila hari hujan..
Tengok sinki tu..
Kasi close-up sikit..Magic apa yang diorang nak suruh aku buat nanti kan?Nak guna air aje kena tertonggeng-tonggeng bukak paip kat bawah sinki tu?Memang la aku boleh beli setakat kepala paip kan, kepala kau pun aku boleh beli.Tapi tugas kau kena pastikan rumah tu at least elok la sikit,aku nak tinggal kat situ tau tak!ps. Kitorang tak jadi ambik rumah tu.. Nasib baik dah dapat rumah lain. Still in Ukay Perdana, apartment sebelah aje.. Nanti la aku tunjuk gambar OK? Pukul 3 karang kitorang terus angkat barang-barang.. Habis cerita :D