Friday, February 27, 2009

Qurbani Qurbani Qurbani

Hari tu masa tengah kemas-kemas bilik, aku terjumpa lagi gambar-gambar lama masa aku kecik :D So aku nak tunjuk la kat korang.. Ehehehehe..



Masa ni umur aku 7/8 tahun kalau tak silap. Buat show untuk Hari keluarga Maybank kat mana entah. Aku menari lagu Qurbani Qurbani Qurbani :D Sorang-sorang aje OK.. Hahahahaha! I got 1st place, hadiahnya diari yang ada kunci tu.. Yang tukang choreographnya kawan arwah mak aku, Indian lady. Kalau korang nak dengar lagu Qurbani Qurbani Qurbani tu, click aje kat video kat bawah ni :

Ke OldTaste lagi..

Rabu lepas aku ajak my sister lepak kat OldTaste lepas kerja.. Aku kan tak habis-habis dok mengidam itu ini. English Breakfast kat La Bodega dah dapat.. Iced Coffee pun dah dapat.. Suka :D

Iced Coffee kat OldTaste ni memang layan..


I tried the chicken chop..
Not so good sebab saucenya tak sedap. Rasa sweet and sour pulak..


My sister - Nadzirah

Thursday, February 26, 2009

Selepas nikah..

Dah selesai semuanya, harus la ambik gambar berdua kan.. Seriously kitorang sangat penat..

Sebelum nikah..

My family members dah start datang.. Aku pun dah start nervous..

Antara orang-orang terpenting yang menjayakan majlis kahwin aku..
Wah! Menjayakan..


Yang baju purple ni Sabrina.. Kat belakang tu Nadia..
Sepupu-sepupu aku..


Kerja mesti kuat..
Angkat la hantaran-hantaran tu semua masuk dalam kereta..


Aku, seperti biasa.. Only smile for the camera :D


Nampak macam aku jalan terkangkang-kangkang kan. Hahahahahahaha!
Kasut tinggi OK, sampai 4 inci si Che Wan tu buat..


Nenek angkat aku - Datin June Rahim..
Nenek June ni dulu pelakon lama-lama.
Tapi aku tak pernah pun tengok dia berlakon dalam mana-mana movie..


Tok Ayah (suami nenek June) dengan Atuk Hamdan..


Penyambut tetamu..
From left is Pak Ngah, Pak Teh and Uncle Rahim..


People are everywhere, buat aku lagi la nervous..

Korang nak tengok gambar?

Aku tengah takde idea nak update blog pasal apa ni.. So aku sajikan aje la kat korang gambar-gambar masa my wedding hari tu yang belum aku tunjuk kat sini ye?

Aku tunjuk dulu gambar-gambar sebelum pergi masjid untuk nikah.. Tak sempat mandi tak sempat apa, Asyraf dah datang.. Ish!

The White House :D
My family members sorang pun belum datang lagi masa ni.
Kalau tak silap aku, baru pukul 7.00 kot..


Tu ha aku tengah pegang towel lagi tu..
Ayah dah dok tanya-tanya apsal tak mandi lagi :D


Hantaran


Ni wedding favours untuk reception on my side..
Order terus dari Gardenia, siap ada expiry date lagi..


Masa ni aku tengah tulis senarai orang yang nak tepung tawar masa reception nanti..
Patut sibuk pasal nikah kan.. Ni tak..
I was taking my own sweet time, tulis-tulis sambil minum coffee..


That's my stepmom preparing breakfast for the family members..


Express punya menu..


Uncle Rahim baru sampai..
Dalam kotak tu ada mugs yang aku nak bagi kat tetamu-tetamu VIP..


Checking out the hantaran..

Tuesday, February 24, 2009

Penat..

Hari ni aku cuti lagi.. Baru lepas spring cleaning my bedroom. Macam kapal pecah tadi aku tengok.. Now I feel kinda bored.. Rasa macam nak lepak kat OldTaste, tapi hari tengah panas. Maybe I'll go there later in the evening, before Ben balik.. Bestnya kalau dapat minum Iced Coffee :D

Oh sungguh nyaman!

Monday, February 23, 2009

Suara saya sengau

*Tajuk takde kena-mengena dengan entry kali ni*

I'm on leave today (Monday) and tomorrow (Tuesday) sebab ada a few things yang aku nak settlekan.. Lagipun tak berapa sihat ni.. Batuk and selsema tak baik-baik since last week. Boring betul la..

Oh.. Tonight Uncle Bujang and Aunty Bebe will arrive from the Philippines roughly around 8.00pm. Tak sabar nak jumpa diorang :D Nak bawak diorang makan sate kat Keramat..

You all have a nice day OK?

*hugs*

Sunday, February 22, 2009

Oh finally..

Dapat jugak aku breakfast kat La Bodega.. Yeayyy! I'm supposed to have a study group yesterday (Saturday) but it was canceled last minute. Nasib baik la ada Farah and Zue :D

I had English Breakfast seperti yang diidam-idamkan :D
Tapi.. Kenapa gambar ni tak secantik gambar-gambar Joe??
Hahahahaha!
Yang ni aku tengok pun tak selera..


Si kenit dah pandai pandang camera :D


Sempat ambik gambar masa dia tengah menggeliat..
Walaupun cuaca panas, tidur tetap lena..


Foxy Mommy ;)


Zue and her muesli..
(Sedap ke babe?)


Zue was like WHATEVER!..
Hahahahaha! Cute aje..


Berangan bawak anak sendiri :D

Thursday, February 19, 2009

Where to find?

Siapa tau kat mana nak beli mannequin yang macam dalam gambar kat bawah ni? :

Not necessary sama exactly like this one la kan..
Mannequin yang tak ramping pun boleh :D

Tuesday, February 17, 2009

Craving O Craving

Dah lama rasanya aku dok mengidam nak breakfast kat La Bodega.. English Breakfast dengan Big Breakfast kat situ sungguh yummy I tell you! Tengok gambar-gambar ni pun dah buat aku terliur:

Photos courtesy of Lots of Cravings


ps. Darling-darling blogger babes saya, BILA LAGI??

Tetap utuh walaupun dilanda hujan lebat dan panas terik :D

Gambar-gambar tanda arah nak ke rumah Ben masa wedding kitorang:

Yang ni dah kat area AU3 dah..
Kat papan tanda bonggol pun diorang letak :D


Yang ni pulak kalau datang dari arah AU4..
Memang clear boleh nampak..

Monday, February 16, 2009

Belated wedding present

20 of my colleagues ada share duit untuk belikan aku punya wedding present.. Diorang dok cakap kat aku benda tu besar dan berat yang bila nak angkat sampai nak putus urat kentut.. I was like, apakah??! Hahahahahaha! Diorang tak bawak that hadiah masa datang reception aku hari tu sebab diorang fikir nak hantar kat rumah baru aku nanti. Tapi masalahnya, aku tak pindah-pindah lagi.. So diorang tumpang la letak kat rumah salah seorang dari mereka-mereka yang share duit tu..

Dah 3 bulan kahwin, aku pun rasa tak best sebab lama sangat hadiah tu ada kat rumah orang.. As if tak appreciate la pulak kan.. So malam tadi Ben pergi rumah kawan aku tu.. Patut la diorang semua cakap besar dan berat, memang besar dan berat pun.. Tapi aku tak sure whether urat kentut Ben putus ke tak la kan. Hahahahahaha! Eh by the way, diorang bagi TV 29" :D


Misi mencari kain..

Ni cerita semalam (Ahad) pulak.. Petang tu keluar dengan adik Ben, Anum ke Gulati's kat Ampang Point untuk cari kain nak pakai masa reception dia nanti. Dia nak kitorang semua adik-beradik perempuan pakai kain jenis sama, tapi fashion boleh la lain-lain. Apa kes nak pakai fashion sama kan, macam boria la pulak. Hahahaha!

Untuk nikah, kitorang kena pakai warna cream/beige/off white. Aku dengan Ben dah selamat di situ :D Ben boleh pakai baju masa kitorang nikah hari tu, aku pulak boleh pakai baju bertunang.. Dress kat dalam tu la, bahagian luar kena beli yang lain. Anyway.. So theme colour untuk reception is green.. Cari punya cari, tinggal 2 jenis yang kitorang short-listedkan.. Kena tunggu semua orang setuju baru pergi beli..


Anum jadi model..
Dah macam patung kat tepi tingkap pulak aku tengok. Hahahahahaha!

1


2


Kitorang berkenan yang kat nombor 1 ni..