Friday, October 31, 2008

Tired of being nice..

Silap aku la kan expect lebih-lebih..
But seriously, aku kecik hati..
Enough said!

Wednesday, October 29, 2008

Layan..

And the party begins.....

@ Club 21 in Changkat Bukit Bintang


With Leen and Dya

Hahahahahahahaha! Aku hanya mampu letak banyak ni aje gambar kat sini.. Cukup la ye??

Tuesday, October 28, 2008

Getting ready..

For my hens night ;)

Location : Eastin Hotel, Petaling Jaya

From left-right: *yours truly*.. Hani.. Leen.. Dya

Wedding present

Last Sunday I met Zue at Blook Bangsar. Tu pun tak lama.. And she gave me this:

Tengok paper bag aje pun dah buat aku excited..


Oh I love it!!

Thanks a lot babe.. You really make my day!!

Monday, October 27, 2008

When I don't have the energy to do anything else..

Next week akan dapat title "puan" la pulak. Hahahahahahaha! Kena update status kat resume la nampaknya lepas ni.. Lots of things happened for the last couple of days, but I just don't have the energy to blog about it.. Wish can be a blogger tegar like Peej and Ceera, tapi tak berjaya jugak. Tabik spring la kat diorang ni :D


Anyway, few of my close friends organized a hens night for me on Sunday. I already warned them not to ask me to do something silly or embarrassing.. Just chill over a decent meal and then hit the club will do ;) Nasib baik la kan diorang tak gila malam tu.. *phewww* Gambar-gambar nanti aku upload, tapi tak boleh banyak-banyak :D On the other hand, the dinner that I'm supposed to have with the blogger babes cancelled since ramai yang takde.. Takpe la kan..

Oh.. And that day I met Leen, Jules and Dya for breakfast at Pelita Bangsar. Aku tak ingat hari apa.. I'm getting forgetful pulak nowadays.. *sigh*

Leen, Dya and me..
Tak sempat nak ambik gambar dengan Jules sebab dia dah balik awal..


Dya and me..

Will try to update my blog regularly after this especially on my wedding preparations and all..

Till then..

Saturday, October 25, 2008

2 weeks?!

Lagi 2 minggu aku nak kahwin??!! Ishhh.. Biar benar la kan! Macam tak percaya aje.. Banyak jugak benda-benda kecik yang tak settle lagi ni. Banyak ke? Ke aku yang exxaggerate lebih?? *sigh* Tak tau la.. Ramai jugak yang tanya soalan standard tu "how's your wedding preparations?" So, antara benda-benda yang tak settle lagi:

1) Wedding favours - I called the supplier yesterday and she asked me to call her back 1 week before the wedding to confirm on my order. OK, fine.. Mugs untuk VIPs, my uncle yang akan settlekan..

2) Directions untuk ke dewan - Ada ke patut my dad suruh aku yang pergi pacak anak panah tu semua kat traffic lights malam-malam buta?! Hahahahahahaha! Sesuka hati aje kan, dia dah start panic la tu!

3) Hantaran - Semua dah siap gubah except for sirih junjung.. Chocolate aku akan beli last minute.. Cake aku akan tempah 1 week before.. Fresh flowers, on Thursday (2 days before) baru beli..

4) Bunga telur and bunga manggar - Belum beli!!

5) Flower girls - Later in the evening aku akan keluar beli kain, esok baru bagi my tailor untuk jahit. 1 week siap! Then kena beli bunga dengan ribbon untuk hand bouquet budak-budak tu semua..

Tuesday, October 21, 2008

Which File Extension Are You?

I found this survey at Lea's blog.. Bila dah dapat the results, I think it's quite true ;)

You are .jpg You are very colorful.  Sometimes you forget things, or distort the truth.  You like working with pictures more than words.

Only now..

Baru sekarang ni aku ada mood nak update blog. Tu pun sebab aku macam tak senang duduk aje bila tengok blog ni tak update for 2 days.. I've been so stressed out lately, maybe it's because of my big day is getting nearer and nearer.. I don't know?! Semua benda aku takde mood nak buat.. Padahal banyak aje cerita yang aku nak letak kat blog.. *sigh* Slowly la ye? Aku akan cerita satu-satu..

Macam-macam nak kena fikir ni.. Penat laaaaaaaaaa!! :(

Saturday, October 18, 2008

Friday, October 17, 2008

Address please!

To all bloggers yang kenal aku,
please e-mail me your full name and address OK?

nurliza.z@gmail.com

ps. Kalau nak tinggalkan your full name and address kat comment box ni pun boleh..

Thursday, October 16, 2008

Hmpph!

It's OK..

Now I know..

Don't blame me for not being nice anymore..



Wednesday, October 15, 2008

Caricature

Aku tempah gambar caricature untuk letak kat mug, wedding favours for VIPs.. So semalam lepas kerja aku dengan Ben pergi la Central Market nak collect gambar tu. Sekarang ni aku tengah fikir nak letak wording apa kat mug tu nanti.. Nak wording yang simple aje, tak nak panjang-panjang.. Anybody yang ada idea? Bole la share dengan aku :)

Ni gambar asal yang aku bagi kartunis tu..
Ben nak sangat gambar ni sebab dia kata dia nampak kacak.
Hahahahahahaha!!


Sama tak dengan muka we all? :D

Tertinggal pulak..

Ada 2 gambar yang aku terlepas pandang masa wedding my cousin last Friday.. Gambar aku dengan Ben and Rinie..


Haaaaa Rinie.. I dah letak dah.. Suka?

Baju for bersanding

Lepas office hours hari Isnin hari tu aku dengan Ben terus pergi Puchong untuk jumpa my tailor - Che Wan. Dia nak tunjuk kat we all design baju bersanding yang dia dah buat and nak ambik ukuran badan sekali.. So tak payah dah nak pening kepala fikir pasal baju or theme colour lagi dah..

Che Wan tengah ambik ukuran badan Ben


"Hang tinggi naaaaa.. macam galah.." kata Che Wan
Hahahahahahaha!
Che Wan siap cakap kat aku,
"Che akan buat kasut 4 inci untuk hang sebab Ben tinggi..
Nanti berdiri sebelah-sebelah baru la nampak padan.
Ben kena pakai tengkolok, kalau kasut ko tak tinggi kang ko nampak pendek"
Apa-apa la Che Wan :D

Tuesday, October 14, 2008

Jamuan Hari Raya

Pagi semalam my department organize jamuan Hari Raya kat office. Bila aku sampai aje nak turun dari kereta, aku tengok bukan main ramai lagi yang dok melepak kat reception area. Rupa-rupanya takde electricity.. *sigh* Bila call buat aduan, it takes roughly around 4 hours baru settle katanya.. Ish! So terpaksa la we all makan dan bersuka-ria dalam keadaan panas tu. Mula-mula aku OK lagi, mood ceria.. Lama-lama tak tahan la wei!! Nasib baik pakai kain pario, boleh la jugak kibas-kibas :D Nak ikat rambut, tapi getah lupa nak bawak pulak. Bila dah tak kuasa dah rasanya aku terus dok dendiam baca buku.. By noon baru electricity ada balik.. Legaaaaaaaaaa!!

Bahagia rasanya dapat baca buku walaupun tengah panas..


Menyibuk :D


Excited nak ambik gambar dengan kotak "unhealthy" snack
from the hamper yang we all dapat..


Aku kacau rambut Aida :D

Monday, October 13, 2008

My cousin's wedding

Last Friday I went to Dini's wedding in Sheraton Hotel, Subang. Aku semangat giler nak pakai baju baru yang aku tempah hari tu, tapi boleh pulak aunty tu buat salah ukuran :( Entah ukuran siapa entah yang dia ambik. Aku nak buat kebaya pendek, agaknya dia tak pandai jahit kot. Takde ruang langsung kat bahagian dada. Semput OK!! Kat bahagian tangan pulak menggelebeh semacam. Kalau nak alter, the next day baru siap katanya sebab banyak lagi tempahan yang dia kena buat.. *sigh*

Aku panic la kejap tak tau dah nak pakai apa.. Aku mana la ada baju yang glamour selain dari baju bertunang. Asyik-asyik pakai baju tu aje.. Terpaksa la kan, nak buat macam mana.. *sigh*

Ben with Abg Boy - my dad's cousin


Geram betul dengan anak Abg Boy ni!!
Kecik-kecik dah pandai pandang camera..


Our table


Wedding favours


Si Ben tiba-tiba mood ceria..


Siti and Nadzirah


Entah apa kena la si Siti ni..


The bride and groom


Sisters


Cake cutting ceremony


Beautiful..

Saturday, October 11, 2008

Kad kahwin

Habis aje buat manicure, aku dengan June pergi minum kat Restoran Berjaya. Too bad tak dapat nak lepak lama sebab Ben dah sampai. Kitorang nak kena pergi Pudu pulak untuk confirmkan design kad kahwin..

Dapat customer yang banyak songeh macam aku ni, kesian kat kakak yang handle account we all tu. Kejap-kejap tukar.. Kejap-kejap tukar.. Tapi dia tetap relax aje, senyum sentiasa..

Honestly, aku tersangat la puas hati dengan design and layout kad kahwin kitorang walaupun simple. Takde la grand, lagipun we all pilih yang murah aje. To me, less is more. Yang penting orang boleh baca :)

Eventhough aku ni banyak songeh, Ben lagi DOUBLE punya banyak songeh dia..


Ben nak approve design and layout lagi lama dari aku OK!!
Siap mintak copy nak bawak balik rumah tunjuk kat his parents..
Tu pun ada yang silap lagi tu..


Masa ni dah dalam kereta nak balik..
Motif ambik gambar macam tu sebab nak tunjuk kuku,
tapi tak nampak pulak. Hahahahahaha!


Ben giler!!
Gambar terpaksa aku kaburkan..
Buruk bebenor rupanya!


Contoh sampul kad kahwin tu nanti..


Bahagian depan untuk tulis nama tetamu jemputan..


Bahagian belakang aku letak map..


Puisi hasil nukilan abah Ben - Abdul Majid Baharom (AMB)
Sesiapa yang dapat kad kahwin aku ni nanti nampak la puisi ni
kat bahagian belakang tepi map..