Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year!


My New Year's Resolutions :

1) Lose weight! Lots and lots of weight :D And leading a healthy lifestyle - eat right.. Exercise regularly..

2) To have and run my own online boutique

3) Get out of debt

4) Save more money

5) Travel at least once a year ;)


Happy New Year people!!

Jawapan untuk soalan poll

Hari tu kan aku ada bagitau pasal aku saja suka-suka create a poll untuk korang jawab, and I promised to give the answers by end of this month kan? So here we go..

1) Bila tarikh aku nikah?
8 November 2008 *click here*

2) Apa nama sebenar Ben (suami aku la, siapa lagi..)?
Halmy Zahari bin Abdul Majid

3) Berapa banyak dulang hantaran yang aku bagi Ben?
13 dulang *click here*

4) Apakah warna tema majlis reception aku dan majlis reception Ben?
Blue & Purple *click BLUE* *click PURPLE*

5) Siapakah artis terkenal Malaysia yang datang ke majlis reception Ben?
Rosyam Nor

Tuesday, December 30, 2008

Saja suka-suka..

*sticky mode*
Please scroll down to read my new entry..

Aku baru create a poll - scroll aje ke bawah sikit kat belah kanan..
Sesiapa yang terlebih rajin tu,
kalau rasa-rasa nak cuba jawab boleh la :D



ps. Aku akan bagi jawapan untuk soalan-soalan tu semua by end of this month OK?

Saturday, December 27, 2008

Tak jadi ke Singapore..

..... sebab aku dengan Ben terbangun lambat OK.. Hahahahahahahaha! Bukan pasal masalah passport macam nak pergi Philippines hari tu.. Bukan.. Bukan.. Hahahahahaha! Kitorang terjaga tadi pun pukul 8. Patutnya dah sampai kat Puduraya dah waktu tu sebab kitorang ambik bas yang pukul 8.30 pagi.. Rugi aje duit ticket RM60.. Takpe la kan. Boleh pergi lain kali.....

Sesi makan 3 sekawan..

Yesterday I had lunch with Zana and Nabilah at Bistro Delifrance in KLCC. Memandangkan lunch hour on Friday 2 jam, tu yang sampai ke KLCC perginya.. Mula-mula aku macam malas la jugak nak ikut Zana tapi sebab dah lama tak jumpa Nabilah sejak dia jadi orang gomen ni, tu yang aku gagahkan jugak..



Our appertiser - Potato Wedges


Zana


I had lamb shank.. Kurang sedap la pulak..
Gambar tuan empunya blog takde ye, takde mood nak ambik gambar..


Nabilah - The Chatterbox!

Friday, December 26, 2008

Berjalan lagi?!

Aku kat office ni.. *sigh* Boring! Tak sabar giler nak tunggu pukul 5, aku nak balikkkkk!!

Anyway..

Tonight as usual Ben pergi main futsal, aku lepak kat Setiawangsa.. Since both of us will be going to Singapore tomorrow dengan Chot (Ben's best friend) and his wife, malam ni aku kena packing la nampaknya.. Nasib baik la passport masing-masing dah renew, tak sanggup dah rasanya kalau jadi macam hari tu. Hahahahahahahaha! The reason Chot ajak we all pergi Singapore ni sebab nak tengok Night Safari, si Ben ni kan suka sangat tengok minatang :D

*photo courtesy of Asia Tours Singapore*


So tomorrow aku dengan Ben naik bas from Puduraya, then turun kat Terminal Larkin. Chot will fetch us from there.. Balik on Sunday baru naik satu kereta dengan dia..

Our tickets..


Balik dari Singapore nanti baru aku update OK?

Have a fabulous weekend people!

Thursday, December 25, 2008

Oh sungguh heaven!...

Prosperity burger & curly fries..

BBQ Session

Semalam ada buat BBQ kat rumah parents Ben in Keramat.. My sister Nadzirah pun ada sekali, so mintak tolong dia aje la yang ambikkan gambar sebab aku busy tolong apa-apa yang patut..

Enjoy the pics!

Getting ready..


Tengah nak naikkan api..


Us :)


That's abah with R.A.. R.A sampai KL petang semalam from Kemaman..


Ni section ayam & daging


Udang dengan sotong pun ada..


Oh that's my hands :D
Nak tengok isi ayam tu dah masak ke belum..


Mak pun turun padang nak tolong bakar ikan..


During that night..


R.A berborak sakan dengan uncle & aunty-aunty Ben..


Suasana kat dalam rumah


Nadzirah

Tuesday, December 23, 2008

Farah & si kenit

Finally..... Dah 80 kali agaknya plan nak jumpa my darling Farah since she gave birth to Baby Farell, asyik tak jadi aje.. So lepas kerja tadi aku bertekad jugak mintak tolong Ben singgah sekejap kat rumah mak Farah in Setiawangsa. You see, rumah my parents dengan rumah her mother bukannya jauh, sekangkang kera aje. Tapi sebab aku sendiri pun terkejar-kejar, nak jumpa pun susah..

Lega dapat jumpa Farah, terubat la jugak rindu aku kat dia :D Sampai aje kat rumah mak dia tadi, after our muah muah session aku terus la terkam si kenit tu. Hahahahahaha! Masa turun dari kereta nak berjalan ke rumah mak Farah tu aku tak berhenti baca ayat qursi OK.. Mana la tau ada benda mengikut ke apa kan.. Kang tak pasal-pasal kang tak tidur malam pulak si kenit tu..

Tengok tu.. Sempat lagi pegang laptop..


Sorry gambar gegar sebab aku tengah dodoikan Farell..
Tengah best duduk-duduk tetiba dia menangis pulak.
Aku bangun baru dia senyap.. Very clever!!


Baekkk punya landing eh Farell?
Hahahahahahahaha!

ps. Babe, I nak Farell panggil I Mummy Liz la.. Gelaran "Bonda" tu untuk Rinie aje :D

Layan gambar lagi..

Selagi aku tak letak the rest of the photos masa pergi zoo tu, selagi tu la suami aku yang tercinta dok tanya-tanya "mana lagi gambar minatang??" *sigh*

Haaaaa.. Dah letak dah ni.. Suka??







Yes Man


"Yes Man" stars Jim Carrey as Carl Allen, a guy whose life is going nowhere - the operative word being "no" - until he signs up for a self-help program based on one simple covenant: say yes to everything... and anything. Unleashing the power of "YES" begins to transform Carl's life in amazing and unexpected ways, getting him promoted at work and opening the door to a new romance. But his willingness to embrace every opportunity might just become too much of a good thing.
(http://yesisthenewno.warnerbros.com)

Semalam lepas kerja Ben bawak aku tengok wayang kat Galaxy Ampang.. Kitorang pilih untuk tengok Yes Man. Ben was a bit reluctant at first sebab dia kata Jim Carrey punya movie semuanya lawak bodoh. I'm not a big fan of Jim Carrey so aku tak tau.. Tapi dah itu aje cerita yang macam menarik kat MBO tu, kitorang redah aje la kan..

End up.....

We were laughing our heart out dari mula sampai la ke akhir movie.. Kelakar nak mampos OK!! Aku banyak kali kena siku dengan Ben sebab ketawa macam orang gila. Hahahahahahahaha! Ketawa memang jenis tak boleh tahan punya la.. Sampai bergegar kerusi yang kitorang duduk tu. Hahahahahahaha!!

To those yang belum tengok lagi Yes Man, haaa pergi tengok cepat!!

Monday, December 22, 2008

Selamat Pengantin Baru SHENA!

I was invited to Shena's wedding yesterday (Sunday) but too bad I can't make it.. Balik aje dari zoo on Saturday tu aku sakit kepala la pulak. Bawak ke hari Ahad sakitnya.. Maybe sebab cuaca panas ke apa tak tau la aku..

Anyway..

To my darling SHENA..
Selamat Pengantin Baru!

* photo courtesy of her friend Munira Ismail in FB *

Lawatan Sambil Belajar Ke..........

... Zoo Negara!!

Last Saturday pergi Zoo Negara dengan Ben.. Hahahahahahahaha! Macam la takde tempat lain nak pergi kan.. Kalau korang nak gelak ke.. Nak kutuk ke.. Sila gelak dan kutuk dalam hati ye? Hahahahahaha! Ala, lagipun bukannya selalu kitorang pergi zoo.. Sekali-sekala nak tengok minatang :D

Friday, December 19, 2008

Finally.....

IT'S FRIDAY! Yeayyyyyyyyyy!! I'm sooo looking forward for the weekend :D Tetiba excited kan. Hahahahahahahaha! Ada plan on Saturday and Sunday, tapi tu nanti la aku cerita. Kang kalau cerita sekarang kang tak jadi ke apa ke, malu la pulak..

Anyway..

Aku ada baca la sikit-sikit pasal Aidil Zafuan yang dah kahwin dengan Rita Rudaini tu. Malas nak comment lebih-lebih.. Pandai jugak budak tu simpan rahsia..

Most probably I'm gonna meet Zue for dinner tonight.. Plan hari tu nak lepak kat Suzie's aje.. (Babe, apa-apa nanti you can just sms/call me OK?)

Sunday, December 14, 2008

When I was a kid...

Pagi tadi aku nampak ayah aku tengah kemas-kemas almari dia.. Aku tengok aje la kan, nak tolong pun bukannya aku reti apa yang nak kena kemas pun.. Alasan.. Alasan.. Hahahahahahahaha! Then suddenly dia bagi aku album gambar. Ingatkan album siapa la.. Rupa-rupanya tu album gambar masa aku kecik-kecik :D Tak sangka dia simpan.. Korang nak tengok??

Hehehehehehehehehehehe.....

Here we go..





Bila aku tengok gambar ni, tetiba terasa "Alicia Keys" pulak..
Hahahahahahaha!


Gambar-gambar ni semua kat rumah atuk aku kat Kampung Pandan..
Family aku cakap, masa kecik aku suka ambik gambar kat paip air :D






Mata lebam tu sebab terhantuk kat buju meja.. Hahahahahaha!



Rocking chair hadiah birthday from atuk aku..




Siap make-up segala bagai, mak-mak sedara aku yang punya kerja..