Showing posts with label Kasih Camelia Majid. Show all posts
Showing posts with label Kasih Camelia Majid. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Kesayangans..

You know.. Since Kasih kena chicken pox hari tu, masa memang banyak habis kat dia and her brother aje.. Take turn la dengan Ben ambik cuti jaga diorang berdua. Whenever my turn to be on leave, I will sit down with Umar to make sure he practice his writing so that dia tak lupa or tak malas bila nak start school balik. Tengahari numbers, petang ABC and malam before tidur help him on Peter and Jane :)


Kasih after she was free from the chicken pox virus, makin nakal pulak! Dok kacau Opah dia. Mula-mula datang mengendeng senyum-senyum tersengih-sengih buat muka comel. Makin lama makin dia conquer. In the end, buat la macam harta sendiri. Haha!


With beloved besties at WonderMama X, Avenue K for our usual makan-makan session. Masa ni aku bawak Umar aje sebab Kasih tak baik lagi from chicken pox. So Ben tolong jaga dia kat rumah..

Monday, October 20, 2014

Chicken Pox attack!

This photo was taken on the 2nd of October hari tu. Red spots dah start keluar punya la banyak. Malam tu jugak aku dengan Ben bawak dia pergi hospital. The doctor at the emergency prescribed her with Chlorpheniramine (which is used for itching), Zovirax (anti-viral) and calamine lotion. Nasib baik the doctor bagi ubat nak kurangkan gatal tu, at least Kasih dapat la tidur lena..

And this was taken last week. Most of the spots dah kering, tinggal bekas hitam-hitam tu aje.. 2 minggu jugak la aku dengan Ben bergilir-gilir ambik cuti jaga dia. Umar tak kena, maybe because dia sempat dapat injection untuk chicken pox tu kan. Even his doctor pun cakap, insyaAllah Umar memang takkan kena la..

By the time this entry keluar, Kasih and Umar dah start sekolah balik dah :D Melompat gembira budak-budak berdua tu dapat jumpa kawan-kawan. Haha! 2 minggu terperap kat rumah tak ke mana, aku pun boleh pengsan!

Monday, May 26, 2014

Movie date..

Oleh kerana dia sangat behave dalam panggung wayang, sekali lagi aku bawak dia to the cinema to watch Rio 2 :D But this time we went together with his close friend at school, Harizs. Masa tu adalah hari ibu-ibu bawak anak-anak jalan without the husbands tagging along. Oh my, berpeluh ketiak. Haha!


Jun (Harizs's mom) pun ada anak kecik lebih kurang sebaya Kasih. Ha just imagine la tak menang tangan kitorang nak handle all the darlings.. Tu yang dapat ambik gambar dalam panggung aje tu :D

Thursday, May 22, 2014

Outing



Percubaan untuk bawak Umar and Kasih to the cinema to watch Spiderman  berjalan dengan lancar nampaknya. So boleh la bawak diorang lagi lepas ni :D No crying no drama, nothing. Phew! Kasih memang best, she was sleeping all the way dari mula sampai habis. Bunyi berdentam-dentum sikit pun dia tak bangun. Kagum aku..

We took 2 couple seats, so selesa la kitorang anak-beranak. We all ambik seats yang paling atas and yang paling tepi sekali. Mana la tau kan, kot-kot anak-anak menjerit ke melalak ke senang kitorang nak cabut :D

Tuesday, May 6, 2014

Berkampung (di PCMC)



Luluh hati aku every time I looked at those pictures. Gara-gara demam panas yang tak turun-turun suhunya. Bagi makan ubat pun tak baik-baik. Temperature was between 38 and 39, dari pagi sampai malam. Terus bawak pergi hospital..

Sampai-sampai, lepas aje check temperature (it was 39.3 at that time!) one of the nurses cepat-cepat bagi aku satu mangkuk air sejuk untuk lap kepala and badan Kasih.Then yang paling aku tak tahan bila ambik darah la, to check whether ada denggi ke tak. Alahai :( Aku ni memang tak boleh tengok bila anak-anak kena cucuk jarum. Nak pengsan! -__-


Ha ni yang si besar ni..
Adik kena pakai hospital pajama, dia pun nak.
Nurse kat situ pulak suka melayan..


The day before we discharged..
Dah tak demam but the doctor still nak monitor..


Alhamdulillah, am glad that she's OK now. Berkampung kat PCMC for 5 days, letih jugak dibuatnya. Finally, home sweet home!

Tuesday, January 7, 2014

KCM at 7 months..



Oh look at her now :) Nampak macam dah besar sangat but she's only 7 months. Took this photo last night by the way. Tu pun kena snap cepat-cepat. Mula-mula dia meniarap sambil dok tengok-tengok gambar kat buku tu. Then suddenly she turned, dengan buku tu sekali dia angkat. Tapi tak lama sebab tangan dia lenguh agaknya. Haha!

Thursday, October 17, 2013

Kasih Camelia Majid

Kasih.. She's 4 months old now. Dah pandai bergurau sekarang ni.
Agah sikit aje dah gelak mengekek-ngekek.
Tu yang best kalau berborak dengan dia.
Confirm dia layan, tapi cakap bahasa dia la..


So far dia tak banyak kerenah, same like her big brother. As long as perut kenyang
and cukup tidur, she will be very happy already. And now I realized that
dia tak nak tidur siang sangat la. Tidur pun kejap-kejap aje.
Sibuk nak ajak orang berborak..


 
Tidur pun dah kurang nak berbedung. Dah macam orang besar pulak..


Every time people call her name, dia akan pusing cari
ke arah mana suara tu datang :D I find it so cute.


And finally.. Dia dah boleh meniarap. Yeay!

Thursday, June 27, 2013

Hari ke-30


Dah sebulan umur Kasih Camelia Majid.. Dah sebulan jugak la aku dalam pantang, 14 more days to go. Sabar Liza, sabar. Haha!

So far Kasih tak banyak meragam, Alhamdulillah. Menangis pun bila lapar aje. Bila perut kenyang, dia relax la..



Sekarang ni dia dah macam budak besar dah. Bedung pun tak nak. Seboleh-boleh dia nak keluarkan tangan dia tu. Ikat la bedung kuat mana pun, confirm tangan dia keluar jugak..



Aku perasan yang Kasih ni lebih kurang sama macam abangnya - baik aje tak banyak songeh sepanjang aku berpantang. Tapi kot bila besar nanti sama melasak macam abang dia jugak, tak tau la kan :D Aku redha aje la. Anugerah Tuhan..

Wednesday, June 19, 2013

Friday, June 14, 2013

KCM's follow-up check-up



Went to PCMC last Tuesday to see Dr. Anthony. Follow-up check-up biasa aje, nak tengok whether Kasih ada kuning ke tak, berat dia, tinggi dia..

Day 14 - 3.35kg, 52cm


Semua OK according to Dr. Anthony, Alhamdulillah :) Kuning pun takde. Takde apa yang nak dirisaukan, he said.  Cuma apa yang kita takut, after 1 month if suddenly ada kuning, tu memang masalah la sebab ada kaitan dengan hati. Hopefully takde apa la kan. Doa mintak yang baik-baik aje.. And Kasih ni boleh gemuk lagi katanya, tak payah nak diet sangat. Haha! 

So far I'm very comfortable with him, he's very good and very friendly.
At first ada jugak terfikir nak guna aje khidmat Dr. Khairul
(Umar's Paediatrician) after this,
senang dua beradik dengan the same doctor.
Tapi bila fikir-fikir balik, takpe la..
Dr. Anthony dah dengan Kasih since she was born kan,
dia dah tau segala history semua. Macam leceh pulak nak tukar-tukar..

Thursday, June 13, 2013

29 May 2013

Sekali lagi doa aku to have a smooth and easy delivery dimakbulkan, Alhamdulillah. Lebih kurang sama situasinya dengan Umar dulu, aku bersalin on the day of my check-up. Tapi tak sempat nak check-up pun, awal-awal pagi aku dah rasa sakit perut. Mula-mula aku ingatkan false alarm (2 weeks before I gave birth I straightaway went to the emergency sebab sakit perut, tapi rupa-rupanya sakit perut due to angin. Haha! Menggelabah gila..), tapi sakit perut kali ni lain macam pulak. Memulas every 5 minutes..

It started around 5 o'clock in the morning. Fikir hanya sakit perut biasa I went to the toilet, siap membuang semua bagai. But around 6, aku sakit perut balik. Then sakit tu lega.. Dalam 5 minit, sakit balik. Macam tu la, sakit lega sakit lega. Aku terus kejut Ben. Dia tengok aje muka aku terus cergas dia bangun, suruh aku mandi and siap. Dalam hati dah terdetik, kalau false alarm lagi macam mana? Malu la :D Dalam pada berbelah-bagi tu aku bersiap jugak la, and sempat hantar Umar kat rumah Makcu in Bukit Antarabangsa, just in case kalau aku betul-betul nak beranak kan. Takde la Ben kelam-kabut nak tengok Umar lagi, nak jadi tukang sorak untuk aku lagi. Haha!

On the way to the hospital tu kan.. Nasib baik la cuti sekolah I tell you. Jalan agak clear.. Dalam kereta aku memang dah tak boleh nak bercakap dah. Contraction every 5 - 7 minutes. Ben nak pegang tangan pun aku tepis :D

Sampai aje hospital, aku terus dibawa ke Labor Room (in a wheel chair. Tak kuasa aku nak jalan dah sakit-sakit tu kan). The Nurse Manager yang sambut aku masa dah sampai kat reception area Labor Room tu, terus tolak aku masuk bilik untuk check aku. Masa tu memang jalan pun pegang dinding OK. Dah siap salin baju and all, mula la aktiviti seluk segala. The Nurse Manager said to Ben, "Luckily you came on time you know. If you wait for another minute she will deliver at home!" Aku pulak dok sibuk nak tau dah bukak berapa cm? "8cm already!" Hambek ko! Hahahahaha! So dengan sepantas kilat dia arrange everything, call Dr. Seri, a few nurses came in - masing-masing ada tugas masing-masing. They even offered me untuk ambik gas (yang akhirnya aku campak terus ke tepi sebab takde effect apa-apa pun!? Haha) and epidural (which I said nanti dulu, selagi aku boleh tahan insyaAllah, aku memang tak nak ambik epidural)..

Tak lama lepas tu Dr. Seri pun sampai with her cheerful remark, something like "Lizaaaaa.. Dah bukak 8cm.. You're so lucky now is the school holiday.. Ada tanda-tanda ke tadi? Darah? Air? Etc, etc" :D Hilang rasa sakit kejap bila tengok dia ceria macam tu :)

I told her memang takde tanda apa-apa pun. So dia terus pecahkan air ketuban sambil bagitau yang tak lama lagi ni aku bersalin la. Then dia pun keluar kejap with all the nurses..

Tak sampai 1 minit dia keluar dari pintu tu, aku terus cakap kat Ben "I nak kencing la! I nak berak jugakkkkk!!" Haha! Kelam-kabut si Ben panggil nurse. Aku nampak aje nurse masuk, terus aku cakap kat dia "I nak push!!" Sambil aku push betul-betul. Dia pun kelam-kabut la panggil Dr. Seri, siap suruh aku tahan kejap. Haha! Seriously aku tak boleh tahan. You know, bayangkan something nak keluar from your perut yang korang tak payah nak buat apa pun dia rasa nak terkeluar jugak. Macam your body yang automatically push kan untuk korang tanpa korang perlu buat apa-apa. Haha! 

So Dr. Seri muncul tepat pada masanya.. My baby was born at 8.35am.. 2 pushes.. 2 stitches.. Alhamdulillah :)

A few minutes after she was born :)
(3.19kg, 51cm)


Kasih Camelia Majid binti Halmy Zahari nama diberi..


Tu la dia pengalaman bersalin aku kali ni. Masa aku tengah taip this entry, anak aku dah 16 hari dah. Kejap aje.. 

A million thanks to all the nurses yang menjaga aku from Day 1,
and to Dr. Seri and Dr. Anthony (KCM's Paediatrician) - you guys are the best!

Tuesday, June 11, 2013

Alhamdulillah..



Aku dah selamat melahirkan bayi perempuan on 29 May 2013 (Wednesday), 8.35am at Prince Court Medical Centre :) Sekali lagi aku bersyukur sebab proses kelahiran agak senang dan cepat. Alhamdulillah..



Masa Umar dulu aku tak sedar the opening dah 6cm kan? Ha kali ni kasi bukak 8cm terus baru aku rasa sakit perut yang lain macam. Nasib baik sempat sampai hospital :D

When I have the time, I will blog about it OK? 

Till then..