Saturday, October 31, 2009

Urgh!

I'm supposed to follow my parents-in-law pergi rumah orang kahwin hari ni, but too bad la aku still not feeling well. Tinggal la aku kat rumah tengok tv :D

Anyway, bila tak sedap badan ni serba-serbi aku rasa tak kena. Dah la kepala sakit, terpaksa pulak came across someone yang pengecut. Berani berapi-api kat belakang, cakap aje la depan muka aku ni ha.. Dah la dia yang bring up the issue, tapi bila aku smash balik tak boleh terima la pulak. Dia smash aku takpe.. Gila ke?

Maybe dia fikir selama ni aku diam and aku jarang luahkan apa yang aku rasa, dia boleh pijak kepala aku. Jangan sampai aku bersuara la kan, tak larat dia nak dengar nanti. But come to think of it, takpe la.. Jangan dilayan.. Dah dia miserable, dia nak orang lain miserable jugak. Lepas tu cakap belakang. Meh la face to face kan, aku memang tak sabar nak fire orang ni ;)

Aku diam tak bermakna aku takut, I just don't want to stoop so low to her level.. Most important thing is I have my family to back me up. Setakat manusia bermulut puaka tak luak la aku..

Sekian la cerita untuk hari Sabtu :D Memang jarang (ke tak pernah?) aku keluarkan entry yang berunsur ala-ala macam nak bagi penyepak. Tapi sebab perkara-perkara yang tak best tu pun happened a few days/weeks ago, so marah tu dah kurang la sikit. Marah tu still ada, tapi berlapik la..

So guys, have a great weekend!

Friday, October 30, 2009

So funny!

Boleh dapat standing ovation la you!
Well done ;)

ps. Have a lovely weekend people!

Banana Royale

Tetiba aku terasa nak makan ice-cream from Baskin Robbins la pulak.. Banana Royale :D Oh bestnya!



Tak sedar diri la kan tengah batuk kong kong kong.. Ada hati nak makan ice-cream somemore..

Thursday, October 29, 2009

All in 1 package

Lemah badan aku la haih! Selsema.. Batuk.. Sakit tekak.. Badan menggigil.. Semua cukup! Demam aje yang belum lagi. Time ni la pulak nak kena kan.. Benci betul!

Oh sickness.. Please go awayyyyy!!

Dah start dah..

Halim (my brother-in-law) is getting married in March next year.. So adik-beradik yang lain dah start buat bunga for the bunga telur untuk nak cucuk kat batang pisang nanti..

The theme color will be blue..

Kertas biru and putih bentuk bunga tu
my sister-in-law yang buat guna puncher..


Kerja aku senang aje la kan.. Tolong cucukkan manik kat tengah-tengah kelopak bunga tu aje :D



So nanti bunga-bunga tu akan dicantumkan together dalam a few biji then lekatkan pulak kat lidi. Kiranya 1 lidi tu nanti akan ada la 2-3 tangkai. Then letak la kat lidi tu ribbon and kain net yang untuk letak telur..



Kalau ada yang dah siap, nanti aku tunjuk kat korang :)

Wednesday, October 28, 2009

Dapat sekali 2 la pulak..

Hari tu kawan aku ajak pergi makeover Shu Eumura sebab dia ada dapat extra voucher. Aku aje yang suka benda-benda macam ni katanya :D

Then Aida pulak bagi aku voucher untuk makeover from Chanel..



But the problem is, dua-dua tu tarikh tutupnya on the same day! Dah pening kepala aku nak pergi yang mana satu and bila yang nak perginya..

Kena betul-betul plan la pulak kan. Takpe.. Bagi aku fikir kejap. Tau-tau aje kang entry keluar aje la ye? :D

Rindu!

Dah lama aku tak minum kat OldTaste tu :D Aku kalau ke situ, takde benda lain la yang aku order - Iced Carrot Orange (juice), no sugar!



Sempat lagi main Cafe World on Facebook.. Siap keluar si Jie punya daily special :D

Annual Dinner

Aku sebenarnya tak sabar nak tau apa theme untuk our Annual Dinner for this year :D Tu antara salah satu activities that we are looking forward to, obviously..

Dulu mana la pernah aku experience Annual Dinner ni semua dengan company lama. Since aku kerja dengan company yang sekarang ni, siap ada tema segala bagai. Aku excited la kan nak carik baju..

I still remember the first Annual Dinner for 2005, the theme was Glitz and Glamour..



Ada la dapat e-mail from the committee member contoh-contoh baju yang kita kena pakai on that night. Semuanya gambar dress sesaja.. Masa tu aku kurang berminat sikit nak pakai dress, tak tau la kenapa :D Blouse yang aku pakai tu, actually it was a birthday present from one of my auntie's friend masa aku kat Frankfurt.. Skirt dengan kasut tu pulak, aku pakai yang dah sedia ada aje la. Lagipun aku baru start kerja, tak rasa nak beria-ia sangat..

Then it was Rock and Funky..



Theme ni senang la aku rasa. Ramai colleagues aku yang pilih baju ala-ala funky, untuk yang perempuan la. Berapa kerat aje yang pilih untuk jadi rock :D Salah seorangnya aku la, rock tak jadi.. Hahahahahahaha! Kebetulan aku ternampak sleeveless "Rock Star" tu masa tengah jalan-jalan kat Ampang Point. Apa lagi.. Terus la aku sambar!

The following year was Retro Night..



Retro Night yang paling fun :) Serba-serbi best la aku rasa.. The costume.. The food.. The band.. Top dengan 3/4 pants yang aku pakai malam tu I bought it at Blook in Bangsar. Aku tengok the mannequin pakai. Aku pulak tengah rushing masa tu, so beli aje la :D And I borrowed Siti's (my sister) wedges to match with the top.. Warna biru jugak..

Last year punya Annual Dinner la yang paling kecoh sekali.. Bollywood Night..



Memang last minute habis la baru dapat baju. Menggelupur aku kena pergi Jalan Masjid India dengan Ben. Tak pasal-pasal kena beli, mahal pulak tu.. Jadi pengajaran la kan :D Lain kali kena prepare awal..

Next month la kot baru kitorang semua dapat tau theme apa pulak untuk this year.. Seriously aku tak sabar :D

Tuesday, October 27, 2009

Lepas masak, dok dendiam..

Masih lagi cerita Cafe World on Facebook.. Hahahahahaha!



Kali ni aku ambik makanan yang lambat nak masak, janji servings dia banyak. So takde la aku kena dok mengadap aje 24 jam kan.. Tu yang penuh aje food counter aku tu. Super Chunk Fruit Salad ada 512 servings remaining, Spitfire Roasted Chicken ada 495, Triple Berry Cheesecake ada 177 and Vampire Staked Steak ada 143.. Cukup la kot untuk tahan sampai esok pagi..

Yang tengah masak on the stove tu pulak aku ambik Spitfire Roasted Chicken dengan Vampire Staked Steak. Lepas tu aku ambik jugak Homestyle Pot Roast. Tu banyak servings dia, 1150.. But it takes 2 days la kan nak masak. Lama giler!

Sampai bila aku nak main Cafe World on Facebook ni, entah la.. Maybe until kitchen aku dah gedegang punya besar dan lawa la kot, baru aku stop :D

Project Big Headz -Part 1-



Korang pernah dapat stamp untuk Big Headz from Guardian tu tak? Fluffy toys yang kepalanya besar, badannya kecit cenonit tu :D



Macam comel aje binatang-binatang tu semua. So that day aku ada beli barang kat Guardian, dapat 7 stamp..



Macam seronok la pulak melayan benda tu kan. Hahahaha! I was thinking kalau dah cukup stamp tu semua nanti, I wanna give it to someone.. Siapa?? Ha tunggu la ye? ;)

Monday, October 26, 2009

Cafe World on Facebook

OK kita lupakan Sorority Life on Facebook buat seketika.. Aku tengah dok layan Cafe World pulak sekarang :D



Aku sampai dah addicted main benda tu. Sehari kalau tak tengok memang tak sah.. Tapi cafe aku tu simple aje, sebab tak cukup coins nak shopping lebih-lebih. Hahahahahaha!

Hari tu aku macam ternampak siap ada carpet merah segala bagai. Tapi bila aku carik balik nak beli dah takde pulak. Entah kat mana entah perginya..



At the moment ranking aku kat tempat yang ke-6. Camne la orang lain boleh dapat coins sampai berpuluh-puluh ribu. Kagum aku :D

Baby in the house..

I don't know why.. Tapi aku suka betul kalau baby atau anak-anak kawan aku datang rumah :D Ambik berkat katanya..



Kebetulan hari tu my sister, Siti dengan my dad datang rumah. Saja la nak lepak kejap sebab dah lama tak jumpa.. So confirm la si Ryo tu dapat layanan 1st class dari aku kan :D

Thursday, October 22, 2009

Tiger Futbol Starz

For the last couple of weeks Ben dah start busy dah handling the Tiger Futbol Starz event. Jumpa client sana-sini.. Meeting sana-sini.. Kesian aku tengok. Belum apa-apa lagi dia dah nak demam dah..

Aku dapat rasa betapa penatnya Ben tu masa aku ikut dia carik baju untuk hantar printing for Erra Fazira to wear, since she is the host. Aku pun tak pasti la kenapa Ben pulak yang kena jadi runner..

So we went to Sunway Pyramid sebab tempat printing tu kat Subang, so dekat la kan. Kitorang pergi dari satu kedai ke satu kedai nak carik baju merah yang plain. Sampai kejang-kejang betis aku ni ha berjalan dengan laju punya pasal.. Lepas dah cukup 6 pasang, kitorang terus rush ke Subang pulak..



But too bad dalam 6 tu, 2 tak boleh print sebab permukaan baju tu tak rata kat bahagian dada. Susah untuk orang tu nak print the logo..

Aku ada la tengok contoh iklan yang akan keluar kat tv tu nanti dalam laptop Ben. And according to him, 1 baju aje yang Erra comfortable untuk pakai..



I'm not very sure la whether iklan tu dah keluar kat tv ke belum..

So anyway.. Maybe ada antara you all yang dah tau apa benda Tiger Futbol Starz tu kan. Sesiapa yang tak tau, it's actually a reality show to search for bakat-bakat muda umur antara 7 tahun hingga 12 tahun yang mahir dalam bola sepak..

All the boys yang terpilih tu nanti layak la untuk masuk dalam program realiti Akademi Tiger Futbol Starz yang bakal disiarkan di Astro :)

The last 3 boys yang terbaik pulak akan dimasukkan ke sekolah sukan terunggul di Malaysia katanya :) Plus RM10,000 untuk setiap pemenang..

To those yang ada anak/anak buah/adik/sepupu-sepapat yang umur antara 7 hingga 12 tahun tu boleh la try. Mana la tau ada rezeki kan :)

Sesi pencarian will start on this Saturday, 24 October 2009.. Kat bawah ni aku senaraikan the dates and the venues:

24 October 2009
Kota Bharu - Kompleks Sukan Sekolah-Sekolah

25 October 2009
Kuantan - Padang Taman Gelora

31 October 2009
Kuala Lumpur - Padang Tasik Titiwangsa

7 November 2009
Kota Kinabalu - Padang Merdeka Perbandaran Berjaya

14 November 2009
Kuching - Dataran Merdeka

21 November 2009
Alor Setar - Padang Kolej Sultan Abdul Hamid

22 November 2009
Pulau Pinang - Padang USM

29 November 2009
Johor Bharu - Dataran Johor Bharu

If you guys wanna know more about the audition, the rules and regulation and all, kindly visit the Kraft TIGER Biscuits website..

Tuesday, October 20, 2009

Help!

Aku pelik.. For the last couple of days I was trying to put a picture kat my header but gambar tu tak appear pun..

:(

Nak buat macam mana ni? Anybody knows?

Oh Vincent..

That's the advantage when you have a personal hairstylist where you can always go to on a bad hair day - they know what you want and how you want it..

Seriously I have to do something with my hair yesterday, just a simple blow dry will do since kitorang semua kena pergi ambik gambar dengan my sister-in-law yang baru lepas graduation tu. Kat mana lagi aku nak pergi kan kalau tak ke salon Vincent..

Bila aku masuk aje, aku tak nampak pulak kelibat si Vincent. His assistant aje yang tegur aku..

Ye yang.. Nak buat apa hari ni?

I nak blow curl aje.. (Terus cari tempat duduk) Vincent ada??

Ada.. Dia kat belakang.. (Ambik sikat, ambik iron)

I was like, dia ni tak faham kot aku nak Vincent yang blow rambut aku. Takpe la.. Tapi dalam hati meronta-ronta aku seru nama si Vincent. Hahahahaha! Kot la he can sense aku hantar telepathy kat dia kan..

Ada la dalam 5 minit the assistant godek-godek rambut aku, Vincent keluar. Yessssssssss!

Eh yang.. Ko nak ke mana ni?

Nak pergi ambik gambar :D

Vincent dok bertenggek kat tepi station aku tu, dia pandang aje assistant dia buat apa entah kat rambut aku ni..



Muka aku dah kelat-kelat dah. Bukan la aku tak suka assistant dia tu buat. Tapi aku mintak blow curl, takde curl pun aku tengok. Sambil-sambil tu aku seru la lagi nama Vincent. Si Vincent tu boleh diam aje, dia dok pandang aje..

Suddenly he turned away, he went to the other side of the station.. Aku dengar kelentang kelentung, kelentang kelentung. Hahahahaha! Magic apa pulak dia nak buat.. And by the time dia datang balik kat aku, I saw he was holding another iron. Double yessssssssss!!

Ko tepi sikit, he said to his assistant..

Aku dah buat ni, dah nak habis dah!

Ish! Ko tengok mak hayam ko ni buat.. Ko jangan ingat loyal customer aku ni tak cerewet ye. Dia diam aje tu. Tapi dia la cerewet paling besar!

I just couldn't hold my laugh any longer. Aku pun apa lagi, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! HAHAHAHAHAHAHAHAHA! Dia faham rupa-rupanya..

Monday, October 19, 2009

Feature wall

Gambar diambil semasa menunggu tetamu sampai
on Saturday night :D


Tu la dia feature wall aku yang Ben sibuk nak cat tu, like I mentioned at my previous entry. Tak larat la pulak aku nak korek entry yang mana satu..

Masa mula-mula Ben nak cat tu, aku risau jugak takut nampak malap ke buruk ke apa. Tapi bila cat tu dah kering, OK la kot aku rasa :D

Qaseh yang bad mood..



Malam hari Sabtu hari tu cuaca agak panas jugak la. Sikit angin pun takde. Dah pasang kipas full blast pun still panas lagi.. Siap bawak keluar stand fan segala bagai..

So I think that's why la si kenit tu meragam aje dari mula sampai la dia nak balik. Tambah pulak dengan orang ramai, bising and all. Lagi la dia menjerit tak hengat punya kuat..

Sorry la Qaseh, rumah Auntie Liza takde aircond :D

Iwani

Iwani is located at Taman Permata.. Normally kalau aku nak beli frozen food, kat situ la tempat yang selalunya aku akan tuju. Barang-barang kat situ quite cheap, since I have the membership card aku dapat 10% discount lagi :D



Ben invited his close friends over for a makan-makan session actually on Saturday night. Dia mintak tolong aku masakkan daging tumbuk. So kena beli daging batang pinang and all..



Kitorang buat simple aje.. Beli sate, mee goreng, rebus nasi impit, goreng frozen wantan sikit.. Habis cerita!



Buat kecil-kecilan pun pinggang aku sampai sakit until now :(

Annasuejie



It was nice meeting you! :)

Sunday, October 18, 2009

Precious Me

First I read about it at Leeds' blog.. Then I read about it at Zue's blog..

Aku pun nak tau jugak la apa benda PRECIOUS ME ni sebenarnya, and product apa yang PRECIOUS ME ni jual. Actually macam-macam ada.. From body polish to lip balm to make-up remover to luxurious soap - all natural and hand made!

So I bought the Lemongrass De-O Soap (RM20)..



I find it very suitable to keep me feel fresh. Lagipun sabun ni elok untuk elak dari pembiakan bakteria yang boleh buat badan berbau. After using that soap kan kulit aku lembut aje, langsung tak kering. Bau pun segar..

The owner of PRECIOUS ME also gave me samples for me to try - Soothing Cucumber Soap and Tomato & Yoghurt Soap..

Currently I'm using Soothing Cucumber Soap..
Dah nak habis dah pun,
so lepas ni boleh try this Tomato & Yoghurt Soap pulak..


Since kulit muka aku ni tak berapa ada masalah sangat except kering sikit here and there, aku guna as a cleanser aje :D And it works wonders! Hilang terus kulit kering. Kulit jadi sangat lembut OK, seriously..

If you want to know more about the luxurious soap, you can just click at this link - PRECIOUS ME:Range of luxurious soaps..

Saturday, October 17, 2009

Makan kat TGI Friday's pun best :D

I've been telling Ben that I feel like having dinner at TGI Friday's yang baru bukak kat Wangsa Walk Mall tu for our 1 year anniversary :) Oh just thinking about it already make my mouth waters :D

Belum apa-apa lagi aku dah sibuk check out the website untuk tengok menu. Hahahahahaha! Dah start fikir-fikir nak makan apa..



For appertizer, aku tak tau whether to choose between Loaded Potato Skins or Fried Mac & Cheese. Dua-dua nampak sedap :D Ish!



And I was thinking I wanna try the Ribeye Steak.. Ooooohhhhh heaven!



And Dessert Minis for dessert! Chocolate Oreo Mint Crunch.. Strawberry Parfait.. Mocha Latte.. Snickers Treat.. Tropical Delight.. OH.MY.GOD.

:D

Saya sangat terujaaaaaaaaaa!

Friday, October 16, 2009

Dome, KLCC

Normally every time we all pergi KLCC (girls in the department) memang takde tempat lain la kitorang nak makan selain Dome. Boss aku tu yang sebenarnya suka sangat makan kat situ. Kitorang tak kisah, ikut aje..

Aida with her Seafood Creamy Pasta


Hari ni aku tak terasa nak makan something yang heavy so I ordered Caesar Salad instead :)



Agak membantu jugak la roti 2 keping on the side tu :D At least takde la aku rasa lapar yang melampau even after I finished those leaves.. Kena jaga makan dan juga badan sekarang ni dowh :D Annual Dinner company aku in January next year nanti boleh pakai baju cantik.. Hahahahahahaha!



Oh. And that's Breaded Calamari, boss aku punya. Sotong goreng tepung la dalam bahasa Melayunya ye. Setakat nak makan sotong goreng tepung sampai kena pergi Dome. Hahahahahahaha! Tak faham aku..

Clinique

Last week rasanya, I saw this one sticker kat front page suratkhabar The Star about Clinique eye cream..



I was like, macam menarik la kan. So I took it.. Nak perginya entah bila, simpan aje la dulu. Mana la tau kalau-kalau Ben nak singgah KLCC ke, boleh la aku ikut :D

Kebetulan hari ni my boss ajak lunch kat KLCC. Oh suka hati aku! Sampai aje dia pergi tempat lain dulu, tinggal la aku dengan Aida. Janji nak jumpa balik around 1.30 untuk makan.. Aku pun apa lagi, heret la Aida ke counter Clinique kat dalam Parkson tu..



I was entertained by Heng, the consultant. He's very helpful I must say :) Diorang ni semua kena la mesra pelanggan kan.. So after I showed him the sticker for the free eye cream sample tu, dia suruh aku isi form dulu before he proceed to check on my skin..



And he gave me a free consultation on products that suit my skin type and all. Lepas tu dia ada jugak bagi aku try other products. Semuanya best!

That's the free Clinique all about eyes rich yang aku dapat..


I did ask him about the price for the Clinique 3-Step Skin Care System tu, it's actually RM243 and it can lasts me up to 3 months.. Do you guys think it's really worth it?

Thursday, October 15, 2009

Wahab's Cendol

Dulu aku selalu jugak la makan rojak kat gerai Wahab's Cendol kat Sri Rampai yang dekat dengan kolam tu. Rojak dia sedap.. And now aku dengar dia dah pindah kat bangunan baru, still kat Sri Rampai, same row with Oldtown..



Aku tak sure la whether is it the same Wahab's Cendol yang aku pergi dulu ke bukan. Tapi kalau dah nama sama tu, most probably ye la kan..



Macam-macam ada.. Rojak, mee rebus, nasi lemak, nasi ayam, laksa, mee goreng..



I had rojak ayam.. Tak sesedap the one that I had before :( Dah la mahal sampai RM6. Serious aku rasa tak nak pergi lagi dah..

Gambar Raya 2009

Dah nak habis raya dah baru sibuk nak cerita pasal gambar raya :D Gambar pun memang raw habis, tak sempat nak edit and all..



This picture was taken before Hari Raya actually at one of the studio in Taman Permata. Ada a few lagi pictures actually, tapi takpe la ye aku letak satu aje kat sini pun dah cukup la kan :)

So apa lagi?? Sila la comment.. Hahahahahahahah! Just kidding ;)

I'm looking forward to.....

* Makan-makan session this Saturday..

* Attend a friend's wedding on Sunday..

* A free make-over by Shu Eumura ;)

Have a nice day people!

Wednesday, October 14, 2009

New Facebook account

Aku lupa nak bagitau that I have a new Facebook account. Account yang lama aku dah delete sebab ada kesilapan teknikal yang aku tak dapat nak elak :D

So sekarang ni aku tengah gather balik semua contacts yang ada dalam account lama aku dulu tu. Menggagau jugak la nak carik balik..

So whoever yang baca ni, kalau ada profile yang aku terlepas pandang add aku balik ye?



Click aje Facebook badge aku tu at the top right hand side..



Or just gimme your e-mail address, nanti kang aku add..