Monday, June 28, 2010

Masih lagi rasa sakit..

Last Saturday I went for my monthly check-up, the doctor gave me the Tetanus shot. Sakit la pulak.. Sekarang ni aku tengok kat bahagian yang kena inject tu jadi merah and sakit bila pegang. Nak tidur mengereng on my left side pun dah tak boleh..

Anyway.. Berat badan aku naik lagi 2kg, baby pulak dah 1.7kg. Terkejut aku :D Aku ingat lagi masa last check-up doctor kata berat dia baru 900g. Too bad la Ben takde hari tu sebab dia kat Batu Pahat due to the Sokker Safari event tu. Tapi takpe la, next time dia boleh pergi..

Thursday, June 24, 2010

Sakit perut & "The List"

Petang semalam 1st time aku rasa perut aku ni sakit betul, tak main-main punya sakit. Tiba-tiba aje perut aku mengeras, then rasa sakit macam nak buang air besar la pulak. Few of my friends cakap it was maybe the Braxton Hicks contractions la tu. Even though sekejap, tapi berpeluh jugak la aku dibuatnya.. So far until aku tengah taip entry ni, aku dah tak rasa apa-apa dah.. Lega!

On the other hand, aku baru lepas siapkan list of things to buy for the baby and myself. Yang basic aje la dulu, tu pun dah pening kepala aku sebab banyak yang tak beli lagi ni..

Ada ke sale untuk barang-barang baby coming soon?

Wednesday, June 23, 2010

@ 30 weeks..

Tak lama lagi dah nak masuk 8 bulan.. Ish, nervous pulak aku :D

Sekarang ni aku perasan yang perut aku kerap sangat mengeras.. Then kadang-kadang rasa sakit macam ada angin bergelodak dalam perut. Lebih kurang macam tu la, susah aku nak explain. I've read somewhere that it's actually "Braxton Hicks Contractions"..

Kaki aku ni pulak memang dah start lenguh-lenguh dah. Even masa tengah duduk pun lenguh. Kalau banyak jalan during the day, ha siap la tengah-tengah malam kaki cramp. Sebelum tidur tu taruk la minyak banyak mana pun, pakai la stokin tebal mana pun, still tak jalan..

Nak cakap pasal selera makan pulak :D Gila la aku makan banyak OK, especially masa lunch. Kawan-kawan aku semua macam terbeliak-terbeliak mata bila tengok aku makan. Haha!

Semalam aku pergi Alpha Angle sebab nak tengok barang-barang baby, terserempak pulak dengan kawan my sister who is pregnant as well and she was like, "Kak long dah berisi!!" Tu aku cakap dengan dia, mana la boleh dia nak compare badan dia yang halus tu dengan badan aku yang memang sediakala tak halus ni kan. Perut dia kecik aje walapupun dah 7 bulan. Dia cakap doctor dia bising suruh dia makan sebab berat badan tak naik-naik. Kesian pulak aku tengok.. Ben pun cakap memang ibarat langit dengan bumi la bila aku berdiri sebelah-sebelah dengan budak tu. Haha!

Friday, June 18, 2010

Tak sabar dah nak balik..

Kejap aje dah hari Jumaat kan? Rasa macam baru semalam hari Isnin, bercinta-cinta nak bangun pagi untuk pergi kerja. This week aku lemau sikit sebab kurang sihat - selsema, sakit tekak and batuk-batuk. Package baik punya! Nasib baik tak demam..

Sejak pregnant ni kan, aku perasan banyak betul sale untuk barang-barang baby. Ada yang aku tengok dalam newspaper, ada jugak yang kawan-kawan e-mail kat aku.. Dulu pun mesti la ada kot, aku aje yang tak perasan sebab belum pregnant. Cakap pasal barang-barang baby ni, banyak yang aku takde lagi except ada la beberapa helai towel dengan baju and seluar yang orang hadiahkan :D Mana nak start pun aku tak sure. Tapi takpe la, end of this month baru aku start tengok-tengok. Kena cepat, takut kang bila dah sarat aku tak larat pulak nak jalan..

Sihat dan langsing selepas bersalin

I received an e-mail yesterday from a friend on "7 tips penjagaan badan agar anda kelihatan langsing dan sihat". Saja la aku nak share dengan korang semua especially to those yang bakal bersalin for the first time..

**************************************************

1. Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan.

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam Islam sendiri pun amalan ini amat digalakkan kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah. Batu sungai dipanaskan dalam 15 minit. Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (keliling batu ditutupi daun). Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2. Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu dipulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembab dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.

3. Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah diurut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4. Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah berasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis. Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan disapu di dahi. Mudah bukan?

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang. Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung/gegaran pada badan.

5. Mandi air rebusan daun

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian membasuh luka di faraj untuk dibuat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun tersebut.

6. Minum ubat periuk

Ubat periuk ataupun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan. Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7. Tidur dan rehat secukupnya

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnya. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.

Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah.

Source: www.mysetbersalin.com

Wednesday, June 16, 2010

Si kenit pun minat bola..

Aku dah perasan a few times already yang tiap kali bila tengah tengok football match aje, anak buah aku si Ahmad tu bukan main menganga lagi mulut dia. Budak 5 bulan pun dah pandai. Agaknya dia suka tengok benda yang bergerak-gerak..



Masa aku ambik gambar ni, kitorang semua tengah tengok Cote d'Ivoire (Ivory Coast) lawan Portugal. Ha elok la tu start tengok-tengok dulu, nanti bila dah besar hopefully pandai la main bola ye Ahmad?

Urgh!

Hidung tersumbat..
Sakit tekak and batuk-batuk..
Benci betul!

Tuesday, June 15, 2010

@ 29 weeks..

Seriously la sekarang aku rasa macam toilet tu dah jadi kawan baik aku.. Katakan la aku baru lepas pee ni kan, keluar aje bilik air tak sampai seminit aku rasa nak pee lagi boleh? Kalau nak ke mana-mana, mesti tempat yang ada easy access untuk ke toilet.. Dulu boleh la tahan jugak kan, since perut dah semakin membesar ni memang tak boleh nak buat apa la..

Nak potong kuku kaki pun dah agak susah..

Source: baby-gaga.com

Nak pergi buat pedicure la nanti :D Kat mana yang best eh?

Currently reading: Solo

When Tess Duvall meets hotel owner Ross Monahan at a party,
she has no delusions about what sort of man he is -
his 'bad boy' reputation precedes him. She knows that he's only
after one thing, and just for that night, she's happy
to go with the flow.

But weeks later, as Tess finds herself tucking into
four banana sandwiches, she realizes she may have got a little bit more
from the one-night stand that she bargained for.

Spirited and independent, Tess is determined to go it alone,
but Ross, unaccustomed to being rejected, has other plans...

Note :
Aku pernah dengar yang buku-buku by Jill Mansell ni semuanya best tapi aku tak pernah baca lagi sebelum ni and after reading Solo, no doubt memang menarik. Buku agak tebal - 506 muka surat. Even though jalan cerita boleh dikatakan detail, tapi tak boring. It makes you wanna keep reading until the end..

Monday, June 14, 2010

Chill..

Hey guys! How was your weekend?

Since Ben takde sebab dia kat Ipoh untuk event Sokker Safari tu, aku just lepak kat rumah aje la - watching tv, baca buku, makan, tidur and merehat-rehatkan diri. Nak keluar berjalan, tak larat la pulak. Lagipun cuaca pun macam panas aje..

Korang tengok World Cup? Match yang betul-betul aku tengok masa South Africa lawan Mexico tapi tu pun tak habis. Mengantuk la pulak.. Malam tadi tengok Algeria vs Slovenia pun kejap aje. Korang sokong mana? Ben macam biasa la, dari dulu dia support Argentina. Aku tak sokong mana-mana, aku jadi tukang tengok aje..

Speaking of World Cup ni kan.. Most probably Ben dapat pergi South Africa with his boss to watch the quarter final match. So lucky! Best betul kerja asyik pergi overseas aje tengok bola. This time dia pergi tak lama, seminggu aje. Tak macam masa World Cup in 2006 yang kat Germany tu, yang tu dia pergi lama sebab jalan-jalan around Europe and all. Ni aku dah berat ni tak dapat la aku nak ikut :D Aku ada jugak la cakap-cakap nak join kalau dia pergi tengok World Cup 2014 in Brazil tapi dia tak bagi. Bahaya katanya..

Friday, June 11, 2010

Tunggu sekejap..

There was 1 time masa lepas kerja Ben dapat call from his boss yang diorang kena jumpa somewhere in Sri Rampai sebab ada benda urgent yang diorang kena settlekan padahal dia dah on the way dah ni nak ambik aku kat office. Bila dia dengan boss dia, aku malas la kan nak tag along. So biar la dia proceed with his boss.. Aku mintak tolong my boss to send me to him. Takkan aku nak tunggu sensorang pulak kat depan office aku tu kan. Semua orang dah balik.. Tapi takde la aku lepak kat kedai yang sama. Dia kat Papparich, aku kat Oldtown :D



Tak kisah la aku kena tunggu berapa lama pun as long as I have the Iced White Coffee, butter and kaya toast and a good book - I'll be fine :)

Thursday, June 10, 2010

Dah meniarap dah..

Cerita tentang Ahmad si budak baik, anak buah aku tu :)

He's going to be 5 months old soon, dah start meniarap dah sekarang. Comel aje aku tengok.. Bila kita baringkan aje dia, bukan main cepat lagi dia pusingkan badan..



Aku ingat lagi masa dia mula-mula nak belajar meniarap tu. Lepas dah berjaya pusingkan badan, sebelah tangan dia pulak tak lepas terhimpap kat bawah perut. Menjerit-jerit la dia.. Kesian tu memang kesian la, rasa macam nak tolong. Tapi kitorang buat tak tau aje, kasi dia belajar keluarkan tangan dia sendiri. Ha boleh pun sekarang kan :D

Wednesday, June 9, 2010

Saya ada 1 soalan..

Siapa tau kat mana ada buffet dinner
yang best dan sedap?

Tuesday, June 8, 2010

My weekend

On Saturday after breakfast, aku just lepak kat rumah my auntie in Ampang sebab Ben ada futsal tournament and few other things that he needs to settle. Lagipun dah lama aku tak jumpa cousin aku yang 2 orang tu. Masa aku kat rumah auntie aku tu pun aku takde buat apa sangat. Tengok tv.. Makan.. Melayan budak-budak 2 orang tu..

Oh. I had chicken rendang for lunch, my auntie masak :D Masa dalam pantang nanti kan, boleh makan rendang tak? Haha! Rendang and ketupat.. Ya Allah sedapnya!

Hari Ahad pulak aku ada sesi mengurut dengan Mak Andak in the morning kat rumah my parents-in-law while we had Kak Tina to clean our house. Before turun Keramat tu aku brief la KakTina sikit-sikit on what to do and all. Aku memang puas hati betul la dengan kerja dia. Berkilat sliding door dengan tingkap-tingkap semua. Just imagine la kan, later in the evening badan aku dah rasa fresh baru lepas urut and bila balik rumah dah bersih.. Oh my, it was heaven!

Monday, June 7, 2010

@ 27 weeks..

* Baru sekarang aku dapat rasa yang perut aku ni semakin membesar. Gatal kat perut pun dah lagi kerap aku rasa walaupun tak sampai beberapa minit aku lumur dengan lotion or olive oil..

* Amalkan minum Nestle Bliss yogurt drink every morning and Sunsweet prune juice sebelum tidur without fail untuk mengelakkan sembelit tahap kronik :D

* Sakit pinggang dengan lenguh-lenguh kaki tu perkara biasa la kan..

* Aku dah start banyakkan berjalan dari sekarang sebab tu aje exercise yang aku larat nak buat pun..

* Secara purata berat badan aku naik 2kg dalam masa sebulan, menjadikan berat aku sekarang dah mencecah 80kg. Which is great! Baru la nak start panic kan..

* Tidur kena cukup.. Kalau tak the next day aku akan rasa sangat exhausted. Buat apa semuanya tak kena..

So anyway..

Last week I went for my monthly check-up, on that day kena ambik darah and all.. Then bila doctor buat scan, dia zoomkan kat muka baby. Boleh nampak! Even though tak berapa clear sangat. Ben and me, we were like "Wow.." :) It's still early to tell the baby ikut muka siapa actually. Tak kisah la kan, as long as bila keluar nanti sihat dan cukup sifat. InsyaAllah..

Updated as at 8/6/2010:
I'm already 28 weeks pregnant - according to the pregnancy ticker, that is :)

Saturday, June 5, 2010

Breakfast at Coffee Bean

I'm blogging live from CB Ampang Point :) Having my favorite breakfast..

Brek O Day!


Tapi hari ni the scrambled egg macam tak sedap la. Ala-ala soggy gitu :( As if air tertumpah kat telur tu la lebih kurang rasanya. Toast, sausages and the salad sedap macam biasa, so no complaint..

Have a great weekend people!

Friday, June 4, 2010

Apple pie

Sejak aku pregnant, most of my colleagues memang sangat generous terhadap mak buyung yang sorang ni :D

There was 1 time diorang sibuk order blueberry cheese tart la apple pie la kat ada sorang budak office ni. Then siapa yang order tu, semua berpusu-pusu bagi aku seketul. Nak suruh aku rasa kata diorang.. Kalau dah nak dekat 10 orang bagi seketul, tu dah bukan rasa lagi dah. Confirm kenyang sampai esok!

Apple pie yang saiznya sebesar tapak tangan..


Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak :)

Pizza Hut

Ada satu hari tu entah kenapa tiba-tiba aje aku teringin sangat nak makan mushroom soup and garlic bread kat Pizza Hut. Sampai terliur-liur la jugak!



Bila aku fikir-fikir balik, macam la tak boleh buat sendiri kan. Beli aje Campbell soup yang dalam tin tu, beli roti, beli garlic butter. Masak sendiri, bakar la roti sendiri.. Tapi bila dah suddenly mengidam tu tak sempat nak fikir apa dah. Kalau boleh tau-tau nak terus makan aje..

We went to the one in Aeon AU2 in Setiawangsa instead sebab tu yang paling dekat. Setakat nak order mushroom soup dengan garlic bread semata-mata kat Pizza Hut tu nanti macam tak berbaloi la pulak kan. So we ordered meatball in carbonara sauce and Super Supreme personal pizza..



Aku tak teruja sangat dengan meatball tu, Ben aje la yang habiskan. Super Supreme memang favorite aku dari dulu, aku makan sorang aje dah 3 keping. Tu pun dah kenyang melampau. Nasib baik mintak yang kecik, kalau mintak yang regular size dah membazir tak pasal-pasal..

Current favorite

Dark Mocha Frappucino!


Sangat layan especially bila tengah cuaca panas-panas macam sekarang ni..

Thursday, June 3, 2010

Surprise birthday party

Few weeks ago Ben's family ada plan nak buat surprise birthday party for Makcu. Kiranya masa on that day tu nanti Pakcu akan bawak Makcu keluar, then kitorang semua will prepare everything at their house..

Janji nak kena ada kat rumah Makcu before Maghrib, so sempat la aku dengan Ben balik rumah untuk mandi and lari kejap pergi beli sate kat Keramat..

Lepas everything dah settle - just in time for Pakcu, Makcu and their 2 kids dah on the way nak sampai rumah, kitorang pun cepat-cepat la menyorok kat dalam bilik which is facing the dining table..

Ha hambek ko kena tutup lampu bagai..
Ahmad si budak baik pun terjebak sama :D
Tapi masa ni dia dah start merengek dah sebab dia tak suka gelap agaknya..


Boleh dengar la bunyi kereta masuk, pintu depan terbukak and all. Yang kitorang kat dalam bilik gelap ni dah dok tahan-tahan gelak. Then suddenly pintu bilik tu terbukak (Boleh nampak muka Makcu yang ala-ala dah dapat agak. Hahahahaha!) and we screamed SURPRISEEEEE!!!

Funny thing was, lepas aje kitorang jerit "surprise" tu, suasana tiba-tiba senyap roughly around 5 seconds and instead of Makcu yang sepatutnya terkejut and terharu we heard Ahmad pulak yang menangis menjerit beria-ia. Dah dia pulak yang terkejut. No wonder la kan, suara masing-masing macam halilintar. Hahahahaha! Kesian dia, tak pasal-pasal si kenit tu jadi mangsa..

My father-in-law tengah pujuk Ahmad..
Tengok la tu, menangis yang bukan main-main punya.
Pak Long Ahmad as usual akan menyibuk kat tepi :D


Makcu tengah cerita kat kitorang semua detik-detik cemas,
pelik sebab bila bukak pintu aje dah bau makanan.
Dok fikir jiran belah mana pulak yang dok masak malam-malam..
All this while dia memang dah hafal time bila jiran dia masak.
Kagum aku!


Home-made nasi lemak..
Jangan tanya aku makan berapa bungkus :D

Wednesday, June 2, 2010

Fishing Master

Ben memang suka memancing dari belum kahwin lagi. Tak kisah la ikan ke udang ke, semua dia balun. But ever since both of us and our family members tau yang aku dah pregnant, Ben dah tak dibenarkan lagi la nak memancing kan..

Kebetulan pulak kat rumah my parents-in-law ada Wii, and someone bought a game called Fishing Master. Ha suka la hati si Ben :D Dia boleh mengadap benda tu berjam-jam, aku la yang rasa nak nanges!



Ada la a few instructions kena tangkap ikan apa la, nak guna umpan apa la, which spot kita patut pergi la, macam-macam..



Kita akan dapat points berdasarkan berapa besar ikan tu kalau tak silap aku. Aku tak la reti sangat pun, bila Ben main tu aku tengok aje..



Dapat ikan mainan yang tak boleh makan pun jadi la ye.. Lepas gian :D

Tuesday, June 1, 2010

Pulut dan roti jala

Ni breakfast last 2 weeks if I'm not mistaken. Roti jala, pulut and kari ayam..



Boleh dikatakan lama jugak aku tak makan pulut sebab orang kata pulut ni angin. Entah ye entah tidak tak tau la aku. So far yang aku makan aku tak rasa apa-apa. Maybe aku makan dalam kuantiti yang sikit kot..

Tapi yang aku perasan, kalau makan pisang banyak ha memang ye angin. Aku pun baru tau sebenarnya. Orang tua-tua pun ada cakap kat aku. No wonder la ada satu hari tu aku dok mengadap cekodok pisang sehari suntuk, hambek ko malam tu aku sakit perut yang ala-ala kembung tu. Bergelodak angin dalam perut, nak kentut pulak tak boleh.. Ke aku yang makan banyak sangat, nak salahkan pisang pulak?

Mengigau

Pernah tak korang came across your family members ke or even your spouse mengigau masa tidur? If you're asking me, aku dah lali dah sebenarnya. Dari mula-mula rasa takut sampai la sekarang ni aku dah boleh gelak guling-guling bila benda tu jadi..

It happened last week.. There was 1 day aku terjaga roughly around 3am sebab kaki aku cramp. Ben tengah tidur membelakangkan aku, so aku rasa masa aku tengah dok menggeliat menahan sakit tu aku terlanggar dia kot. Then suddenly I heard "Biru tu apa?" Hahahahahaha! Terus hilang cramp aku OK. I was thinking best jugak ni nak try layan dia bercakap kan..

Sambil tersengih-sengih sorang-sorang tu aku jawab, "Biru tu Chelsea.." Hahahahahaha! Jersey team Chelsea kan warna biru..

"Ha? Biru tu apa?" Dia menjawab ko..

"Biru tu Chelseaaaaa.." Aku tengah tahan gelak dah masa ni..

"Bukan la" Mak ai! Nak melawan jugak tu yang aku tak tahan..

Then aku tanya dia balik, "Habis tu, biru tu apa?"

"Biru tu ombak.." By this time aku memang gelak macam nak pengsan la kan. Dia tak sedar pulak tu sebab suara aku boleh tahan kuat jugak..

Aku nak kacau dia lagi, so aku tanya dia "You sayang I tak?" Cepat aje dia jawab "Sayang"..

One last question.. "Sayang banyak ke sikit?"

Terus dia memekik OK. Hahahahahahaha! "Eeeee jangan kacau laaaaa!!"

Hahahahahahahahaha! Aku pun senyap la kan lepas tu. Tak larat dah aku nak sambung sebab penat gelak punya pasal.. Yang aku pelik tu, dia relax aje tidur sampai pagi tak sedar apa. Aku ni aje yang dok terkebil-kebil susah nak sambung tidur balik. Mana taknya, mata dah segar baru lepas ketawa riang-ria pagi-pagi buta..