Sunday, March 28, 2010

Lunch at Bibit's

I just came back from Bibit's place having lunch with the whole family sempena menyambut pengantin baru, Halim and Fini :)

Kitorang sampai aje terus serbu meja makan..
Laparnya la aku masa tu, only God knows!


Nasi putih and lauk-pauk yang sangat menarik..


Nisa, si Ahmad and Nadira..
In my opinion both Nisa and Nadira will grow up
to be 2 beautiful ladies nanti tau.
Tu aku la cakap, bukan orang yang cakap..


Sebenarnya sekarang ni aku tengah teringin nak makan spaghetti bolognaise, tapi tak sure kat mana yang sedap. So aku simpan aje la hasrat aku tu diam-diam kan..

Masa nak makan tadi aku dah ambik dah nasi yang Fini hulur kat aku, sekali aku terdengar someone dok sebut-sebut spaghetti. Oh, spaghetti alert!! I was like, eh ada spaghetti :D Terus aku bagi balik nasi tu kat Fini. Hahahahahaha!

Hambek ko sepinggan penuh aku isi dengan spaghetti tu..
Nasi memang aku dah tak pandang dah :D

Saturday, March 27, 2010

Comel aje..

That day I got an e-mail titled "For the baby :)" from a close friend of mine who just came back from Bandung recently. Serious aku terkejut the moment I opened the attachment..

Comel giler!


But the problem is, jantina anak pun aku tak tau lagi. Hahahahahaha! According to her, kat sana takde jual baju-baju baby yang unisex. So dia terpaksa beli yang untuk baby girl AND baby boy. Takpe la, mana yang tak dapat pakai nanti aku simpan la :)

Ketat rasa perut..

Yesterday aku join budak-budak office pergi NZ in Wangsa Maju, farewell untuk one of our colleagues. Dengar aje NZ, aku dah dok terbayang chicken chop dah :D Memang aku takkan order benda lain..

So messy! ;)
Aku makan tak habis,
entah kenapa aku cepat kenyang pulak..
Before sampai NZ tu punya la lapar,
siap cakap nak order chicken chop 5 dengan air sirap sampai 8..
Hahahahahahahaha!


Nabilah pun ada..
Even though she's not our colleague anymore,
tapi bila kitorang nak ke NZ sure she'll be invited :)

Friday, March 26, 2010

How I am doing so far..

1) I don't know la kan whether it's just me yang mengada-ngada ke apa, sekarang ni aku selalu rasa macam lenguh-lenguh badan. Lemah aje, and cepat penat pulak tu. Mengantuk jangan cakap la, memang sentiasa! Walaupun aku tidur awal the night before, siang tu confirm nak terlentok-lentok kepala aku kat atas meja ni ha..

2) Have to feed myself every 2 hours :D Like a chewing machine.. Kalau skip makan, siap pedih-pedih perut menggigil-gigil badan as if dah 1 hari tak makan apa..

3) Aku dah ada selera sikit nak put on some make-up, tapi aku still lagi berada dalam kelompok orang-orang yang comot. Especially tang rambut.. Sikat la macam mana pun, serupa tak sikat jugak. Selalu la kena sound dengan Ben, "Apa ni rambut terbang-terbang?! Pergi sikat rambut!" I was like, "I dah sikat laaaaaaaaaa!!" Then he will say, "Cuba tengok cermin!" Fine. Stress aku tau.. Tapi betul la kalau dia sakit mata tengok keadaan aku, bila aku tengok cermin pun memang tak senonoh rupanya. Hahahahahahahaha!

Setakat ni tu aje la update tentang aku yang ketara di mata umum :D Kalau ada lagi, nanti aku cerita kat korang eh?

Thursday, March 25, 2010

Nasi lemak

Ish! Aku ni asyik cerita pasal makan aje la kan. Pagi semalam ada orang belanja makan lagi for breakfast kat office..



Aku dengar-dengar cerita lagi, lepas ni ada orang nak belanja makan lontong pulak :D

Birthday lunch

Kelmarin (Tuesday) kat office ada buat makan-makan during lunch time sempena nak celebrate birthday staff yang lahir pada bulan January, February and March..

Menu kali ni ordered from Restoran Kak Rose 911 in Kampung Pandan yang popular dengan masakan Negeri Sembilan tu..

Masak lemak daging salai, ayam goreng, ulam-ulam and sambal belacan..
Sodap! ;)


Chocolate cake and carrot cake..
Aku tak makan carrot cake, tak teruja pun :D

Wednesday, March 24, 2010

Lotion/cream for stretch marks

To those yang dah berpengalaman tu, boleh tak you all recommend lotion or cream apa yang sesuai untuk stretch marks due to perut yang nak membesar ni? Ni pun dah start rasa gatal-gatal dah, takut bertanda pulak nanti. For the time being aku guna lotion badan biasa aje everytime rasa gatal tu.. OK ke?

Thanks!

Halim's Reception

Finally.. Baru la aku nak cerita pasal wedding Halim last Saturday..

Date: 20 March 2010
Venue: d'SUARANG
Theme color: Blue

Awal-awal pagi lagi kitorang dah start buat-buat apa yang patut..
Band askar tu pun baru sampai nak set up equipment diorang..


Nenek tengah betulkan bunga telur kat batang pisang..


Tempat khas untuk Ahmad during majlis cukup jambul dia nanti..


Aku memang suka bab tulis-tulis ni :D
Tengah buat tag "Rombongan Pengantin Perempuan"
untuk letak kat atas meja..


Majlis cukur jambul Ahmad dah nak start.
Masa ni dah pukul 9..


Majlis dah selesai dah pun,
aku tak sempat nak ambik gambar during the ceremony.
Ramai sangat orang..
So ni aje yang dapat aku snap, Ahmad with his jungle friend :D


Aku suka betul tengok bunga telur ni..
The color sangat sweet, ala-ala berada di Candy Land pulak :D


All family members memang makan awal la kan,
kang takde la kelam-kabut time orang datang pulak baru sibuk nak cari pinggan.
As usual, aku tak ambik gambar makanan sebab dah terlalu lapar..
Lepas aje habis makan, dari jauh aku nampak macam ada stall cendol :D


Heaven!
Dah la cuaca agak panas hari tu..
Tapi the cendol agak manis..


The dais


Bunga telur yang diikat sekali dengan chocolate bentuk bunga ros..
Something different..


Pengantin dah sampai..
Bila aku tengok kumpulan kompang ni,
teringat masa aku kahwin dulu.
Tapi aku tak sure la whether the same group or not..
Diorang guna gendang tu, bunyi memang best la I tell you.
Boleh dengar satu kampung! :D


Kumpulan kompang yang aku guna during my Blue Wedding..


The newlyweds :)


Comel aje aku budak kecik tu tengah leka tengok
orang main kompang :D


Makan beradap..


Pengantin lama bersama pengantin baru ;)

Tuesday, March 23, 2010

Si Ahmad bersama Pak Long nyer..

Last Friday aku dengan Ben dah start cuti. Kebetulan on that day family ramai yang takde sebab uruskan hal masing-masing. So tinggal la Ahmad kat rumah sebab mak dia hantar bapaknya pergi kerja..

Ahmad si budak baik :)


Yang paling suka si Ben la kan, obviously. Dia boleh conquer main dengan Ahmad sorang-sorang. Nak cium Ahmad puas-puas sampai berciak budak tu pun takde saper marah. Hahahahaha! Pecah rahsia..

Monday, March 22, 2010

Wedding Preparations -Part 3-

Persiapan terakhir..

Melipat kotak telur..


Buat manik juntai-juntai untuk sangkut kat lampu..


Ahmad bersembang dengan Atuk :)

Wedding Preparations -Part 2-

Wedding preparations bersambung ke hari Khamis..

Tengah busy nak siapkan bahagian untuk majlis cukur jambul Ahmad..


Aku tak sempat nak ambik gambar every wedding favors yang ada,
dapat ambik yang tin tu aje..


Especially untuk kawan-kawan Halim..


What's inside?
Cupcake, kurma, dodol, bahulu and candy kelapa..

Sunday, March 21, 2010

Wedding Preparations -Part 1-

These photos were taken on last Wednesday.. Family semua tengah sibuk buat preparations untuk reception Halim and Fini on Saturday (20/3/2010). Keadaan rumah yang akan korang tengok kat bawah ni nanti memang biasa la kan especially bila datang musim kahwin at d'SUARANG :)



That night aku tolong balut candy kelapa tu aje. By 11.00pm aku dah surrender dah sampai tertidur-tidur.. Haih!



Besides Halim and Fini punya wedding favors, favors untuk majlis cukur jambul si Ahmad pun kitorang siapkan jugak..

Saturday, March 20, 2010

Friday, March 19, 2010

Kedah - Day 3

Saturday was the day of the reception.. Kali ni warna tema is dusty pink/purple. Tengahari tu cuaca panas betul, nasib baik la ada hujan sikit later in the evening..

Aku siap singgah kat salon OK sebab nak buat rambut and all. Tapi entah apsal rambut aku buat hal pulak hari tu, ke nyonya salon tu yang tak reti blow rambut, ke aku yang salah bagi instruction.. End up rambut aku jadi kembang pulak. Hahahahaha! Ish, tak kuasa aku nak ambik gambar heh. Malas nak fikir pening-pening kepala, terus aku ikat aje rambut aku tu. Takpe la kan, lagipun cuaca tengah panas..

So korang layan aje la gambar-gambar kat bawah ni ye? The reception in KL will be on this Saturday (20/3/2010), yang tu nanti aku akan update once majlis selesai :)


Oh Bibit.. Tengok tu anak Bibit tengah senyum keriangan..
So Bibit jangan nangis lebih-lebih OK? ;)


Dak Itam (far right in pink) kepanasan :D