On the 2nd day in Manila, all of us wake up quite early.. And we walked to a Vietnamese restaurant nearby the hotel to have breakfast.



Lepas breakfast, kitorang semua terus balik hotel untuk pack barang to go back to Batangas..
Ben and Kim at the hotel lobby
Non stop mengunyah chocolate :D
Kerjakan Ben punya PSP pulak :D
Sampai kat rumah my uncle, masing-masing dok melepak aje la kan. Penat sangat sebab asyik berjalan aje.. Tapi kitorang ni bukannya boleh duduk diam pun kat rumah. Malam tu keluar lagi.. Kali ni kitorang pergi lepak kat kedai kopi pulak yang ada access to the internet :D



Ni nak cerita kat korang semua ni.. Ada satu kejadian yang gila dah jadi masa kitorang tengah lepak tu. Berkaitan dengan orang gila la.. Hahahahahahahaha! Bila aku fikir balik rasa kelakar pun ada. Tapi masa tu memang aku takut nak mampos la kan!
Ceritanya macam ni.. Masa tengah lepak-lepak tu Aunty Bebe, Uncle Bujang dengan Ben tengah sibuk dok tengok website AirAsia untuk book kitorang punya ticket balik.. Aku takde buat apa, malas la nak kacau-kacau diorang sebab diorang surf internet guna handphone aje. Kecik sangat, tak nampak.. So aku pun tengok-tengok la sekeliling.. Ada budak-budak mintak sedekah.. Ada orang ramai masuk pub.. Then tetiba aku nampak ada sorang perempuan ni macam orang gila (memang gila pun!!) tengah jalan menuju ke arah kitorang. Aku terus pandang tempat lain..
Suddenly I heard "krong krang krong krang!" Entah apa dia cakap in Tagalog entah.. Cepat aje dia dah ada kat tepi meja kitorang OK!! Nasib baik ada penghadang besi tu, kalau tak dia memang dah boleh pegang aku dah. Dia dok "krong krang krong krang" lagi.. Masa dia tengah cakap-cakap tu I made a mistake by looking at her and she looked directly into my eyes. Ya Allah, berderau darah aku OK! Masa tengah taip ni pun tegak bulu roma aku.. Bukan apa la kan.. She's harmless, no doubt. But yang buat aku takut tu the way she looked at me, siap tunjuk-tunjuk kat aku lagi tu!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Apa ni??? I was like, "Apa dia cakap?? Apa dia cakap??" Yang si Uncle Bujang dengan Aunty Bebe pulak boleh dok gelak cakap takde apa. Yang si Ben suruh aku relax. Kepala hotak la nak relax.. Aku yang perempuan gila ni tunjuk.. Bukan diorang!!
*Note to LILIA*
I akan panic masa-masa critical macam ni aje.. Setakat baju kahwin tak siap dengan wedding preparations tu I boleh control lagi la kan. Hahahahahahaha!
Aku dah hysterical dah.. Hahahahahahaha! Yang FAMILY KESAYANGAN aku ni pulak tak habis-habis suruh aku relax. Perempuan tu asyik la membebel non stop. Luckily ada guard datang halau dia. Degil la pulak!! Masa tu dia dah start menjerit sambil tunjuk-tunjuk kat aku. Dalam hati aku masa tu, apa la salah aku kat kau kan.. Pergi la berambus!
Lama jugak guard tu nak halau dia.. Dia menangis la.. Menjerit la.. Orang ramai pun dah start kerumun. Sekali guard tu keluarkan cota buat-buat macam nak pukul dia, sambil terpekik-pekik tu baru dia pergi. Tau pulak takut.. Hahahahahahahahaha!!
I was shaking like nobody's business.. Nak menangis dah rasanya.. Hahahahahahaha!! Then bila dah reda sikit, baru aku tanya kat Aunty Bebe and Uncle Bujang apa perempuan gila tu cakap. Perempuan gila tu sebenarnya nak mintak roti kat aku sebab aku ni adik dia.. Hanya aku sorang aje family yang dia ada. Then masa guard tu acah nak pukul, dia cakap kat guard tu tak boleh buat dia macam tu sebab guard tu bukan husband dia. Dia nak mintak roti aje kat adik dia.. Hahahahahahahahahahahaha!!
Nak mintak roti rupa-rupanya.. Lain kali cakap la awal-awal kan. Jangan kata roti, iced coffee tu aku boleh bagi sekali. Hahahahahahahahaha!