Last Monday aku dah start balik rumah lepas habis pantang. Nak bawak baby masuk kan, so kena baca doa sikit la. Tak jemput ramai orang pun - parents, adik-beradik, mak-mak dengan bapak-bapak saudara and cousins aje.. I don't know why but I love to have a makan-makan session at my place walaupun rumah aku tu takde la besar mana. Baru family aje, tu pun dah penuh satu rumah. Tapi dia punya meriah dengan kecoh tu yang aku suka :D

So on that day makanan semua we all beli, tak sempat nak masak. Ada chicken chop la, fish and chips la, nasi goreng, mee goreng, yong tau foo.. Alhamdulillah makanan cukup, siap boleh tapaukan bawak balik. Tak membazir..

Kiranya malam hari Isnin tu pertama kali kitorang tidur bertiga :) So far so good. Nasib baik la Umar tak meragam kembung perut ke apa. Elok aje dia tidur. Bangun nak menyusu tu biasa la kan :) All this while every time dia tak sedap badan malam-malam mak dengan bapak mertua aku ada, siap peluk-peluk and dodoi-dodoi bagai. Si Umar ni pun satu hal, dia dengar aje suara opah and atuk dia terus diam OK! Aku risau jugak kalau tiba-tiba dia buat hal ke kan, mau aku turun Keramat malam tu jugak. Haha!