Showing posts with label Umar Ilham Majid. Show all posts
Showing posts with label Umar Ilham Majid. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Kesayangans..

You know.. Since Kasih kena chicken pox hari tu, masa memang banyak habis kat dia and her brother aje.. Take turn la dengan Ben ambik cuti jaga diorang berdua. Whenever my turn to be on leave, I will sit down with Umar to make sure he practice his writing so that dia tak lupa or tak malas bila nak start school balik. Tengahari numbers, petang ABC and malam before tidur help him on Peter and Jane :)


Kasih after she was free from the chicken pox virus, makin nakal pulak! Dok kacau Opah dia. Mula-mula datang mengendeng senyum-senyum tersengih-sengih buat muka comel. Makin lama makin dia conquer. In the end, buat la macam harta sendiri. Haha!


With beloved besties at WonderMama X, Avenue K for our usual makan-makan session. Masa ni aku bawak Umar aje sebab Kasih tak baik lagi from chicken pox. So Ben tolong jaga dia kat rumah..

Friday, August 8, 2014

His new look

Few days ago we all bawak Umar pergi potong rambut. Selama ni trim sikit-sikit aje. Tapi kali ni kasi potong betul-betul.. 

*sobs*


I almost cried.. Menahan sebak di dada.. Aku rasa macam dia dah besar sangat dah :( Ni la budaknya yang dulu aku dokong sebelah tangan aje. Lepas ni tak lama lagi mesti dia rasa malu if I kiss him in public! *nanges*

Monday, May 26, 2014

Movie date..

Oleh kerana dia sangat behave dalam panggung wayang, sekali lagi aku bawak dia to the cinema to watch Rio 2 :D But this time we went together with his close friend at school, Harizs. Masa tu adalah hari ibu-ibu bawak anak-anak jalan without the husbands tagging along. Oh my, berpeluh ketiak. Haha!


Jun (Harizs's mom) pun ada anak kecik lebih kurang sebaya Kasih. Ha just imagine la tak menang tangan kitorang nak handle all the darlings.. Tu yang dapat ambik gambar dalam panggung aje tu :D

Thursday, May 22, 2014

Outing



Percubaan untuk bawak Umar and Kasih to the cinema to watch Spiderman  berjalan dengan lancar nampaknya. So boleh la bawak diorang lagi lepas ni :D No crying no drama, nothing. Phew! Kasih memang best, she was sleeping all the way dari mula sampai habis. Bunyi berdentam-dentum sikit pun dia tak bangun. Kagum aku..

We took 2 couple seats, so selesa la kitorang anak-beranak. We all ambik seats yang paling atas and yang paling tepi sekali. Mana la tau kan, kot-kot anak-anak menjerit ke melalak ke senang kitorang nak cabut :D

Tuesday, April 15, 2014

Johnny Rockets rocks!

Ni la dia bila sekolah dah dekat dengan shopping mall.. Ada pulak tempat makan yang dia suka kat mall tu.. Every time aku ambik dia from school, mesti dia mintak nak makan kat Johnny Rockets. Tiap-tiap hari OK! Tak boleh la tiap-tiap hari nak. Bukan soal wang, ini soal kesihatan -__-

 Tengok la berseleranya dia makan..


The food was OK. Ala dia bukannya makan apa pun. Selalunya aku akan order fries dengan chicken strips for him, he's fine already. Aku rasa dia suka sebab tengah syok ko makan-makan, tiba-tiba ada pulak waiter/waitress dok menari-nari kat depan tu. The little things that makes him looking forward to go to Johnny Rockets every time :)

Thursday, January 9, 2014

Ni apa cerita ni?


Tak larat aku nak gelak dah bila tengok gambar ni.
Hahahahahaha!
Ni la kerja diorang berdua every time they see each other.
Ada aje stunt diorang nak buat.
This photo was taken when Bibit (my aunty) and Pak Ngah
dropped by our place last night..

Thursday, October 3, 2013

Umar Ilham Majid


* A very loving brother to his sister. Sikit-sikit nak cium, sikit-sikit nak cium. Rajin bergurau. Lagi kuat adiknya ketawa, lagi kuat dia mengagah..

* Makin petah bercakap. And he asks a lot of questions nowadays. Bersedia aje la dengan jawapan..




* He likes to sing. But not the type of singing-in-front-of-people-to-show-off kinda sing. Haha! Dia menyanyi senyap-senyap aje, more to himself actually every time dia dengar lagu yang dia suka - Anak Kampung, then lagu that Indonesian boy (Tegar) Aku Yang Dulu, etc..

* So what else can I say about him? Oh ye.. He is sooooo naughty to the max! Haha! Nakal bertingkek-tingkek OK. Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia kadang-kadang bila dia tengah buat perangai tu. Tapi apa-apa pun, it requires a lot of patience handling a toddler his age. Just tell me about it :D Kena urut dada sambil beristighfar banyak-banyak. Haha!

Wednesday, June 19, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Penangan Upin & Ipin




Tengok la tu!


Asal boleh aje. Kadang-kadang amarah jugak aku dibuatnya. Panggil tak menyahut, suruh mandi tak nak, nak bagi makan pun tak nak..

Sekarang ni baru la ada ampun sikit since kena tegur dengan Dr. Anthony (Kasih's Paediatrician) masa bawak Kasih pergi check-up last week. Kecik-kecik dah ada eye bag. Masa tidur semua dah haywire. Geram aku! Modal nak suruh dia stop dari mengadap iPhone tu senang aje. Aku cakap aku nak call Dr. Anthony suruh tunggu kat hospital sebab hitam kat bawah mata tu tak hilang! Tau pulak dia takut..

Friday, May 3, 2013

Mama, terbalik! Mama, terbalik!

I didn't get what he was trying to say at first actually.. 


Haha! Rupa-rupanya kerusi yang dia duduk tu screw nya dah tercabut. So memang la dia rasa dia nak terbalik. Hahahaha!

Thursday, April 11, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Our conversation

Di suatu hari sedang kami duduk dalam kereta, keluar untuk mencari makan for dinner..

Umar: Mama Ija (he calls me Mama Ija as in Mama Liza), tadi Umar ampak cacing!

Aku: Iye keeeee?? Nampak cacing kat mana?

Umar: Kat umah Nena. Kat ilek andiiiii.. Iye ngan Mama iye.

Aku: Cacing tu buat apa dengan Mama dia?

Umar: Iye alan ngan Mama iye..

Aku: Jalan pergi mana?

Umar: Alan gi Meknoneld (McDonald's)!

Haha! Imagination dia sekarang ni.. Tu baru cerita cacing dengan Mamanya, belum lagi masuk bab dalam sungai ada buaya, ikan and katak bagai.. Anak oh anak :D 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 13, 2013

Umar in action!

Anak aku sorang ni memang pantang nampak swimming pool. Tak dapat pool besar, pool kecik yang kena dok pam and isi air sendiri tu pun boleh. Tapi tu leceh, lambat nak tunggu air penuh. Kadang-kadang air baru paras buku lali aje pun dia dah terjun dulu. By the time pool tu penuh and baru nak feel seronok splashing around, jari-jari semua dah kecut memang harus la aku angkat kasi keluar walaupun menangis-nangis menggelupur. Tak ku layan! Kalau timbul rasa kesian sebab dah lama tak merasa mandi kat swimming pool tu, aku bagi la upah berendam dalam besen kat bilik mandi :D Dapat sekejap pun jadi la kan..

Sejak dia kecik lagi aku dengan Ben dah latih-latih bawak dia pergi swimming pool. So that dia tak takut air, and yang paling penting tak takut kalau nak kena mandikan dengan air sejuk :)

Hari tu masa aku tengah belek-belek gambar lama, terjumpa pulak gambar Umar tengah mandi kat swimming pool. He was 1 year + at that time and the photos were captured by our cousin. Ala-ala gambar bergerak gitu.. 


Thursday, October 4, 2012

My baby now..

Well, what can I say? He's getting taller, smarter, cuter every single day! Sejak dah pandai cakap ni kan, alahai.. Kena la layan dia berborak all the time. There was 1 day when Ben and him picked me up from the LRT station, kebetulan ada train tengah lalu. Suddenly he said to me, "Ma, Umar nak naik twain." Then aku tanya la dia balik, "Umar nak naik train pergi mana?" 




"Nak lek ampong jumpa Nyang.." (Sambil merenung jauh ke luar tingkap. Haha! Rindu Onyang dia la tu..) Dia ingat naik LRT boleh sampai ke Tampin agaknya..




Monday, August 13, 2012

Umar is 2!


Happy birthday, my baby.. Mama and Abah love you so much! 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 5, 2012

Monkeys!


Location: Taman TAR, Ampang.

One thing that I realized about Umar is, he loves animals! Especially the real ones. Almost everyday dok mintak nak pergi "Bid Park". Bukan Bird Park ye, tapi Bid Park. Haha! Then mintak nak pergi Zoo. Nak tengok gajah, "giwaff", ikan, katanya.. Tiap-tiap minggu kalau asyik ajak pergi tempat yang sama aje, aku pun boleh muntah dibuatnya. Sebagai ganti, layan la dia mengekek-ngekek gelak tengok fridge magnet yang ada gambar binatang which we bought purposely from Zoo Negara, Bird Park KL and Jurong Bird Park.. Or layan dia tengok Animal Planet :D

Sunday, July 8, 2012

1 year, 11 months..



Oh what can I say? Time flies so fast and suddenly I realize that he's going to be 2 next month! *tears*

Wednesday, May 2, 2012

Umar at 1 year and 8 months old..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 10, 2012

Umar.. at 18 months



Well oh well.. When was the last time I make an entry on Umar ye? Rasa macam dah lama aje tak cerita tentang his progress. Seriously cepat betul dia dah besar :D Dulu dukung sebelah tangan aje. But now!! Even guna dua tangan pun belum tentu aku larat. That's why kerja dukung-mendukung ni semua aku pass terus kat abahnya..



Sekarang ni kitorang semua memang berhati-hati whenever we wanna say something, especially in front of him. Dia boleh ikut sebijik-sebijik tau tak. A few times jugak la terkena, memang serik aku dibuatnya. Hari tu tengah tengok cerita apa entah, he heard someone said bodoh and terus dia pun "Odohhhhh".. Hambek! Pengsan aku..

Dia dah kenal and boleh tunjuk where is mata, telinga, rambut, gigi, lidah, tangan, kaki and perut. Bunyi certain animals pun dia boleh buat - bila kita tanya dia macam mana bunyi ayam, he will say "Kok kok kok". Bunyi kucing he will say "Iyau". Bunyi kambing he will say "Bekkk". Bunyi monkey pulak, he will say "Aaaak aaaak" and when we ask him macam mana bunyi dog, maka "Ung ung ung" la dia :D

Oh, one more thing. Every time kita tanya dia jam pukul berapa sekarang, memang dia akan jawab "Nam nam enet" (Enam enam minit). Haha!

And he calls himself baby!! Pantang nampak my handphone, he will point at it sambil dok baby baby baby - Nak tengok video diri sendiri rupa-rupanya..



Banyak jugak la words yang dia dah boleh sebut - Mama, Abah, Onyang, Atuk, Opah, makan, minum, susu, akem (ice-cream), pokok, lampu, cicak, ayam, bak (bird), jam, akom (assalamualaikum), alam (walaikumsalam), kek, oti (roti), air, etc.. Basically apa benda yang orang cakap dia akan ikut la. So kena jaga-jaga di situ..

Suka menggigit. Dah banyak kali aku kena. On my butt -_-



Manja? Very. Lasak? Tok sah cakap. Siapa sangka, budak yang dulu masa keciknya sangat la pendiam boleh bertukar menjadi hyper sampai begitu sekali. One day kalau aku sempat ambik video dia tengah in action memang aku tunjuk kat korang semua..