Friday, September 17, 2010

Mamak Cape Town

Bukan calang-calang orang yang bagi gelaran Mamak Cape Town tu untuk anak aku. A VIP I tell you :D Steady cucu DATUK!

Macam nak pergi bersukan pakai baju Pendidikan Jasmani :D


My father-in-law sorang aje yang panggil anak aku dengan nama "mamak". At first I thought mungkin sebab warna kulitnya ke (haha!) atau sebab face cut nya ke? Mamak Cape Town some more, exclusive betul nickname anak aku :D Bangga mak..

Rupa-rupanya masa aku nak dekat-dekat bersalin hari tu kan Ben sepatutnya pergi South Africa untuk tengok World Cup tapi tak jadi. Aku pun dah sarat kan, so terpaksa la dia batalkan niat dia tu. Takpe la, ada rezeki boleh pergi lain kali. Nanti World Cup 2014 ni nanti kat Brazil ha pergi la sangat. Aku pun nak ikut :D So kalau korang ada baca tentang Cape Town history and heritage, you will know about the "Cape Malays".. Sila la Google :)

Mamak kesayangan saya :)

2 comments:

Bamuda said...

TCML,

Gelaran Mamak CT tu ada makna yang tersirat dan lebih mendalam lagi. Atuk si mamak ni berharap Uim (nama sebenar) bila dewasa nanti jadi seorang yang benar-benar berjaya . . .

Sejarah sering membuktikan bahawa orang yang hidup sebagai ahli masyarakat minoriti (di kebanyakan negara dunia)lazimnya menjadi orang yang berjaya . . . Just look at the Cape Town (South Africa) ... Sri Lanka . . . Euro & Far East Malays you will understand!

Mereka yang datang daripada masyarakat minoriti lazimnya 'terpaksa' melalui jalan 'survival' untuk hidup. Tak boleh malas-malas. Tak boleh manja-manja sangat. Kerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk capai kejayaan.

Makanya Uim (si mamak ni le) Atuk doakan sukses menempuh hidup dan tabah hati hingga berada di puncak kemuliaan! Insya-Allah.

Cayang Atuk cikit le Encik Mamak CT ooi ...

~LIZA~ said...

abah,
liza pun harap si mamak ni jadi org yg berguna bila besar nanti, insyaAllah :)