Monday, September 14, 2009

Banjir dan guruh berdentam-dentum!

Ni cerita hari Jumaat..



1st time aku tengok jalan besar kat depan office aku tu banjir, air naik sampai setengah tayar kereta. Jalan jam jangan cakap la..



Mula-mula aku ingatkan apsal la orang dok kerumun kat kaki lima office aku. Nak tengok jalan banjir rupa-rupanya :D

Pagi semalam (Sunday) aku dengan Ben terjaga dari tidur around 4.00am sebab kitorang dengar bunyi berdentum yang kuat giler.. Seriously kitorang fikir landslide OK! Apa lagi, melompat la kitorang bangun. Capai mana yang sempat.. Hari hujan pulak tu. Menggelupur turun tangga dalam keadaan mamai lagi..

Bila dah selamat masuk dalam kereta, Ben tinggal nak pecut aje ni suddenly I was like "B, betul ke ada landslide?? Bunyi guruh laaaaa.." Hahahahahahaha! "Takpe, apa-apa kita turun aje dulu." kata Ben. Fine..

Bila kitorang lalu kat depan guard house rumah kitorang tu, elok aje budak-budak guard tu angkat tangan kat kitorang. Hahahahahahahaha! Maknanya takde apa la kan.. Haih! Confirm la bunyi guruh yang kitorang dengar tadi..

Tapi yang kelakarnya, masa aku tengah kelam-kabut nak kunci grill rumah masa nak turun tu aku cakap kat Ben "Eh, I terlupa nak buang sampah la.." Hahahahahahahaha! Memang mintak kena marah la kan. Ben dah la tengah kendong entah berapa beg entah, macam nak pindah rumah aje. "Arrrggghhhhh! Takkan u expect I nak buang sampah pukul 4 pagi????? Lain kali laaaaa. Kita turun dulu!!" Hahahahahahahahahaha!

Dah terjaga pagi-pagi buta tu confirm la tak boleh nak tidur balik. At last Ben sambung cat feature wall kitorang yang tak habis lagi tu :D

7 comments:

shasha said...

hahahahhaa...kelakar...ada ke tgh kelam kabut pasal buang sampah yg kamu teringat...apa daaa....

weDa said...

haah mak aku pun kata bunyi guruh kuat lain macam je pagi tu. aku mmg tak sedar apa :p

tapi alhamdulillah la takda apa kan. dan semoga raya kau akan meriah dengan kehadiran feature wall baru :)

erlyda said...

huhuhuh mau tak menggelupurkan bila tengah tido terkejut macam tu nasib baik xder apa... =)

f.i.e.z.a said...

such a funny story la liza..boleh plak ingat ngan sampah.hehe..
nanti jgn lupa amik pics feature wall tu k. =)

~LIZA~ said...

shasha,
bukan sengaja ok. hahahahahaha! tetiba aje i teringat..

weda,
tu la pasal, nasib baik takde apa. oh, aku suka feature wall aku tu walapun tak siap lagi :D

erlyda,
a'ah babe, sakit kepala tau kalau bangun terperanjat mcm tu.. hahahahahaha!

fieza,
ok.. bila dah siap nanti i tunjuk :)

zie said...

kelakar wei - nasib takde pape...he he he...

babe - ambik la gambar feature wall yang baru ittew...

~LIZA~ said...

zie,
bila ingat blk memang kelakar..

nanti bila dah siap semua i update la kat sini :)