Monday, July 26, 2010

Istana Bambu

Last night kitorang berdua macam dah blur tak tau nak makan kat mana. Fikir punya fikir, Ben suggest kitorang dinner kat Istana Bambu, restoran tepi highway MRR2 yang nak menghala ke Ampang Point tu. Saja la nak try, sedap ke tak makanan kat situ. Masa nak masuk parking pun punya la banyak kereta..



Aku tak dapat nak ambik gambar the entrance dengan keadaan sekeliling and all sebab orang terlalu ramai, aku segan :D Padahal boleh aje sebenarnya. Tapi sebab kena tunggu seat la, dengan hari hujannya, dengan laparnya, so mood nak snap sana-sini agak kurang..

Anyway.. Basically apa yang aku boleh cakap about that place, I love the environment. Sangat cosy. Cuma aku rasa, diorang tak cukup waitress kot. Service boleh dikatakan agak lambat. According to one of the waitresses, jumlah orang yang datang malam tadi di luar jangkaan. In my opinion, the owner of the restaurant can afford to hire more waitresses sebab harga makanan kat situ a bit expensive :D So boleh cover la kot..

Cakap pasal harga makanan, memang mahal. Tak setanding dengan rasa. Tu pada pendapat aku la, I don't know about other people. I thought tekak aku yang tak betul, tapi Ben pun kata kurang sedap. We ordered Fried Asparagus, Beancurd with Crab Meat, Deep Fried Squid, Lemon Chicken and Plain Telur Dadar yang harganya RM8 sepinggan. Haha! So semua sekali we paid RM99.60, makan untuk 2 orang..



Kiranya kitorang pernah rasa yang lagi sedap la kat tempat lain. But it's OK, kalau tak try we never know kan? I think that will be our first and last la kot makan kat situ..

12 comments:

ettyzukhair said...

gurl...i've been there too somewhere last month xingat dah mkn ape...yg pasti mknn die so-so je kan...mahal plak tu...we ate for 2 pax me n hubby..hm cost me rm100++ nasib lapar habis sume...hehe..but the tempat dia mmg cantiklah...die cover rate utk bambuu die skali kot hehe...

f.i.e.z.a said...

mahalnyaaa telur dadar.
lemon chickken tu nmpak cam sedaaap jek

MamaIcha said...

babe, restoran nie baru masuk harian metro semalam kan :)

~LIZA~ said...

ettyzukhair,
ha tu la tu.. sbb dah lapar kan, so telan aje la sampai habis :D yeah i agree, tempat dia cantik. cover rate utk bambu dia skali?? not fair! haha!

fieza,
tau takpe. telur dadar sampai rm8. the lemon chicken so-so aje babe..

mamamarissa,
really? ntah, i tak baca pulak..

Bamuda said...

Salam Liza,

Alah masa boleh makan ni makan aje le.Soal harga tu secondary . . . selagi mampu.

Lagi pun . . . katakan tempat kome makan tu kat "istana" . . . tentu le kome kena bayor mehe (loghat orang Perak).

Ase kome mulakan makan dengan 'Bismillah' dan akhiri dengan 'Alhamdulillah' sudah le . . .

~LIZA~ said...

abah,
kalau tau kitorang gi mkn kat gerai au2 tu aje :D

Bamuda said...

Tu le ajak kome makan kat AU3 tak 'ndak. Cafe d'SUARANG le . . . gratis aje, he he.

~LIZA~ said...

abah,
lesson learned :D

Mrs Nageb said...

award for you ye pn liza...amiklah kat my page :)

~LIZA~ said...

mrs nageb,
thank u! :)

cinta from ampang jaya said...

just went there tonite with the family selepas hearing so much about the place.

the most important thing is the food was really not good. totally tasteless or macam missing a few ingredients - tomyam masam and the "ikan tiga rasa" rasa macam ...

the staff who was serving us pun macam masam2 and nak marah jek.

for that kind of price, i can eat somewhere else cheaper with better taste and similar ambience.

yang paling i tak suka sekali is that we siap nampak tikus lalu kat alang2 buluh atas kepala kitorang lagi. punya lah besar tikus tuh. ni kalau tikus tu lalu sambil kencing ke buang sedas dua and termasuk dalam food sapa pun tak tau kan. boleh jadi kes naya.

anyway, this is my own personal experience. however, like you, i will not be going there again lah. and should people be asking my opinion about the place, i will tell them my experience. no holds barred.

it's really not worth having all the fancy setting if the food is tasteless.

~LIZA~ said...

cinta,
serious? sampai sekarang food dia kurang sedap eh? hmmmmm..