I received an e-mail yesterday from a friend on "7 tips penjagaan badan agar anda kelihatan langsing dan sihat". Saja la aku nak share dengan korang semua especially to those yang bakal bersalin for the first time..
**************************************************
1. Bertungku
Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan.
Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam Islam sendiri pun amalan ini amat digalakkan kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.
Cara bertungku amat mudah. Batu sungai dipanaskan dalam 15 minit. Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (keliling batu ditutupi daun). Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.
Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.
2. Berurut
Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar.
Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu dipulihkan semula.
Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembab dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.
3. Berbengkung atau berbarut
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah diurut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.
4. Berpilis
Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah berasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.
Anda boleh buat sendiri bahan berpilis. Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan disapu di dahi. Mudah bukan?
Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang. Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan lesung/gegaran pada badan.
5. Mandi air rebusan daun
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.
Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian membasuh luka di faraj untuk dibuat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun tersebut.
6. Minum ubat periuk
Ubat periuk ataupun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan.
Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan. Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.
7. Tidur dan rehat secukupnya
Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnya. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata.
Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.
Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.
Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah.
Source: www.mysetbersalin.com
2 comments:
semua nie i buat kecuali berpilis..
=P
ceera,
ntah camne la i masa pantang nanti :D
Post a Comment