Nasi lemak is one of my favorite food since I was a teenager lagi. Ada satu kedai ni near my place, kakak tu jual nasi lemak yang aku rasa not bad la rasa dia. Selalu jugak aku beli nasi lemak kat kakak tu lepas kerja masa on the way nak balik rumah :D No wonder la badan aku ni dah macam dipam-pam dah aku tengok. Lepas tu sibuk bising nak exercise..

Cerita pasal nasi lemak ni kan.. I still remember when I was in Form 2, masa tu kitorang satu family tinggal kat Serdang. Aku kawan dengan sorang budak kat depan rumah aku tu, Dayang nama dia. Orang Brunei.. Sebaya dengan aku..
Aku selalu tengok bila weekend aje or bila time cuti sekolah mak dia mesti keluar meniaga nasi lemak. Dekat-dekat dengan rumah jugak la. Nasi lemak mak dia memang sedap. Yang paling sedap kat kawasan rumah aku masa tu..
So bila mak Dayang offer aku untuk tolong dia meniaga, terus la I said yes :D Lepas mintak permission from my parents la kan, obviously. Ala setakat tolong-tolong bungkus aje, kerja senang.. We started roughly around 6.30am, by the time pukul 11 dah siap kemas meja dah. Dapat la aku RM5 and nasi lemak plus lauk of my choice for free :D Kalau aku tolong pulak dia cuci bekas-bekas makanan and periuk-periuk segala bagai, I got another RM5. Masa tu dapat RM10 per day pun dah cukup banyak bagi aku. Boleh buat belanja sekolah untuk 2 hari..
Lama jugak la aku jadi helper mak Dayang, almost 1 year kalau tak silap aku. Tapi sekarang dah lost contact dah dengan diorang semua sebab diorang dah balik Brunei.. Entah apa la khabar diorang sekarang ni :)
No comments:
Post a Comment