Monday, July 20, 2009

Dulu lain, sekarang lain..

Dulu bujang, sekarang dah kahwin..

I've learned about so many new things after I got married.. And so many things that I need to sacrifice demi nak menjaga hati mereka-mereka yang berkenaan. Aku kena pandai sesuaikan diri dengan budaya hidup aku yang sekarang ni. Kalau dulu semuanya tak kisah, main belasah aje..

Sepanjang aku kahwin, sikit sebanyak aku study balik apa yang boleh buat.. Apa yang tak boleh buat.. In other words, boleh dikatakan aku matang la sikit in making desicion.. Bukan senang ye rupa-rupanya, nak melatih diri so that tak jadi seorang yang selfish..

Some of you maybe ada yang dah tau bapak mertua aku tu suka menulis kan? Siap ada buku scrap.. Kat dalam tu dia letak semua puisi yang dia dah buat since..... 1972??!

Aku memang suka baca puisi-puisi yang abah buat.. Ada 1 hari tu tengah aku dok layan membaca, I came across this particular piece about harapan seorang bapa mertua towards the anak menantu.. Macam menarik.. Terus datang idea nak publish kat blog and aku mintak la izin dia kan. At least boleh la aku share dengan korang semua :)



Cari Serasi
Budaya pegangan keluarga ini
cubalah resapkan di hati nurani;
Amalan hidup keluarga ini
cubalah sesuaikan dalam diri;
Cara tindak keluarga AMB,
timbang-timbangkan dengan penuh toleransi
mudah-mudahan dapat serasi...
Serba-serbi kenalah biasa
memang tak semua sentiasa selesa
andai ada yang kurang sesuai
sedikit keruh hubungan keluarga
sedikit tersentuh ipar dan duai
tak usah kecoh, sebaliknya santai
selesaikan secara mesra dan damai...
Maklum katakan menantu AMB
semuanya bijak dan pandai!
Tatkala menzahirkan pegangan
budaya, amalan dan tindakan
kebajikan keluarga jadikan keutamaan
tali persaudaraan pelihara erat
dengan semangat teguh bermuafakat.

AMB (Abdul Majid Baharom) - Untuk renungan para 'menantu" kami
yang tidak akan pernah terbatal wuduk mereka dengan kami
yang bergelar 'mertua' sehingga ke akhir hayat...
Terilham di d'SUARANG pada jam 12 tengahari Isnin 6 Julai 2009.

So what do you guys think? Apa yang korang rasa abah aku ni cuba nak sampaikan?

2 comments:

shasha said...

hmm..dalam maksudnya tuh....bila difikirkan dalam2..bagus utk panduan...bukan utk keluarga AMB je..utk semua pun sesuai apa...

zie said...

hmmm....i agree with sasha...