Thursday, June 13, 2013

29 May 2013

Sekali lagi doa aku to have a smooth and easy delivery dimakbulkan, Alhamdulillah. Lebih kurang sama situasinya dengan Umar dulu, aku bersalin on the day of my check-up. Tapi tak sempat nak check-up pun, awal-awal pagi aku dah rasa sakit perut. Mula-mula aku ingatkan false alarm (2 weeks before I gave birth I straightaway went to the emergency sebab sakit perut, tapi rupa-rupanya sakit perut due to angin. Haha! Menggelabah gila..), tapi sakit perut kali ni lain macam pulak. Memulas every 5 minutes..

It started around 5 o'clock in the morning. Fikir hanya sakit perut biasa I went to the toilet, siap membuang semua bagai. But around 6, aku sakit perut balik. Then sakit tu lega.. Dalam 5 minit, sakit balik. Macam tu la, sakit lega sakit lega. Aku terus kejut Ben. Dia tengok aje muka aku terus cergas dia bangun, suruh aku mandi and siap. Dalam hati dah terdetik, kalau false alarm lagi macam mana? Malu la :D Dalam pada berbelah-bagi tu aku bersiap jugak la, and sempat hantar Umar kat rumah Makcu in Bukit Antarabangsa, just in case kalau aku betul-betul nak beranak kan. Takde la Ben kelam-kabut nak tengok Umar lagi, nak jadi tukang sorak untuk aku lagi. Haha!

On the way to the hospital tu kan.. Nasib baik la cuti sekolah I tell you. Jalan agak clear.. Dalam kereta aku memang dah tak boleh nak bercakap dah. Contraction every 5 - 7 minutes. Ben nak pegang tangan pun aku tepis :D

Sampai aje hospital, aku terus dibawa ke Labor Room (in a wheel chair. Tak kuasa aku nak jalan dah sakit-sakit tu kan). The Nurse Manager yang sambut aku masa dah sampai kat reception area Labor Room tu, terus tolak aku masuk bilik untuk check aku. Masa tu memang jalan pun pegang dinding OK. Dah siap salin baju and all, mula la aktiviti seluk segala. The Nurse Manager said to Ben, "Luckily you came on time you know. If you wait for another minute she will deliver at home!" Aku pulak dok sibuk nak tau dah bukak berapa cm? "8cm already!" Hambek ko! Hahahahaha! So dengan sepantas kilat dia arrange everything, call Dr. Seri, a few nurses came in - masing-masing ada tugas masing-masing. They even offered me untuk ambik gas (yang akhirnya aku campak terus ke tepi sebab takde effect apa-apa pun!? Haha) and epidural (which I said nanti dulu, selagi aku boleh tahan insyaAllah, aku memang tak nak ambik epidural)..

Tak lama lepas tu Dr. Seri pun sampai with her cheerful remark, something like "Lizaaaaa.. Dah bukak 8cm.. You're so lucky now is the school holiday.. Ada tanda-tanda ke tadi? Darah? Air? Etc, etc" :D Hilang rasa sakit kejap bila tengok dia ceria macam tu :)

I told her memang takde tanda apa-apa pun. So dia terus pecahkan air ketuban sambil bagitau yang tak lama lagi ni aku bersalin la. Then dia pun keluar kejap with all the nurses..

Tak sampai 1 minit dia keluar dari pintu tu, aku terus cakap kat Ben "I nak kencing la! I nak berak jugakkkkk!!" Haha! Kelam-kabut si Ben panggil nurse. Aku nampak aje nurse masuk, terus aku cakap kat dia "I nak push!!" Sambil aku push betul-betul. Dia pun kelam-kabut la panggil Dr. Seri, siap suruh aku tahan kejap. Haha! Seriously aku tak boleh tahan. You know, bayangkan something nak keluar from your perut yang korang tak payah nak buat apa pun dia rasa nak terkeluar jugak. Macam your body yang automatically push kan untuk korang tanpa korang perlu buat apa-apa. Haha! 

So Dr. Seri muncul tepat pada masanya.. My baby was born at 8.35am.. 2 pushes.. 2 stitches.. Alhamdulillah :)

A few minutes after she was born :)
(3.19kg, 51cm)


Kasih Camelia Majid binti Halmy Zahari nama diberi..


Tu la dia pengalaman bersalin aku kali ni. Masa aku tengah taip this entry, anak aku dah 16 hari dah. Kejap aje.. 

A million thanks to all the nurses yang menjaga aku from Day 1,
and to Dr. Seri and Dr. Anthony (KCM's Paediatrician) - you guys are the best!

Wednesday, June 12, 2013

Abang dan adik


Tuesday, June 11, 2013

Currently reading: The Rose Petal Beach

'I could kill them for what
they've done to me.'

I said those words. And I meant them at the time. But what
would you do, what would you say if your husband was accused
of something terrible and the accuser is someone you
trusted with your life?

That doesn't mean I wanted this to happen. I didn't want anyone
to get hurt. And I didn't want to be scared that every knock on
the door is going to be the police, coming to take me away.
What's going to happen to my children?
What's going to happen to me?

My name is Tamia Challey and
this is my story.

Alhamdulillah..



Aku dah selamat melahirkan bayi perempuan on 29 May 2013 (Wednesday), 8.35am at Prince Court Medical Centre :) Sekali lagi aku bersyukur sebab proses kelahiran agak senang dan cepat. Alhamdulillah..



Masa Umar dulu aku tak sedar the opening dah 6cm kan? Ha kali ni kasi bukak 8cm terus baru aku rasa sakit perut yang lain macam. Nasib baik sempat sampai hospital :D

When I have the time, I will blog about it OK? 

Till then..

Friday, May 3, 2013

Mama, terbalik! Mama, terbalik!

I didn't get what he was trying to say at first actually.. 


Haha! Rupa-rupanya kerusi yang dia duduk tu screw nya dah tercabut. So memang la dia rasa dia nak terbalik. Hahahaha!

Thursday, April 18, 2013

It's a girl, insyaAllah :)

Siap la penuh barang-barang warna pink kat rumah lepas ni :D

So anyway.. I'm already at 33 weeks pregnant now. I went for another check-up yesterday and everything was fine. Baby dalam perut dah 2.2kg lebih kurang. My weight pun naik 1.7kg aje which is OK according to Dr. Seri. The food journal yang aku dok buat tu pulak, my Dietician pun dah reply. Will share with you guys soon, insyaAllah..

Thursday, April 11, 2013

Thursday, April 4, 2013

Appointment with a Dietician

Made an appointment to see the Chief Dietician herself, Datin Farah and just came back from PCMC for the 1st appointment. So what can I say about the session was, now I have a clearer picture on my eating habits selama ni and what are the problems with that eating habits. She jotted down what I normally ate for breakfast, lunch and dinner, she asked whether aku ada ambik snack in between meals ke tak.. Soalan-soalan yang macam tu la..

I don't have to see her every week actually, just send her an e-mail on my food intake will do and dia akan comment la dari situ. Like a food journal, which I think is a very good idea :D Then boleh la aku letak kat blog jugak so that I can share with all of you..

Till then..
-xoxo-


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Wednesday, April 3, 2013

At 31 weeks..

Last week I went for the glucose tolerance test and even though the result was OK, I still have to go and see a Dietician on a weekly basis for 4 weeks. Haha! Kalau nak diikutkan, rasanya macam tak payah kot sebab I only gained 0.6kg in a month's time from the previous check-up. Maybe sebab before that berat badan aku naik mendadak sampai 3kg dalam masa sebulan agaknya..

So basically sekarang ni aku kawal sikit la my food intake walaupun there are days when I was like, "Eh lantak la, I am pregnant for heaven's sake!" :D After that balik la ke pangkal jalan balik - baru la nak terhegeh-hegeh makan salad, sandwiches and anything healthy. Haha!

Tentang barang-barang baby pulak, to tell you the truth aku belum start beli apa-apa pun. Soon, insyaAllah :)

Thursday, March 21, 2013

Budi bahasa..

Aku rasa macam nak cerita pasal benda ni dah lama. Tapi bila fikir-firkir balik I was like, dah memang perangai sesetengah manusia macam tu. Nak buat macam mana.. I'm not perfect either..

Take for example this morning. I was sitting inside the car, on the way to the office. Masa betul-betul kat depan kawasan perumahan Sering Ukay tu, ada sorang perempuan Cina dok tahan-tahan kereta sebab dia nak melintas jalan. Since the car in front of us tu menderu laju entah apa la dia nak kejar agaknya, we all pun berhenti la. Lagipun our lane tengah jam. So lepas dia lalu aje, dia pun tahan lagi kereta yang lalu-lalang kat the next lane. Satu biji kereta pun tak nak berhenti boleh?! Aku tengok ada la dalam 6-7 kereta yang pemandunya buat buta aje tak kasi that old lady nak melintas. Ish! Tak faham betul aku. Apa la nak bagi orang melintas jalan pun nak kedekut??

Lagi satu cerita is about lrt, khususnya tentang tempat duduk yang dikhaskan untuk ibu-ibu mengandung, warga tua and kanak-kanak. I'm not saying this because I'm heavily pregnant at the moment. Cuma kadang-kadang aku rasa kelakar sebab everytime aku masuk aje, tiba-tiba semua orang yang tengah duduk tu terus tundukkan kepala, pandang tempat lain or tidur. Haha! Takut kena bagi aku duduk la tu :D Tapi tak semua la yang berperangai macam tu. Ada yang baik, bila nampak aku berdiri aje tak payah suruh they offered me their seat :)

Apa-apa pun, terpulang la kat diri sendiri on how to behave. Tepuk dada, tanya selera..

Have a nice day!