Sunday, May 18, 2008

L . O . V . E .

I've been tagged by the one and only TINA~NAJ.. So here we go :

1) What does true love means to you?
Aku sanggup menghadapi susah dan senang dengan dia.. Terima buruk dan baik dia.. And tak berkira.. No need to elaborate more la kan, semua orang sure faham ;)


2) How do you know that you're really in love?
Ben is the only guy that I'm head over heels with.. Even though dapat sms dari dia pun hati dah berbunga-bunga. And I can't stop thinking about him.. Until now I still have butterflies in my stomach whenever I'm with him :)


3) How many times in your life have you fallen in love?
Kalau nak campur sekali dengan chenta dulu-dulu yang ntah apa-apa tu sebelum Ben, ada la dalam 11 kali. Masa tengah dok kira tu I was like, what the *tuuuuut*?! Aku teringat balik perangai sekor-sekor walaupun ada yang aku dah lupa nama tapi ingat muka aje.. Tapi aku bersyukur, my relationship with Ben akan sampai ke jinjang pelamin. InsyaAllah..


4) Do you feel love and physical attraction are the same thing?
It comes in a package.. As for me, I love Ben for his personality.. And it's like a bonus because he is tall, dark and handsome! :D


5) Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
Almost :( It happened last year.. We had a silly argument, as usual la kan. At that time we all kat rumah lama aku in Danau Kota, baru balik from somewhere.. Gaduh punya gaduh nak putus tunang OK! Sampai ayah aku terpaksa masuk campur.. Lepas dah puas kena lecture dengan my dad, senyap la kejap.. Tapi hati aku still lagi berapi.. Actually kitorang plan nak keluar lagi masa tu sebab nak jumpa my uncle kat Shah Alam. So aku bangun, salam my dad and terus keluar. Tinggalkan Ben yang kelam-kabut ikut aku from behind. Masa tengah tunggu lift, aku senyap aje. Tak pandang pun muka dia. Tengah marah la konon kan.. But suddenly I looked at him. Dia tengah tengok aku sambil buat muka kesian.. Tiba-tiba kan.. Hahahahahaha! Bila ingat balik aku boleh gelak macam nak mati OK! Tiba-tiba.. Aku tengok si Ben ni macam nak kepakkan tangan. Hahahahahahaha! I saw dia naikkan both his hands.. Veeerrrrryyyyyy slowwwwlyyyy.. At the same time he put his left leg forward, his right leg bengkok kat belakang.. And his both hands dah sampai kat atas kepala.. I was like, apakah?? Then dia goyangkan jari-jari tangan dia macam nak mengejek. Dok tersengih-sengih kat situ. Hahahahahahaha! I was laughing so hard, rasanya satu block condo tu bole dengar suara aku..


6) If your true love become disfigured or ill, would you continue to love them the same way?
Aku sanggup selagi termampu.. Lagipun aku pernah jaga arwah nenek and arwah mak masa diorang sakit dulu. Mandikan dan cucikan berak perkara biasa bagi aku..


7) Should anyone else be able to tell you who to love or not?
Hanya arwah mak yang memainkan peranan penting dalam hal ni.. Most of my EX-es arwah mak tak berapa berkenan, so aku pun macam ada kureng sikit la. Tapi nasib baik dia sempat jumpa Ben, terus dia suka :)


8) Do you believe that people end up divorced were ever truly in love?
It's hard to say actually.. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan..


9) Would you give up something you want for someone you love?
Yes.. There was 1 time, I went for an interview and I got the job. I was so excited and told Ben about it.. Tapi dia macam tak berapa agree for me to work with the company due to salary offered. Patah hati jugak la..


10) If you truly love someone, do you believe it should be unconditional?
Definitely! Enough said..

Thursday, May 15, 2008

Blessed :)

I still remember arwah mak pernah cakap kat aku, dia sentiasa doakan yang aku akan dapat future parents-in-law yang sayangkan aku sama macam dia sayangkan aku :) Alhamdulillah.. Doa seorang ibu kan.. Dan aku rasa sangat bersyukur, my relationship with Ben's parents sangat baik. Maybe when people read this, diorang akan fikir "poyo betul la si Liza ni". Hahahahahahahaha! Well, sorry la kepada sesiapa yang rasa meluat tu kan.. I just want to express my appreciation..

Since the very beginning aku dah terasa yang aku ni sangat "special" di hati mak and abah Ben. Diorang terima aku seadanya.. Diorang tak jemu bagi aku nasihat, for me to better myself.. Sudi hantar aku pergi kerja in the morning kalau Ben takde.. Sanggup meredah jam kat KL semata-mata nak bawak aku pergi register for new semester kat OUM.. And they always tell me that they love me macam anak sendiri :)

Apa lagi yang aku nak kan?
Aku BERSYUKUR :)


ps. Aku jugak tak lupa jasa-jasa ayah aku sendiri yang besarkan aku dari kecik.. Kerja siang malam tak kira masa untuk bagi aku selesa..

Monday, May 12, 2008

My Sunday

Yesterday when I wake up nasib baik la badan tak sakit-sakit.. Cuma peha aje yang rasa kejang sikit. Masa tengah breakfast tu, seriously aku rasa macam ada something yang aku lupa.. Something which is very important that I need to do.. Punya la lama dok fikir, baru aku teringat yang aku kena register untuk semester baru kat OUM. Cepat-cepat aku call Ben :D So he fetched me in the afternoon, kitorang pergi OUM yang kat UM Kampus Kota tu (near The Mall).. This semester aku dapat 2 subjek aje. Bagus.. Bagus.. Senang sikit nak score :D

English for Oral Communication


Entrepreneurship

After that terus pergi KLCC sebab nak belikan mak Ben baju kat Ms Read in Isetan sempena Mothers Day :D Mula-mula we all beli a blouse which is brown in colour.. Bila dah sampai rumah, terus bagi mak dia try tapi tak muat la pulak. Ketat sikit kat bahagian pinggang. Kena la pergi tukar kan.. Lepas Maghrib kitorang keluar balik. Yang tak bestnya, baju tu dah takde saiz yang lagi besar.. End up we all tukar dengan baju lain yang sama harga tapi lagi cantik :)

ps. Peej, nanti-nanti la ye aku update blog pasal work station tu.. Nak ambik gambar that lantai licin, kena angle baik punya kan?? Hahahahahahaha!

Saturday, May 10, 2008

Oh Happy Day

After the "torturing ourselves" session this morning, kak Sal and me went to Ali Bistro in Setiawangsa untuk post mortem pulak.. Biasa la kan, mesti nak cerita balik pengalaman masing-masing yang dah tertinggal dan ditinggalkan :D Apa yang penting, we are very proud of ourselves! Lepas dah puas bergelak ketawa, kak Sal sent me home..

Sampai kat rumah, aku rehat kejap.. Nak mandi pun tak larat sebenarnya.. But I have to get ready sebab nak keluar dengan Ben pulak lepas tu. He fetched me at 1.30pm and we went straight to Galaxy Ampang to watch Congkak :D To me ceritanya OK, banyak terperanjat aje lebih.. Ben definitely la dok menyumpah kat dalam panggung tu kan. Hahahahahahahaha! Siap berazam takmo tengok horror movies lagi dengan aku..

Habis aje movie kitorang plan nak pergi makan kat restoran kawan aku in Pandan Indah, tapi dia takde kat kedai pulak hari ni. Dia ada on weekdays aje. So kitorang decide pergi Alpha Angle Wangsa Maju sebab aku teringin nak makan kat Nandos.. But before that singgah kat Sri Rampai kejap untuk hantar kain-kain aku kat tailor..

I had tosei at Ali Bistro


Mine - 1/4 chicken with per-peri sauce + presco salad & chips


Ben's starter pack and chicken burger

Till then..

Kudaku lari gagah berani!!

Regarding my previous post, ada yang tanya kenapa and apa hal semua kan.. OK, aku cerita dari mula :D

Few weeks ago, bomba ada datang office sebab nak check our emergency exit kat tangga. Then diorang ada edarkan borang penyertaan "Larian Bersama Bomba 2008". Hahahahahaha! Mesti you all dah dapat agak kan.. I wanted to join.. The first person yang aku ajak is kak Sal sebab dia sorang aje perempuan kat office ni yang aku rasa confirm berminat untuk join benda-benda macam ni. Aku ada jugak tanya yang lain-lain tu, tapi diorang tak nak. They were like, "Apa??? Berlari??? NOOOOO!!"

Aku admit yang aku ni memang tak biasa jogging, aku brisk walk aje.. So aku tak pasti whether aku boleh ke tak.. Tapi kalau tak cuba I will never know kan? Dah le kena berlari 10km.. Takut jugak kalau pengsan ke.. Kejang ke..

AKu ada cakap dengan Ben, tapi dia macam tak galakkan sebab takut aku penat. Lama jugak aku fikir, nak join ke tak?? In the end, belasah aje la kan.. Aku nak tengok kemampuan diri aku ni sampai mana.. And the best part was, kak Sal agreed to join me :) Last night when she called, we joked and laughed about it like nobody's business! Dia cakap, "kalau tak larat nanti Liza jangan risau.. Kak Sal tahan teksi, kita balik!" Hahahahahahahaha! Boleh pulak nak tahan teksi kat tengah-tengah highway tu..

So this morning I wake up at 4.30am.. I had coffee and nesvita for breakfast, do some stretching, drink lots of plain water, mandi and bersiap.. Kak Sal fetched me at 6.30am and drove to Setiawangsa lrt station. She parked her car there.. Kitorang naik lrt sampai Masjid Jamek, then walked to Dataran Merdeka.. Larian tu start at 7.30am, and we have to be back at Dataran Merdeka at 9.00am. Panic jugak sebenarnya.. 10km in 1 1/2 hours!! Kitorang sampai terfikir, kenapa la menempah bala kan?? Tapi takpe, dah sampai.. Tengah get ready dalam kumpulan dah pun.. Takkan nak tarik diri, tak masuk akal la pulak.. Seriously masa tu aku teringat kat Ben.. I wish he was there, cheering for me..

Then tengah dok syok berangan, suddenly I heard "MULA!" OH.MY.GOD. This is it.. I have no choice, I have to finish this run..

Aku tak fikir banyak, I just run.. Yang aku ingat, kitorang ada lalu kawasan bukit lepas JKR masa mula-mula tu. Biar benar diorang ni kan.. Aku nak memangis OK! Aku lari.. Lari.. Lari.. Non stop! Kaki sakit-sakit tu biasa la, still boleh tahan.. Then lalu pulak kat Duta Highway.. Yang paling best stop kat refreshment station la kan :D Aku ambik 1 botol air mineral, I don't care! Lepas tu, lalu lagi kat highway. Highway yang sama la kot.. Masa ni la the challenge began.. Dengan asap kenderaannya.. Ada bukit pulak sikit.. Jalan jam, so aku terpaksa lari menonong-nonong sebab malu orang yang dalam kereta tu semua pandang. Hahahahahahaha!

Kak Sal ntah kat mana aku dah tak nampak.. Confirm dia dah jauh la ke depan.. Aku sampai balik kat Dataran Merdeka pukul 9.30, lambat 1/2 jam. Aku pun tak tau aku dapat number berapa :D Bila dah jumpa kak Sal, dia tunjuk aku medal dia.. Dia dapat number 70. Yang akan dapat medal ni sampai number 75 aje.. Dia kata dia sampai tepat pukul 9.00. So aku ni mesti number beratus la agaknya. Hahahahahahaha!!

Anyway, we had fun.. Apart from peha aku yang kat celah kangkang ni melecet, everything was fine. Hahahahahahaha! Peha besar la katakan..

ps. To Ben (I know you will read this).. I'm very sorry because I didn't tell you about it, that i ALREADY joined this thing.. I don't mean to lie.. It's just that I don't want you to get angry or whatsoever.. I LOVE YOU.. *hugs & kisses*

pss. To my readers, I will update more photos later because I didn't bring my camera. Kak Sal will upload the photos from her camera on Monday..

The t-shirt (front)


The t-shirt (back)


My number ;)

Friday, May 9, 2008

Have a nice weekend y'all ;)

I'm so f*****g nervous about tomorrow..
OH.MY.GOD.
What the *tuuuuut* was I thinking anyway??
I keep telling myself..
YOU CAN DO IT LIZA!! IT'S ONLY ONCE IN A LIFETIME..

This is it..
The moment I've been waiting for..

Sink or swim..
Do or die..

I CAN DO IT!!!!!

Thursday, May 8, 2008

Aktiviti lepas kerja bersama Ben

Today Ben fetched me from work and we went straight to Alpha Angle Wangsa Maju coz he wanted to buy his toilettries at Watsons.. Aku kan memang sukaaaaa masuk Watsons dengan Guardian :D Masa kat Watsons tu, Ben dengan baik hatinya menyuruh aku ambik apa yang aku nak.. *YAY* Sebagai seorang tunang yang berhati-perut, ni aje yang sempat aku grab :

TRESemme Vitamin C Deep Cleansing Shampoo
TRESemme Vitamin H & Almond Salon Silk Conditioner
Loreal Nutri-Gloss Serum
Maybelline Angelfit Foundation

On the way balik tu, he asked me whether nak tengok wayang ataupun nak hantar kain kat tailor? I was like, eh?? You know, when you are in a situation where you have to choose either one kan.. Sedangkan dua-dua benda tu memang best :D In the end aku pilih tengok wayang, sebab kain-kain aku tu boleh hantar kat tailor on Saturday. So kitorang pergi Galaxy Ampang, tengok movie What Happens in Vegas starring Cameron Diaz and Ashton Kutcher.. Best giler OK citer tu.. Nak beli the VCD pulak la lepas ni.. Tapi yang paling best, Ben siap beli ticket for this Saturday untuk tengok cerita Congkak. Hahahahahahahaha!! Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!! To all of you yang dah tau, kan aku dok hangen dengan Ben kat YM sebab dia takmo tengok cerita Congkak tu.. Sempat jugak la aku snap gambar dia yang konon-konon menangis gediks tu kan!

What Happens in Vegas


Congkak!!


Tengok la tu..


*sigh*


Hahahahahahahahahahaha!!

Sementara nak tunggu movie What Happens in Vegas tu start at 8.00pm, kitorang singgah kat 1 of the gerai yang ada kat situ to have dinner.. I had mango ice blended and kueyteow goreng yang sangat pedas sampai tak boleh makan, while the Mr Drama himself had sirap limau, nasi goreng and daging masak merah..

Mine


His

Till then..

Wednesday, May 7, 2008

MALU !!!

AKU JATUH TELENTANG
KAT DEPAN OFFICE..
'nuff said!


Sunday, May 4, 2008

Pertama kali

AKu telah di tag oleh jiran sendiri - PEEJ..

5 perkara yang pertama kali terjadi dalam hidup kita:

1) Pertama kali ke luar negara
When I was 19.. Aunty aku ada sorang tinggal kat Frankfurt, Germany - kak Gee. Masa tu dia balik Malaysia on holidays.. Dia ajak aku duduk dengan dia kat Frankfurt, at least aku boleh expose and learn a lot of things katanya.. Of couse la aku teruja kan :D So lepas dah prepare apa-apa yang patut - buat passport and all that, terbang la aku ke Frankfurt dengan hati yang berbunga-bunga :)

Masa aku kat Frankfurt, kak Gee register kan aku masuk sekolah belajar bahasa German for 1 month. Intensive course OK! Menggelupur la aku.. Dah le Germans ni diorang tak berapa fasih cakap English. 1st thing yang aku belajar masa mula-mula masuk kelas tu kena hafal bahasa German punya ABC and 123 :D

Buku teks


Buku latihan

Antara perkara yang paling tak dapat aku lupa, aku dapat jadi penari untuk Badan Kebudayaan Malaysia Frankfurt. Kebetulan masa tu belum ada lagi penari kebudayaan kat Frankfurt. Kak Gee encouraged me to go for the audition, and obviously aku terpilih la kan :D Kat bawah ni ada few photos.. Ada banyak sebenarnya, tapi yang ni pun dah cukup la ye :)

Lagu medley Zapin/Balqis..
Kerana baju ni la diorang semua panggil aku "Kermit the Frog"!!


Bole??!!


Malaysia Truly Asia


We performed tarian lilin masa Merdeka celebration


Aku yang paling kanan sekali..


Me in the middle


Asian week in Belgium..


Peyot.. Hahahahahaha!!


Dinner after the show..
The guy in blue shirt is the Director of Tourism Malaysia Frankfurt..


In front of the hotel in Belgium


2) Pertama kali menangis semahu-mahunya
When my mentor, my hero, my best friend, my MOM, passed away on 20 September 2006..

3) Pertama kali dating dengan Ben :)
We went for dinner at Naili's Ampang.. Aku nervous sangat masa tu, 2-3 kali jugak la tukar baju :D It was a great night by the way.. We talked, laughed and had a very good time together.. Hari tu jugak dia propose aku untuk jadi his girlfriend..

4) Pertama kali kena pukul :(
Masa tu aku still in Form 2.. Arwah mak aku ni strict orangnya. Dia paling tak suka kalau aku balik lambat. Kalau keluar dengan kawan-kawan, before 7.00pm I have to be at home.. Ada la satu hari tu, aku pergi mana ntah.. Sampai rumah lebih sikit lepas pukul 7.. 7.10 ke 7.15 la kalau tak silap.. Masuk aje rumah terus aku kena sebat OK! Dengan hanger pulak tu :( Nasib baik hanger plastic. Belum sempat duduk pun lagi dah kena serang.. Sampai pecah hanger tu arwah mak aku kerjakan.. Since that day aku memang dah tak berani balik lambat lagi dah.. Tapi yang best, esoknya arwah mak pujuk aku :D Dia bawak pergi makan Thai food.. Masa makan tu, we had a very long heart to heart talk.. Dia bagitau aku apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka..

Bila aku dah habis sekolah, my curfew is at 10.00pm.. Then up sampai 11.00pm.. Kalau terasa nak balik lambat lebih dari pukul 11, rumah kawan-kawan yang dipercayai oleh arwah mak aje yang akan aku tuju :D

That was the 1st and the last time aku kena pukul.. *phew*

5) Pertama kali jumpa family Ben
Bila Ben cakap dia nak bawak aku jumpa family dia, I was like OH.MY.GOD. I was thrilled, no doubt.. Tapi mesti la rasa nervous yang sampai nak muntah kan :D Masa tu bulan puasa in 2006. We all berbuka kat Shah Village PJ yang sebelah A&W tu.. Luckily it went well, alhamdulillah :) The most important thing is, they welcome me in the family..

I tag these people to do this survey:

Farah
Salwa
June
Sheena
Cike
Jules
Lea

Saturday, May 3, 2008

Family outing :)

I wake up late this morning.. Ishhh! At 10 o'clock baru tersedar diri.. Was planning last night nak pergi exercise pagi ni, tapi dah bangun lambat so lupakan aje la.. After I had my usual cuppa, aku terus cuci baju dengan lipat kain. Lepas tu kemas bilik pulak.. Kemas bilik pun dah berpeluh tak ingat dunia, consider exercise la jugak kan :D

Tengah dok rehat-rehat tu, I received a call from my aunty - Enche. The whole family are on their way to KL from Shah Alam.. My uncle Rahim asked me to go to KLCC and meet them there sebab dia nak belanja aku dengan adik-adik makan kat Chili's. Dia suruh ajak Ben sekali.. Haaa elok sangat la tu, aku pun tengah lapar :D Dengan sepantas kilat aku bersiap!!

Siti pun join we all tadi.. Dia mintak break 1 hour earlier from her boss.. Makanan pulak arrived quite late, so she didn't stay very long with us :( Dia makan cepat-cepat then she rushed back to Tower Records..

Anyway, it was fun :) Sekali-sekala jumpa Enche dengan uncle Rahim ni ada aje lawak diorang.. Dan aku tak pulang dengan tangan kosong jugak.. Hahahahahahahahaha!!..


While waiting for our seats..
That's my uncle Rahim on the phone (looking busy as usual :D) and Enche.
Nadzirah terpaksa bagi support kat Nadia
sebab dia dah penat menunggu..

Hahahahahaha!! Comel aje..


They were all laughing at ME!!
Uncle Rahim buat jokes ntah apa ntah..
Ben pulak control kacak..


Cousins..
from left-right : Anuar, Khairul, Nadzirah, Siti, Nadia


The girls..
Siti (middle) buat muka ala-ala sweet gitu kan..


Uncle Rahim pulak buat muka ala-ala riak sebab belanja makan..
Hahahahahaha!


The runner in the family - NADIA


Atuk kesayangan hamba :)


Chenta hati ;)


I had Green Guava Juice


& Quesadilla Explosion


While Ben had Classic Nachos and Mashed Potato


Tengah nak bayar parking..
Candid by Nadzirah


RM4.00 aje :D


Waiting for the parking ticket..


Gelak-gelak gediks bersama Ben :D