Aku dah kemaruk nak makan sushi aje la pulak. Dulu bukan main lagi tak suka, sekarang dok teringat-ingat..
Among my favorites..Hari tu ingatkan nak pergi Sushi King outlet AEON AU2 tu tapi macam panjang pulak orang beratur sebab ada promotion yang RM2 sepinggan tu. Malas nak tunggu, so lari ke outlet yang kat Ampang Point pulak. Memang silap besar la kan sebab aircond kat situ rosak. Haha! Fikir sebab dah sampai aje, ikutkan hati aku ni nak aje aku patah balik ke Setiawangsa.. Ish! Panasnya alahai, only God knows. Diorang ni pun satu, dah tau macam tu kipas sebijik pun diorang tak nak pasang. Tak faham betul aku..
Lenguh jugak la tangan aku dok mengipas si Umar..



