Monday, September 6, 2010

Currently reading: Getting Rid of Matthew


When Matthew, Helen's lover of the past four years, finally
decides to leave his wife Sophie (and their two daughters)
and move into Helen's flat, she should be over the moon.
The only trouble is, she doesn't want him anymore.
Now she has to figure out how to get rid of him.....

Plan A
* Stop shaving your armpits. And your bikini line
* Buy incontinence pads and leave them lying around
* Stop having sex with him

Plan B
* Accidentally on purpose bump into his wife Sophie
* Give yourself a fake name and identity
* Befriend Sophie and actually begin to really like her
* Snog Matthew's son (who's the same age as you by the way. You're not a paedophile)
* Befriend Matthew's children. Unsuccessfully
* Watch your whole plan go absolutely horribly wrong

Getting Rid of Matthew isn't as easy as it seems, but along the
way Helen will forge an unlikely friendship, find real love
and realize that nothing ever goes exactly to plan..

Kunjungan rakan sekerja

Last Friday after office hours some of my colleagues from HR and Finance Department datang melawat aku sambil nak tengok Umar sekali..



Before diorang masuk rumah kan, dari luar aku dah nampak bukan main besar lagi hadiah yang diorang bawak. Ada 3 kotak pulak tu :D



Toys yang diorang bawak tu actually khas untuk budak yang umur 6-36 months. Honestly aku suka walaupun Umar belum besar lagi :) Something yang Umar boleh pakai untuk jangka masa yang lama, takde la membazir kan..

Si Umar ni..
Siang asyik nak lelap aje, orang datang pun dia tak kisah :D
Bising la, usik la macam mana pun..
"Aku tak kira, aku nak tidur!!"

Friday, September 3, 2010

Alahai anak mama..

Angel baby ;)


Tengok la tu ada teether kat atas kepala si Umar, entah siapa la punya kerja.. Haha! Dah macam angel punya halo pulak aku tengok :D

Thursday, September 2, 2010

Dalam pantang..

Lagi 23 hari aku nak habis pantang, haih! Lama pulak aku rasa. Seriously tak best OK berpantang masa bulan puasa. Time ni la macam-macam spesis makanan aku jumpa. Dah sah-sah la kena tengok aje kan.. Cakap pasal pantang ni, so far so good. Takde la jiwa aku tertekan ke apa :D Dah jadi macam rutin dah - bangun pagi lepas breakfast aku mandi, menyusukan anak, pam susu, makan, minum, tidur kejap..

Oh, lupa.. Lepas mandi kena pakai bengkung :D




Ikat kat pintu aje, so aku kena berpusing-pusing la. Kadang-kadang adik ipar aku yang jadi tukang ketatkan bengkung tu and kadang-kadang Makcu. Masa awal-awal aje dulu makcik tukang urut aku tu tolong ikatkan.. Bengkung traditional ni is a bit leceh but it works wonders! Entah ada masa ke tak aje la kan sebab panjang berjela-jela. Aku nak beli Premium Beautiful la lepas ni :D

Settle pasal bengkung, masuk bab rambut pulak..



I'm starting to LOVE this hairstyle already.. Haha! Tak mustahil la lepas ni aku asyik dok ikat rambut aku macam ni aje. Over betul!

Lastly, about the food during confinement..



Basically, makanan yang aku makan semuanya yang kering-kering and yang dapat menambahkan pengeluaran susu. Masih ikut apa yang boleh dimakan and apa yang tak boleh dimakan. Paling penting mesti ada variety, takut kang tak dapat zat yang mencukupi pulak..

Wednesday, September 1, 2010

2 Generasi

Majid Sr. with Majid Jr.


Ni la aktiviti si Umar a.k.a Mamak Cape Town kadang-kadang bila malam, berborak dengan atuk dia :)

Bila siang asyik tidur aje, bangun pun kejap-kejap untuk menyusu. Malam pulak dia dok berjaga. Pusing jugak la kepala aku. Haha! Tapi takpe la, sayang anak punya pasal. Tak cukup tidur pun tak cukup tidur la..

2 weeks check-up

Last Friday kena bawak Umar pergi check-up kat PPN and Alhamdulillah semuanya OK. Dia punya kuning pun dah takde. Mula-mula tu biasa la kan, kena timbang berat and all..

3.4kg in 2 weeks time :D Naik 0.3kg aje..
So far the doctor takde pulak cakap dia underweight ke apa,
so I take it as normal la kan..


Umar with his Lola Dylla..
Entah sampai bila la Lola Dylla kena ikut Umar pergi clinic
every time ada check-up :D


Dr. Khairul tengah bagi penerangan on how to clean
Umar punya pusat, etc..

Wednesday, August 25, 2010

Terima kasih daun keladi :)

Antara hadiah-hadiah yang aku terima for Baby Umar :)

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka @ PPN

Hari ke-2 aku kat Naluri, family Makcu, family Bibit, nenek and my brother-in-law ramai-ramai berbuka puasa kat situ untuk temankan aku. Meriah betul, at least terhibur jugak la hati aku ni kan :D



Dah macam kat rumah sendiri dah aku tengok. Haha! Ada sorang nurse tu masuk bilik aku before berbuka, dia pun dah macam ala-ala terkejut. Kebetulan she was one of the nurses yang tolong Dr.K masa aku nak bersalin, so kitorang bungkuskan la makanan untuk dia. Courtesy :) Lagipun makanan punya la banyak. Bukan apa, dia layan aku macam puteri masa aku dalam labor room. Orang berbudi, kita berbahasa..

Sunday, August 22, 2010

Umar Ilham Majid

First of all, if you would like to read more on "behind-the-scene" stories about my delivery and all that, korang boleh baca kat blog my father-in-law: Bamuda d'SUARANG.. Abah rajin update, dari mula terima berita aku nak bersalin sampai la the day aku balik rumah. Nak harapkan aku yang cerita, memang susah la kan. Sekarang ni bukan macam dulu, boleh update blog sesuka hati..

So anyway.. At this entry aku just nak bagitau kat korang aje nama anak aku :D Aku pernah buat satu entry bertajuk "Apa nama?".. Antara petikan-petikan dalam entry tu:

Most of our family members and friends dah tanya-tanya dah kat we all, nak letak nama apa for our baby nanti? Biasa la kan, at this stage ada jugak la kitorang fikir-fikir. Baik nama untuk baby girl or untuk baby boy..

Cerita pasal nama ni kan, it all started since I was 2 months pregnant lagi. Masa tu obviously la aku sendiri pun tak terfikir about nama and all. Ada sorang my ex-colleague ni, sibuk sangat nak jumpa aku dengan Rosli katanya. And I was like, who on earth is Rosli??? Selamba aje dia jawab, "Tu baby yang dalam perut awak tu la.." Hahahahahahaha! Sangat confident OK. Katakan la aku dapat baby girl, dia nak panggil anak aku Rosli jugak ke? Anyway.. Nama tu lekat sampai sekarang, even my colleagues pun dok Rosli, Rosli.. Haih!

Macam family members pulak, diorang ala-ala dah dapat agak yang aku akan dapat anak lelaki sebab bentuk perut aku tajam ke depan and pinggang aku tak mengembang. They keep saying, "Ha lepas ni Umar pulak akan keluar.." Okayyyyy.. Hahahahahaha!

Yang si Ben lagi kelakar.. Dia kata kalau dapat anak lelaki dia nak letak nama Jebat. Confirm melompat la parents dia.. So nama Jebat tu memang tak la ye :D

Tapi apa-apa pun, anak kitorang nanti akan ada nama Majid kat hujung - kitorang ambik sempena nama abah Ben. Baby yang bakal lahir tu nanti la yang akan menyambung warisan the Majid clan :D When we told abah about this, he just smiled sambil mintak royalty. Hahahahaha! Beresssss..

Tunggu la bila anak kitorang dah keluar esok, aku reveal la apa nama penuh dia.. Kitorang hanya merancang, Allah yang menentukan :)

So dengan ini, confirm dah aku letak nama anak aku Umar Ilham Majid bin Halmy Zahari :)

Saturday, August 21, 2010

13 August 2010

Like I mentioned earlier, on the 13 August (Friday) I went to Naluri in the morning for my check-up. Masa tu still boleh jalan, takde rasa sakit yang amat sangat cuma biasa la kan rasa sakit kat bahagian bawah perut and kadang-kadang perut mengeras but boleh tahan lagi. Even masa tengah tunggu my turn untuk jumpa doctor pun boleh siap gelak-gelak lagi dengan Ben..

Bila dah masuk bilik Dr.K, dia check my blood pressure and she asked me to lie down. Lepas dah scan perut and all dia tanya whether aku puasa ke tak and I said no. "I nak check kat bawah pulak ye," she said. Haih! Aku pun redha aje la. Mula-mula aku macam confuse kejap sebab right after dia seluk tu tiba-tiba dia tanya aku "Hey! You tak rasa sakit ke??" sambil dia bulatkan mata dia. I was like, memang tak la kan. Seriously I thought dia tanya sakit ke tak sebab dia seluk tu kan. Then dia cakap "You dah bukak 5-6cm ni. You bersalin hari ni, most probably this evening. Paling lambat pun malam.." Terus sejuk kaki tangan aku OK! Ben lagi la, speechless terus..

So gedebak-gedebuk Ben terus balik rumah to take all my things and aku pulak kena admitted. Aku kena rehat dulu kat waiting room, masa tu roughly dah around 12.15pm. By 6.00pm aku still takde rasa sakit takde rasa apa, diorang hantar aku kat labor room. Senang tunggu kat situ kata diorang. Masa kat labor room diorang check aku dah bukak 8cm dah. Mak ai, hanya Allah aje yang tau perasaan aku. Ha time tu la diorang pecahkan air ketuban. Hambek ko, once air ketuban dah keluar mula la aku start rasa sakit..

Masa aku snap this photo, it was around 7 something.
Nak masuk waktu berbuka.
Aku punya contraction dah start every 2 minutes dah..
Sakitnya alahai!
Memang tak fikir apa lagi dah - ayat Qursi, berzikir, semua aku bedal..


Nak dipendekkan cerita, Dr.K sampai pukul 8.20. Dia seluk lagi, aku dah bukak 9-10cm. So dia straight away suruh her 2 assistants untuk prepare apa-apa yang patut. Yang aku ni pulak dah dok "Nak berak.. Nak berak.." Haha! Pukul 8.30 la lebih kurang Dr.K suruh aku teran, and time tu jugak la diorang dok ajar aku macam mana nak teran dengan betul. Every time rasa sakit tu datang, aku kena tarik nafas sampai paras dada. Then hembus nafas for 40 seconds. I was like, lamanya. Cukup ke nafas kan. And a few times jugak diorang pesan jangan angkat bontot..

Basically aku push 2 kali, major push la. Yang lagi 2-3 kali tu nafas aku pendek. The best part was, masa tengah push tu aku terangkat bontot. Memang best la kan! Aku tak sedar OK, tiba-tiba aje Dr.K cakap "Eh Liza, jangan angkat bontot! Jangan angkat bontot!" Ala dah sakit dowh, tak ingat apa dah..

At 8.40pm keluar la anak aku :D Punya la lega.. Aku tengok dekat 5 minutes jugak la Dr.K jahit, aku dah agak dah confirm luka besar ni. Tapi takpe la, semua dah selamat. At least I'm still alive..

Right after bersalin, muka pun dah tak semenggah..
Ben nampak happy dalam gambar ni :)
He was there beside me dari mula to give me support,
dia pulak yang dok "Push B.. Push B.. Dah nampak kepala dah. Sikit lagi, sikit lagi.."


I can say that once dah tengok muka anak, the moment dapat pegang anak in your arms kan hilang semua rasa sakit. Tak kisah la sakit tak hengat ke, biar la kena jahit banyak ke, masa tu aku rasa insaf sangat. Macam tu la agaknya apa yang mak kita rasa..

A few minutes after he was born :)
(3.1kg, 50cm)


Tu la dia pengalaman bersalin aku. Masa aku tengah taip this entry, anak aku dah 8 hari dah. Kejap aje.. So lepas ni aku cerita pasal benda lain pulak. Kalau korang ada apa-apa yang korang nak tau, feel free to ask. InsyaAllah I'll make an entry about it..