Tuesday, August 3, 2010

On my birthday today..

Alhamdullilah bertambah lagi umur aku tahun ni :) Dah 29 tahun dah, kejap aje aku rasa. Next year dah 30.. Ish! So far aku takde la birthday wish yang entah apa-apa (haha!) for this year. Yang paling penting aku harap sentiasa dimurahkan rezeki. & dimudahkan untuk aku bersalin nanti..

Berita baik yang aku terima pagi tadi, my sister-in-law (Anum) dah selamat melahirkan anak lelaki.. Suka aku sebab share birthday sama dengan si kenit :D Aku tak sempat nak tengok lagi anak buah aku tu, nanti la aku update gambar dia kat sini..

Monday, August 2, 2010

Dari KLCC ke Ampang Park

Balik dari rumah Pakcik Jamil, kitorang ke KLCC pulak sebab nak cari barang kat Marks & Spencer. Ingatkan kat situ all items are on sale, bila tengok-tengok alahai.. Few selected items aje on sale rupa-rupanya, kebanyakannya semua normal price. Tapi takpe la, dah sampai tu beli aje la apa benda yang nak dibeli..

Aku takde plan pun nak beli apa-apa, tapi bila ternampak ada socks yang so colorful terus I was like "Eh boleh pakai ni during confinement period" :D Kain pun jenis yang sedap pakai..

3 pairs for RM39..
Nanti aku nak beli la lagi 3 pasang..


Lepas dah shopping and all we decided to have dinner at The Manhattan Fish Market tapi full la pulak..



Bersemangat dah aku ingatkan nak makan Fish and Chips, takde rezeki. Memang ramai betul la orang kat KLCC on Saturday tu. Time dah gaji kan, lagipun dengan sale sana sini..

So fikir punya fikir, end up kitorang ke Ampang Park makan kat Cozy Corner. Aku rasa memang berbaloi la makan kat situ. Serba-serbi semua OK - the food, the price, the environment, the service.. Takde complaint langsung..

Aku dengan Ben punya starter..


Abah punya Prawn Curry Noodle tu terbaik OK!
Lepas ni aku dah tau dah aku nak order apa kalau pergi lagi kat Cozy Corner :D


I ordered Sirloin Steak with Asparagus..
Besar betul portion dia..


Ben's Grilled Salmon

Sunday, August 1, 2010

Ke Kajang la kami..

Yesterday I followed Ben to Kajang, pergi rumah Pakcik Jamil kawan baik my father-in-law sebab nak pass something to him. Dah alang-alang tu kitorang ajak la Abah dengan Mak sekali..

Sambil tengah duduk borak-borak, Pakcik Jamil jamu kitorang makan buah pulasan yang dia tanam sendiri kat belakang rumah. Manis gila ko! Lagi sedap dari rambutan..

Aku dok mengadap aje entah berapa biji.
Ben la yang jadi tukang kopek :D




Dah a few times aku pergi rumah Pakcik Jamil tu, baru aku tau yang dia ada tanam pokok pulasan la, pokok betik la, pokok limau kasturi la, kat belakang rumah dia.. Pokok anggur pun ada, tapi aku tak nampak buahnya lagi la. Aku makan betik dia tu pun bukan main manis lagi..

Thursday, July 29, 2010

On my day off..

Aku ambik cuti 2 hari, semalam dengan hari ni. Ada beberapa benda nak kena buat and kena pergi check-up and all. Best jugak dapat cuti, boleh rehat lebih sikit :)

Pagi semalam lepas settle hal kat clinic sementara nak tunggu my sister-in-law (Anum) habis check-up, my parents-in-law bawak aku balik dulu. Roughly around 11 something baru kitorang keluar balik ambik Anum, then pergi makan..

We had lunch at Delifrance in Great Eastern Mall..



Plan hari ni boleh dikatakan agak pack jugak. Hopefully aku tak penat la kan.. Kalau ada something yan interesting ke apa, nanti aku cerita la OK?

Have a nice day people!

Tuesday, July 27, 2010

@ 35 weeks..

Well oh well.. Lagi seminggu genap 9 bulan. Nervous? Definitely.. Takut? Jangan cakap la.. Tapi kena relax la kan, I have to take it positively. Lagi dekat nak bersalin ni, lagi la macam-macam aku fikir. Tu yang kadang-kadang aku dok diam aje tu, paling bising pun aku cerita kat Ben aje gelodak yang kat dalam hati aku ni :D

My next check-up is on this coming Thursday, and I hope everything will be OK. Dah sampai masa dah aku kena jumpa doctor every 2 weeks. Entah berapa kg la agaknya anak aku sekarang ni :) And nak jugak aku tau berat aku dah berapa. Masa last check-up hari tu doctor kata kencing aku kotor. Harap-harap bila aku jumpa dia Khamis ni dah clear la kan. Tak hengat punya banyak air kosong aku minum for the last couple of weeks..

Dalam masa terdekat ni seriously I need to go for waxing and pedicure session, tapi tak tau lagi bila. Kena tunggu masa yang sesuai, and kalau aku tak penat la kan. Sekarang ni cepat penat OK, tak campur lagi dengan asyik nak ke toilet aje. Kang tengah elok kena scrub kaki, kang time tu la nak terkencing. Tu takpe lagi, dibuatnya rasa nak terkucil masa tengah waxing kang? Haih.. Oh ye, korang ada suggestion tak kat mana tempat waxing and pedicure yang best?

Eh lupa.. Threading pun kena buat. Dah teruk sangat dah rupanya..

Monday, July 26, 2010

Rindu punya pasal..

Lepas kitorang dinner kat Istana Bambu malam tadi, rasa macam nak singgah kejap kat Keramat sebab nak jengok Ahmad si budak baik :D Masa tu dah pukul 10 lebih, Ahmad mesti dah tidur. Tapi kitorang gamble aje. Even if dia dah tidur pun, dapat cium pun jadi la..

Bila kitorang sampai, dia ada dalam bilik dengan mak dia. Yes!! Dia tak tidur lagi rupa-rupanya. Aku tengok dia tengah meniarap.. Minum susu.. Mak ai budak ni, meniarap pun jadi. Haha! Apa pesen la menetek sambil meniarap Ahmad oi..

Macam biasa la kan, bila dia nampak aje muka kitorang bukan main sengih lagi..

Istana Bambu

Last night kitorang berdua macam dah blur tak tau nak makan kat mana. Fikir punya fikir, Ben suggest kitorang dinner kat Istana Bambu, restoran tepi highway MRR2 yang nak menghala ke Ampang Point tu. Saja la nak try, sedap ke tak makanan kat situ. Masa nak masuk parking pun punya la banyak kereta..



Aku tak dapat nak ambik gambar the entrance dengan keadaan sekeliling and all sebab orang terlalu ramai, aku segan :D Padahal boleh aje sebenarnya. Tapi sebab kena tunggu seat la, dengan hari hujannya, dengan laparnya, so mood nak snap sana-sini agak kurang..

Anyway.. Basically apa yang aku boleh cakap about that place, I love the environment. Sangat cosy. Cuma aku rasa, diorang tak cukup waitress kot. Service boleh dikatakan agak lambat. According to one of the waitresses, jumlah orang yang datang malam tadi di luar jangkaan. In my opinion, the owner of the restaurant can afford to hire more waitresses sebab harga makanan kat situ a bit expensive :D So boleh cover la kot..

Cakap pasal harga makanan, memang mahal. Tak setanding dengan rasa. Tu pada pendapat aku la, I don't know about other people. I thought tekak aku yang tak betul, tapi Ben pun kata kurang sedap. We ordered Fried Asparagus, Beancurd with Crab Meat, Deep Fried Squid, Lemon Chicken and Plain Telur Dadar yang harganya RM8 sepinggan. Haha! So semua sekali we paid RM99.60, makan untuk 2 orang..



Kiranya kitorang pernah rasa yang lagi sedap la kat tempat lain. But it's OK, kalau tak try we never know kan? I think that will be our first and last la kot makan kat situ..

Saturday, July 24, 2010

Insurance

Dulu masa arwah mak aku dok keluar masuk and terlantar kat hospital due to cervix cancer, aku macam kurang kesedaran aje tentang pentingnya insurance untuk membantu sikit sebanyak settlekan bil hospital tu semua. At that time I was like, "Ha OK. Bil hospital tak payah nak risau sebab company tempat ayah kerja dah cover so takde hal la.." Memang nasib baik la kitorang masa tu kan..

Tapi semenjak dah pregnant ni aku terfikir jugak kadang-kadang, we don't know what will happen to us in the future kan. Takkan nak mintak belas ikhsan orang, menambahkan beban aje. Even family members pun they have their own commitments, banyak mana pun yang diorang boleh bagi. Worst come to worst, terpaksa la kita tebalkan muka masuk suratkhabar asking for donations from people yang prihatin..

Yang buat aku lagi terdesak nak ambik insurance ni sebab sekarang ni kat keliling aku ada family members yang tengah sakit. My cousin.. My uncle.. Banyak betul belanja, aku pun ngeri. Nak tak nak aku memang kena bertindak cepat la. Tu yang I was thinking, once anak aku lahir aje memang we (Ben and me) are going to put aside some money untuk insurance kitorang anak-beranak..

Friday, July 23, 2010

Selera macam besar..

I had lunch with 2 of my colleagues yesterday at PappaRich. I had the char kuey teow, boleh tahan jugak sedap. Tapi masa nak menghabiskan sepinggan tu pun mencungap-cungap aku dibuatnya..

Boleh order lagi la lepas ni..


And I had their ABC as well :D



At first I was a bit reluctant, nak ke tak nak.. Sekali salah sorang dari my colleagues tu boleh pulak dia sound aku, "Liza, lebih baik ko order aje. Kang bila dah sampai office tetiba ko mengidam lak kang, aku takde nak patah balik datang sini." Hahahaha! Selamba aje dia sound setepek kat ibu mengandung ni tau.. So mean!

So aku order aje la, lagipun gambar kat dalam menu nampak menarik. Tapi aku tertipu, sebab tak sedap la pulak :(

More updates on barang-barang baby

My sister-in-law told me that kalau nak beli nappy cream for babies, better beli Angel Baby Bottom Balm..



Anak buah aku, Ahmad si budak baik pakai tu la. Elok aje aku tengok sampai sekarang. Hari tu masa dia kena cirit-birit pun Alhamdulillah tak melecet punggung dia. I already bought one, saja la nak try kan. Kalau sesuai, boleh terus guna..

Bila aku baca all the reviews about this product, rata-rata semuanya bagi positive feedback. Yang paling best tu boleh heal minor cuts and irritations some more.. Not bad :)

So basically barang-barang baby dah almost complete especially toiletries, baju and seluar semua..



Lapik untuk tilam dengan bantal yang hantar jahit hari tu pun dah siap. Tapi aku rasa kain tu aku kena beli lagi 1 atau 2 set la, at least boleh buat tukar-tukar..



Kain bedung pun dah settle. Baru aku perasan yang kain bedung tu punya la banyak aku dapat bila dah siap potong. Mana taknya, 1 color beli 3 meter. Potong semeter, semeter. So 1 color dapat 3 kain bedung.. Mewah dengan kain bedung anak aku nanti :D



Lepas ni aku rasa boleh la aku concentrate nak carik barang-barang aku pulak..