Sunday, November 8, 2009

1 year!

Love brought you together as husband and wife,
and gave each of you a best friend for life!

Friday, November 6, 2009

Hot & Roll

Korang pernah makan tak crispy wraps kat kiosk Hot & Roll yang selalu ada at shopping mall tu?



Aku keluar lunch dengan Aida and Ajeet tadi, we all pergi Wangsa Walk Mall. Ajeet la yang suggest makan wraps tu..



Aku dok la mengadap orang tu masak. Tengok menu pun dah rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu. So I asked for Black Pepper Beef Paratha Wrap instead :D



Memang layan la kannnnn!

Bersama 2 orang kawan aku yang comot.. Hahahahahahaha!

Thursday, November 5, 2009

Terangnya!

Ada satu hari tu aku pergi supermarket dengan Ben, masa nak bayar ada la sorang perempuan ni kat counter sebelah..



Nanti you color your hair macam tu eh??



I was like, mak ai terangnya.. Rambut aku yang sekarang ni pun dah macam dawai punya kering, nak warnakan lagi?? Haih!

Tengok la macam mana.. Kalau aku ada mood nak tukar warna rambut esok-esok, aku buat la..

Wednesday, November 4, 2009

Rupa-rupanya..

I'm still on medical leave today. Patut dah start kerja dah tapi semalam pinggang aku sakit balik.. So I went to the clinic again, and luckily dapat different doctor..

Ada jatuh?
Takde..
Angkat benda-benda berat?
Tak..
Sakit dia menjalar sampai ke depan?
No..
Masa nak bangun dari duduk tadi sakit tak?
Sakit..
Kita check urine dulu ye?
OK!

Dah settle pasal urine, tak lama lepas tu doctor panggil balik. Rupa-rupanya.. Kencing kotor la pulak.. And ada nanah some more. Ish! Ada la dia tunjukkan chart berwarna and all.. No wonder la aku sakit pinggang. So I need to drink lots and lots of plain water untuk flush out kuman-kuman tu semua and he gave me antibiotics as well..

Now aku dah tak sakit pinggang lagi dah. Banyak giler air aku minum since I came back from the clinic until now. Rasa macam nak duduk aje kat depan toilet tu..

:D

Project Big Headz -Part 2-

Sambungan dari entry Project Big Headz -Part 1-..

Pergi Guardian, dapat lagi 5 stamps..



Altogether aku dah ada 12. Tengok la macam mana kan, kalau aku tak sabar sangat nak fluffy toy tu maybe aku submit 20 stamps aje la. Then bayar RM18.90.. Nak tunggu sampai 40 stamps to get it for free macam lama la pulak..

Tuesday, November 3, 2009

Sakit pinggang

Aku terpaksa ambik MC hari ni sebab sakit pinggang. Ni bukan sakit pinggang yang biasa-biasa tu. Ni stock yang tak boleh berdiri tegak, nak jalan pun aku kena membongkok. Dari semalan masa kat office lagi dah sakit. Seriously tak sabar nak tunggu pukul 5, aku nak pergi clinic. Doctor kata muscle strain aje..

Nak kata aku jatuh, memang tak la kan. Aku pun pelik apsal boleh sakit melampau tiba-tiba..

So today I just relax at home.. Lagipun dah lega sikit dah sebab mak mertua aku ada panggil sorang makcik ni untuk urut aku. Lega giler OK.. Baru la rasa ringan sikit badan. Jalan pun dah boleh tegak dah..

TGI Friday's

1st time aku pergi Wangsa Walk Mall yang baru bukak tu, not bad jugak la that place. Ala-ala Mid Valley pulak aku tengok. Dengan panjangnya..

We had dinner at TGI Friday's yang macam aku idam-idamkan :D



But too bad la aku kan not feeling well, so tekak pun rasa tak best aje. Beria nak makan steak and all, end up aku order Caesar Salad. Hahahahaha! Apa kes..



Tapi dapat la aku rasa the Fried Mac & Cheese.. Yummy!

The outcome

Kan hari tu aku ada cerita about adik-adik Ben dah start buat bunga telur untuk cucuk kat batang pisang for Halim's wedding next year kan? Ada yang dah siap.. Tapi baru 5 batang aje la bunga telurnya yang baru siap pun..



Bila dah siap tu baru nampak elok sikit.. The total yang kena buat 400 batang, 395 pieces to go. Pengsan la Mazlyn!



Aku tengok dia buat macam senang aje la kan. Cepat pulak tu.. Setakat cucuk manik kat kelopak bunga tu aku reti la :D Takpe, nanti aku kasi try satu..

Monday, November 2, 2009

Muka yang penat

Last Saturday Ben came back quite late from the event Tiger Futbol Starz at Titiwangsa like I mentioned that day..

Aku tengok kulit Ben tu macam dah dipanggang-panggang. Hahahahahaha! Muka pun layu semacam aje sebab penat and tak cukup tidur..



Baru la aku nampak t-shirt yang dia pakai for the event. Suka pulak aku tengok :D Nasib baik initial kat baju dia tu HZ, kalau NZ dah lama aku sambar.. Tapi bila fikir-fikir balik, nak pakai untuk ke mana la pulak kan..

Sibuk la..

Kucing yang paling manja kat rumah my parents-in-law adalah si Savvy..



Dia memang suka sondol-sondol kepala dia kat kaki orang tau. Lepas tu dia golekkan badan dia yang besar tu himpap kaki kita..

Hari tu elok aje aku tengah online, dia sibuk datang kat tepi aku.. Alahaiiiii.. Sibuk aje tau!



Muka confident dok mengadap screen, macam faham aje.. Hahahahahaha!