Monday, November 17, 2008

Preparations @ Ben's place - the night before nikah

Lepas Asyraf dah ambik gambar kat rumah aku, dia pergi rumah Ben pulak. Masa tu dah lewat malam dah, berdedikasi betul si Asyraf ni..

Keadaan kat rumah Ben.. Kat rumah dia lagi meriah sebab sedara ramai..

Preparations @ my side - the night before nikah

The day before nikah tu aku memang busy yang melampau la kan sebab banyak benda tak settle lagi - hantaran belum siap, bunga telur belum siap, wedding favours pun tak complete.. Rumah aku jangan cakap la, tunggang-langgang!

Petang hari Jumaat tu baru la terkedek-kedek pergi Petaling Street untuk beli fresh flowers for the hantaran, then terus hantar bunga-bunga tu semua kat rumah Inaz sebab dia yang gubahkan hantaran aku. Asyraf (my photographer) pun dah datang rumah nak ambik gambar. Dah la muka aku selekeh habis, time tu pulak la dia nak snap. Aku buat dek aje :D

Inaz & Chot (Ben's best friend) tengah busy siapkan hantaran aku


Ben jadi dispatch of the night..
Dia la yang tukang hantar semua dulang-dulang hantaran yang dah siap
ke rumah aku..


Siti & my aunty tengah concentrate on the bunga telur..


That's Olin decorating the dais..

Friday, November 14, 2008

Fitting

Sabar ye? Lepas ni aku buat entry gambar kahwin pulak.. Hahahahahahaha! Ramai dah yang dok YM mintak gambar. On the way.. On the way..

Ni aku nak cerita pasal pegi fitting dulu. Bab baju kahwin ni memang buat aku panic la sikit sebab lagi 2 hari nak kahwin baju belum siap 100%.. Masa fitting tu biasa la kan - tang sini kena kecikkan, tang sana kena besarkan.. Tapi aku relax aje la, tak nak push sangat Che Wan (my tailor) tu. Takut jugak kalau dia buat kelam-kabut kang, lain pulak jadinya..

Preparations

Before aku letak gambar-gambar kahwin, kena la tunjuk gambar-gambar masa aku tengah tunggang-langgang buat apa-apa yang patut kan. Hahahahahaha! Bakal pengantin pun kena buat kerja OK! Ada la semua aunty aku datang tolong, tapi aku saja aje nak letak gambar aku sorang. Hahahahahahaha! Sungguh keji..

Bertungkus-lumus nak siapkan bunga manggar


Sempat lagi on the phone dengan siapa ntah, tak ingat aku..
Tu yang gambar mulut terbukak tu. Hahahahahaha!


Time ni tengah siapkan wedding gift pulak..
Aku bagi muffin aje, order terus dari Gardenia..

Thursday, November 13, 2008

Teaser ;)

Ni gambar masa nikah.. Aku letak sikit aje dulu, malam nanti baru aku upload yang lain.. Sabar ye kawan-kawan? Hahahahahaha!

Married life

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar *huge grin* So far takde apa yang berubah pun, lebih kurang sama aje macam masa belum kahwin dulu.. Cuma sekarang ni bila Ben suruh aje, aku terus melompat bangun la kan. Kalau tak nanti takut derhaka pulak :D I'm very happy, yes.. No doubt :) I feel complete.. And I can't even stop smiling!

Nanti aku tunjuk gambar start dari hari nikah Sabtu pagi 8 November tu, malam pulak my reception dengan reception kat rumah Ben on Sunday 9 November.. Tak sempat nak upload lagi, busy sangat..

Anyway, I would like to take this opportunity (macam nak bagi speech kat award ceremony la pulak. Hahahahahaha!) to all blogger babes yang sudi datang to my wedding :) Kalau ada salah silap ataupun ada yang terkurang ke, aku mintak maaf banyak-banyak. Peej, Tina, Farah, Lea, June, Shena, Lilia - korang kenyang tak makan?? Haaa! Ada sorang blogger yang aku lupa nama dia datang salam aku masa dia nak balik. The whole night aku dok fikir siapa.. Kepada tuan empunya diri tu, bagitau la aku ye? And terima kasih la sebab sudi datang :)

OK peeps.. I've got to go.. Tunggu aku update entry gambar pulak ye?

*hugs*

Tuesday, November 4, 2008

Brazilian wax?!

Should I do it or should I not?

Hahahahahahahahahaha!! Tak boleh bla entry kali ni.. Or should I proceed with the bikini-line wax instead?? Some people said that the Brazilian wax doesn't hurt, and some people said it hurts.. Adoi la.. Kalau ada sesiapa yang ada experience tu, meh sini share dengan aku!

Sunday, November 2, 2008

Mugs for VIPs

A very simple design.. Tak nak la design yang mengarut bunga-bunga ke apa kan. Besides mug, aku akan bagi cupcakes jugak untuk all the VIPs.

Masa aku ambik contoh mug ni from my uncle, ada la a few things yang aku nak suruh dia add and betulkan..

Dalam gambar ni nampak macam tulisan tu warna hitam,
tapi my uncle tak perasan dia terbuat warna dark green..
So aku mintak la dia tukar :D


Gambar OK, takde masalah..


I was thinking nak letak date bawah nama tu,
terlupa pulak nak bagitau earlier kat my uncle..

Nak perasan kejap :D

I was like so jakun lepas bukak braces yang kat bahagian atas ni.. Hahahahahahaha! Dah berapa lama pulak la kan ada besi kat gigi, then suddenly rasa kosong aje..

Cam whoring tak ingat dunia!

When I can't sleep

It's 4.32 am now on Sunday and I can't sleep.. Dah tak tau nak buat apa, dok mengadap aje la blog ni sambil layan YouTube.. *sigh* Yesterday was a very busy day for me. Keluar rumah pukul 9, Ben picked me up and we went straight to La Bodega in Jalan Telawi to meet Naleen for breakfast. Naleen is a very good friend of mine masa aku mula-mula masuk kerja kat company that I'm working with now. Too bad she can't come to my wedding on my side, she said she'll come to Ben's side instead.. Fine with me.. So after 2 1/2 hours of eating-drinking-laughing-talking-and-gossiping session, we rushed to Taman Melati pulak for my dentist appointment.

Aku dah bukak braces!! Sangat la sukaaaaa! :D Bukak braces yang atas aje, yang bawah still ada yang tak straight lagi. Tak kisah la kan, bila sengih nanti pun people can only see my upper teeth anyway. Pandai-pandai la control..

Lepas dah settle braces, we all pergi Shah Alam pulak to meet my uncle untuk tengok mugs for VIPs and beli bunga telur segala bagai.. I found one - a cheap one.. Mampuih la takut dok kena gelak nanti. Hahahahahahaha! Belasah aje..

That's about it. I'm so tired and my back is aching and I can't sleep.. Superb!

Oh.

I called both my tailors - Che Wan (baju pengantin) and Alice (baju flower girls) to ask on their progress and all.. Semuanya tak siap lagi. Hahahahahaha! Masing-masing dok suruh aku call balik on Tuesday la kan.. Iyo lah!