Thursday, July 31, 2008

Photos @ Chelsea match

Gambar ada banyak sebenarnya tapi aku macam tak larat la pulak nak letak semua kat sini.. Lagipun cerita pasal Malaysia vs Chelsea ni dah nak basi dah :D

That's our team warming up


Chelsea!!


Yours truly ;)

Wednesday, July 30, 2008

Yours truly..

When she's
BORED


Walaupun kalah..

Malaysia kalah
BERMARUAH!!

Dengan China 4 - 0

Dengan Macau 7 - 0

Dengan Malaysia 2 - 0

OK la tu kan?? Kiranya Malaysia lagi terer dari China and Macau :D Apa-apa pun, aku bangga dengan pertahanan team Malaysia. Bagi aku, diorang ni semua kena tingkatkan lagi their confidence level. Masa game tu actually diorang ada peluang nak score ada la dalam 4-5 kali.. Ish! Tapi bila dah dapat bola tu they we like.. Eh eh.. Bola ada kat kaki aku la!! Tapi aku takut!! Tingginya goal keeper Chelsea ni!! Hahahahahahahahahaha! Anyway, I'm sooooo proud of our own team :D

Tuesday, July 29, 2008

YEAY!!

I'm off to the
Chelsea match!!

Sunday, July 27, 2008

TINA is getting married!

Zue picked me up this morning and we went straight to Ampang to collect the cake.. Sampai sesat-sesat bagai! Bila dapat aje cake tu aku apa lagi, tak menyempat la nak bukak untuk tengok the outcome.. Seriously aku puas hati :D

Tengok la tu..
Siap angkat sebelah tangan tunjuk ketiak..
Hahahahahahahaha!

Lepas tu kitorang terus gerak pergi Bangsar sebab aku nak buat threading and Zue nak buat waxing.. Dah settle semua singgah kat rumah Zue kejap, then baru we all ke The Curve.. Aku tak ambik banyak gambar sebab battery phone aku dah nak habis. Selalu sangat lupa charge.. So yang ada tadi besides Zue and me - Peej, Jonet, Farah, Ceera, Lilia and Abby.. It was fun, seriously :D

Tina


The princess :)


Tina & me
Sorry la gambar tak clear..

Dah boleh kahwin!!

Lepas habis masak sup kobis tu Ben called.. Dia nak ajak aku ambik sijil kursus kahwin kat Wani Pesona.. Masa nak tukar baju tu, aku expect dia akan turun so aku sarung aje la baju yang tak appropriate :D Bila masuk dalam kereta dia pulak yang suruh aku turun pergi ambik.. I was like, hellooooo!! Aku pakai baju low cut OK! Alasan dia tak nak turun sebab dia pakai seluar pendek. Argh! Aku tak kira, aku buat tak tau aje. Hahahahahaha! End up dia yang turun.. Macam tu la baru gentleman ;)


Settle pasal sijil, Ben cakap dia nak pergi Alpha Angle Wangsa Maju pulak sebab dia nak beli his toiletries. Dia yang nak shopping, aku pun terjebak sama.. I bought something from The Body Shop for someone as a wedding gift.. Then tengah jalan-jalan tu aku ternampak baby-t warna white/pink, terus aku grab. I was thinking I wanna wear it to Tina's party :D

Saturday, July 26, 2008

Today's chef :D

Aku bangun pagi tadi boleh dikatakan awal jugak la.. Roughly at 5.30am.. Lepas buat apa-apa yang patut, as usual la kan I will switch on the computer to check e-mails/blog/facebook.. Hari ni takde apa-apa plan sebab Ben busy with the preparations untuk Chelsea match tu nanti. Boring giler OK! Dah tak larat dah nak mengadap computer ni sebenarnya.. So end up aku masuk dapur masak sup kobis :D Frankly speaking aku memang tak pandai masak. Setakat yang simple tu boleh la. Kari, masak lemak, asam pedas.. Sorry! Aku tak reti.. Luckily Ben tak cerewet pasal makan. Aku belajar masak apa yang dia suka makan aje dari mak dia.. Macam sup kobis yang aku buat ni tadi pun ikut style aku, main campak-campak aje..

Bawang putih dengan bawang besar yang aku dah blend


Kobis


Aku ingatkan nak letak cendawan tapi dah habis..
So I use sausage and chicken ball instead


Mula-mula aku panaskan periuk


Aku tumis bawang yang aku blend tadi dengan sikit minyak


Then I add in some water..


Chicken stock


Garam secukup rasa


Ajinomoto secukup rasa


Sausage and chicken ball


Last sekali baru aku masukkan kobis


Tunggu kejap sampai mendidih..


Voila!

Friday, July 25, 2008

Thank God it's Friday!

This morning masa Ben nak hantar aku pergi kerja, suddenly dia hulur kat aku envelope putih yang panjang tu.. Bila aku tengok envelope tu pun macam tak berselera aje :D Dah la koyak-rabak.. Comot ada conteng-conteng pulak tu.. Tapi sebab curious punya pasal, nak jugak tau apa ada kat dalam envelope tu. So ambik aje la..


ps. Ceera.. Kita duduk nanti kat tempat yang sama :D Punah harapan nak peluk pemain-pemain Chelsea. Hahahahahaha! Anyway.. Ben kata seats ni yang opposite grand stand. Haaa OK la tu, boleh nampak dengan clear. Aku sukaaaaa!! At least nasib baik la tak dapat seats yang kat belakang gol ke apa..

Hari tu kan aku ada cerita pasal aku pergi kerja pakai contact lens sebelah tu aje kan? Sampai rasa macam dah nak juling dah biji mata. Aku saja la snap gambar, bosan takde buat apa. Tengok-tengok macam betul pulak juling! Hahahahahahaha!

Nuffnang

Siapa boleh ajar aku macam mana nak letak
Nuffnang ads tu kat blog??
I tried so many times but still nothing came out :(


Sampai dah nak naik juling dah mata
sebab dok mengadap computer baca the instructions..
Happy-O-Meter tu aje yang aku berjaya buat..